Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 3 Jun 2016

Flora N Fauna sempena Floria Putrajaya!

Assalamualaikum.. kami akan berkeudara sempena Flora dan fauna sempena dengan pesta Floria Putrajaya bermula jam 6 petang 3 Jun 2016 ini hingga jam 10 pagi 4 Jun 2016. Jika ada yang berkelapangan boleh join kami. Layari FB Mares untuk makluman lanjut.



PAYA INDAH WETLANDS  ACTIVATOR MAY 2016

      

Reference No: 9MFF-0029
Callsign: 9M2SQL
Activator: Mutalib Omar and 9M2RZL
Date: 3-4 JUN 2016



9MFF - # WE LOVE OUR TAPIR

Sejarah Prefix di Malaya, Singapura dan Borneo

Siri sejarah callsign 101.
Prefix di Malaysia.
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX 
9M - merupakan prefix bagi Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
Angka selepas prefix menunjukkan geografi (mengikut kehendak ITU Artikel 19) :
9M0 - Kepulauan Spratly
9M2 - Semenanjung Malaysia
9M4 - Singapura (sehingga singapura keluar dari Malaysia menjadi 9V1)
9M6 - Sabah
9M8 - Sarawak
Walaubagaimanapun bagi 9M4, Malaysia tidak mengikuti Artikel 19 ITU bagi petunjuk geografi. Garis Panduan Callsign pada 26 Mac 2015 dikeluarkan menjelaskan formasi 9M4 bagi aktiviti2 khusus diikuti dengan suffix.
Sejarah Prefix:
Sebelum Merdeka, Negeri2 Melayu Bersekutu Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang (kemudiannya Johor) iaitu menggunakan menggunakan prefix VS2.
Manakala negeri2 yang tidak bersekutu seperti Kedah, Perlis, kelantan dan terengganu menggunapakai VS3.
Negeri-Negeri selat pula seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menggunakan VS1.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, Semenanjung hanya menggunakan VS2 sahaja.
Bagi Sabah pula ketika itu dikenali sebagai North Borneo menggunakan VS4 dan Sarawak menggunakan ZC5
Pulau Spratly (secara umum di wilayah yang dituntut malaysia) pernah menggunakan prefix 1S di awal usaha dxpedition sebelum bertukar ke 9M0.
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX 
Terdapat beberapa orang pemilik callsign VS2 yang masih anda temui... dan jika anda dapat ber 'QSO' dengan mereka merupakan satu bonus .... stesen rare.
Tak lama lagi stesen rare dengan 2 suffix pula...
Betulkan saya jika ada yg silap di atas.




Sumber 

1. http://clublog.freshdesk.com/support/solutions/articles/53675-prefix-changes-over-the-years
2. 
Related Posts with Thumbnails