Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun lepas Mares telah menaikkan tower di kelab. Malangnya tower yang asalnya milik Dr. Kamil menggunakan rotator jenama Hy-gain yang berbeza tapak dengan rotator yang disumbangkan oleh 9M2AU iaitu Yaesu G-250.
Nampaknya penyelesaiaan yang ada ialah menebuk lubang baru pada base di tower menikut saiz rotator Yaesu ini. Tetapi kami mempunyai masalah baru pula, tower telah dinaikkan dan sukar sekali menebuk lubang pada ketinggian ini.
Solution yang ada ialah membuat adaptor yang baru.
Plate Alluminium pemberian 9M2AU yang cukup-cukup ada.
Dibahagi 2
Cara kuno, nak ukur lubang dan buat penandaan dengan menggunakan lorekan pensel di atas kertas kosong.
Tebuk agar simetri.
Satu lubang tengah dibuat supaya seimbang.
Dan cubaan pasang, cantik!
Cukup-cukup saja apa yang ada asalkan jadi.
Sesi servis dengan masukkan sedikit grease.
Limit suis ini yang selalu menjadi masalah apabila rotator tidak berhenti berpusing.
Bearing telah siap disusun.
Ada 49 biji bearing. Jika anda membukanya pastikan dilakukan dalam besen agar tiada bearing yang hilang.
Keesokkannya Haji Rashid 9M2RS menjemput saya dan Fadhil memasang rotator beliau yang telahpun diselenggara.
Fadhil di atas bumbung rumah Haji. Antena Yagi 40m Band.
Kuat lagi orang tua ni..
Rotator Hy-Gain 9M2RS yang telah diservis.
Penukaran kabel yang telah putus juga dilakukan.
Singgah di kelab untuk ambil barang. Banyak barang sedekah dari ham radio.
Projek tower dan antena MARES masih lagi berjalan tetapi agak perlahan. Dengan komitmen rakan-rakan saya jangka ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Tambahan pula COVID-19 ini.
73!