Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya percaya ramai ham radio yang berkeinginan untuk memasang tower dan antenna yagi HF di rumah. Tetapi kekangan laman rumah yang terhad menjadi halangan.
Jika anda pernah lihat, di Jepun banyak rumah menggunakan rooftop tower sebegini untuk mendirikan antena yagi yang besar. Bagaimana ruma rooftop tower ini? Gambar di bawah mungkin membantu anda dalam membina sendiri rooftop tower ini. Tower ini diletakan ditengah-tengah bumbung dan sangat stabil.
Diletakkan di tengah antara Bumbung.
Boleh muat antena yagi HF yang besar.
Pandangan sisi. Perhatikan trust bearing dan tapak meletak rotator.
Saya dekatkan sedikit gambar. Tapak yang menyokong trust bearing dan tetulang tower.
Tapak rotator
Pandangan sisi.
Padangan tepi. Perhatikan semuanya hanya menggunakan skru sahaja.
Agak sukar untuk memperolehi diagram rooftop tower ini. Dengan bantuan gambar ini diharap membantu anda membina sendiri tower ini. Tower ini dibeli oleh Arwah Feroh 9W2JOH di Roketto Akihabara beberapa tahun lepas dan saya snap gambar ini juga beberapa tahun lepas sebelum saya berpindah keluar dari Johor Bahru.
Hingga jumpa lagi.. 73!