Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 1 April 2020

Antenna Party Quarter Wave


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika mengemas gambar-gambar lama saya terjumpa antara Antenna Party yang paling berjaya bagi rakan-rakan ham radio yang baru mendapat callsign di Johor Bahru. Di bawah kelolaan JASRA dan di adakan di kelab house JASRA di Bandar Baru Uda kalau tak silap saya tahun 2015. 

Pemilihan antena 1/4 wave ini kerana ianya mudah dibina dan boleh digunakan pada mobile (kereta), rumah atau dipasang terus pada handy talkie. Alhamdulillah ketika itu Jasra amat aktif mengadakan pelbagai aktiviti dan kebetulan rumah saya adalah di hadapan kelab sahaja.


Antara pesera yang hadir. Perhatikan, siap soldering iron setiap peserta disediakan.


Mudah sahaja prosesnya, peserta akan memotong kepanjangan antena mengikut formula 300/Freq kemudian dibahagi dengan 1/4. Kemudian solder sahaja dengan PL259.


Antara peserta yang berjaya membina sendiri antena homebrew pertama.


Menggunakan cooper rod welding.


Penalaan menggunakan antenna analyzer.


Solder terus ke PL259 


Pak Lah 9W2HOZ, President Jasra


Diagram yang digunakan.

Antenna Party memang menyeronokkan lagi-lagi dilakukan secara beramai-ramai. Kini antenna party sudah jarang diadakan dan saya berharap komuniti-komuniti radio amatur yang ada dapat meneruskan program ini sebagai satu acara bagi membantu ham radio memiliki antena dengan cara homebrew sendiri dan merapatkan ukhwah sesama kita.

Hingga jumpa lagi, 73! 

Related Posts with Thumbnails