Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 6 April 2020

Antenna D2T Hombrew

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Dok fikir-fikir antenna yang sesuai untuk projek Field Day tahun ni. Rasanya nak berkeksperimen dengan antena D2T ni. Ianya agak padat dan banyak sumber bahan pembinaan yang ada di sekitar saya. Malangnya stok ferrite core saya dah tiada. T225-2 untuk feed antenna ini juga telah saya jual tempohari. Nampaknya mungkin akan mengambil sedikit masa Insyallah untuk memperolehinya.

D2T ini efektif pada 20M hingga 2M tetapi bawah dari freq ini tiada gain. Walaupun begitu kadar penolakkan noise agak baik. Sesuai untuk RX mungkin. Seakan antena ZL, ianya adalah buatan Giovannini Elettromeccanica of Florence, Italy dengan feed 9:1 Unun serta ada terminating resistor. Agak tidak berapa baik sebenarnya ada terminating resistor kerana sebahagian dari output akan hilang dalam resistor ini.

Saya tak berapa harapkan sangat antena ini bekerja sama hebat dengan antena pengarah lain lagi-lagi performancenya sama saja seperti dipole untuk band bawah 10Mhz tetapi kerana ianya ringan dan saya mahukan boleh dibuka dan pasang dengan mudah ketika field day mungkin saya kena bina dan bereksperimen Insyallah.. 


Rupa antena ini. Panjang boom adalah 2 meter sahaja dengan panjang elemen hampir 6 meter.


Mujur laman web russia  Netherland ada diagram lengkap.


(Kemaskini, Imej asal adalah dari PD0G yang anda boleh akses melalui https://mmana.home.blog/2018/12/01/hf-d2t-20m/ )



Modelling antena ini, mirip ZL Special antenna


Okla, macam dipole saja.

Nampaknya tahun ini ada projek yang boleh saya luangkan lagi :)

Hingga jumpa lagi, 73!

* Kemaskini emel dari sahabat ham dari Netherland

Hi, I came across some photos I had taken. it doesn't matter, but there is a Russian site but I am from the Netherlands. - PD0G Hamradio <pd0g.jo22qe@gmail.com

- Saya telah kemaskini.



Related Posts with Thumbnails