Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 23 Ogos 2010

Komuniti, Identiti dan Aktiviti

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Panjang lebar tulisan saya minggu lepas. Malangnya terpadam secara tidak sengaja. Saya coretkan sedikit sebanyak yang dapat saya ingat. Ianya berkisar tentang kebelakangan ini ramai sahabat-sahabat kita yang sudah reda dari aktif dalam dunia radio amatur. Jika ya pun hanya tertumpu pada komuniti tempatan yang mana beliau berada.

Saya juga begitu. Dengan kesibukan kerja dan juga lokasi saya yang agak ke selatan mencantas saya dari aktif. Terima kasih pada dua komuniti ini yang masih memberi ruang untuk saya sama-sama aktif.

Berbalik pada tajuk di atas. Jika dilihat dari Utara semenanjung hingga ke selatan. Ada Wilayah V17, Malas, ARDC47, Republik Gombak, Mares DX team, RF Society, Nippon DX, MalaysianDX dan banyak lagi... memandangkan banyak tulisan saya yang hilang, saya hanya paparkan beberapa keping gambar sepanjang tahun ini yang telah saya hadiri...

KELANA KOMUNIKASI dengan Kerjasama MALAS

Bulan lepas saya mengikuti sahabat-sahabat saya mengendalikan Jamboree On The Air di Kuala Lumpur. Diperkuatkan juga dengan Wilayah V17, Ini merupakan percubaan field day di lokasi yang baru.
Motif sampingan field day ini seperti biasa.. BBQ :)

Camp Fire... perhatikan antenna yang digunakan..

Sesi malam lebih sibuk dimana 5 radio berkendali hingga larut pagi. 80m, 40m, 20m, 15m, dan 10m setiap satu... operator yang hadir boleh memilih radio yang mana. Memang seronok.. saya pasti akan ikut serta jika diadakan... turut hadir pada malam tersebut ialah bekas Pesuruhjaya Pengakap Malaysia.
Pak Yob dan Malaysia Hamfestnya
Berikut ialah beberapa gambar yang sempat saya ambil. Saya hadir melawat ke pameran JPAM sahaja.


Khemah PBSM di tempat pameran.

Salah satu radio Jabatan Penyelamat DBKL, perhatikan freq yang digunakan. Ini merupakan radio yang digunakan untuk berhubung dengan penyelam di dalam medium air.

Radio yang digunakan oleh anggota PDRM

Antara bahan pameran homebrew di tapak karnival.
JOTA Putrajaya


Khemah para pengakap dari Sungai Besar pimpinan Cikgu Khusairi (9W2VVH). Perhatikan antenna yagi dicelah-celah khemah.

Gambar dekat..


Operator stesen pengakap Sungai Besar..

Antenna milik stesen Induk Jota.. Jota ini diadakan sempena Hari Belia yang berlangsung di Putrajaya.

Para pengakap yang bertugas.

Dan lukisan kreatif warga pengakap dalam banner terpanjang..

Semasa melewati Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, saya sempat menangkap gambar satu gambar nostalgia.. Kumpulan Pengakap Dari Bukit Mertajam high School! Di dalam gambar ini terdapat gambar Tun Abdullah, mantan Perdana Menteri Malaysia... Sekolah saya tu ;)
RF Society dan International Light House Weekend ILLW
RF Society yang diketuai oleh Rizal termerloh mengetuai operasi ILLW di rumah api Tanjung Penggelang. Oleh kerana kekurangan tenaga, saya ikut serta bersama-sama Nippon DX, Mares DX Team dan Malaysian DX ke sana sepanjang ILLW. Ini memandangkan Jasra berkubu di Rumah Api Bukit segenting dan Rabin di Tanjung Tuan Port Dicson.

Oraang kuat di ILLW yang Komited.. 9W2GUU, 9M2Radix, dan 9W2KRZ.

Berbuka Puasa ala kadar di rumah api.. nostalgia bagi saya.. tambahan pula bagi mutalib apabila antenna yang beliau bawa dari Bangi berjaya berfungsi dengan baik sekali.. Senyuman panjang hehehe..


Pemandangan setup dan penginapan kami..
Permandangan rumah api dan antenna Spyderbeam yang diuji sempena ILLW. Ianya buatan sendiri mutalib 9M2SQL. rasanya 2 tahun pembikinan antenna ini.. akhirnya peluang kali ini digunakan. Tahniah mutalib.

Pandangan lebih jelas... 3 radio berkendali, Delto Loop, Dipole, syderbeam, yagi 10m dan antenna VHF yagi.

Gambar terakhir sebelum berangkat, diambil di atas rumah api. MalaysianDX, Nippon DX, Mares DX team dan RF Society.
Terima kasih semua.. ;) Program seterusnya ialah oktober ini. :)
P/S: 9M2GET dan rakan-rakan yang akan memasuki Contest, selamat berjaya.
Dan tidak lupa buat 8 orang warga calon CW yang lulus... selamat hadir ke dunia HF.. kami amat-amat menanti anda ;)

Selasa, 27 Julai 2010

Panduan membeli radio HF bagi teman-teman berpendapatan sederhana

(INI ADALAH POSTING PERIBADI SAYA, IA MUNGKIN MEMBANTU ANDA MEMBUAT PILIHAN BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MEMBANTU SEPUPU SAYA MEMILIH RADIO YANG SESUAI DENGAN BAJETNYA)

(INGAT, UTAMAKAN KELUARGA DARI RADIO TAU.. DAN UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI DAN ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah 2 malam sepupu saya di Alor Setar asyik telefon saya bertanyakan samada saya nak jual FT817. Owh, terus saya katakan tidak padanya. Tu la radio saya cari makan kadang-kadang. Membuat penalaan antenna di atas bangunan jauh dari bekalan kuasa etc. Sayang seribu kali sayang... 817 adalah radio kedua sejak radio pertama tidak dipulangkan hingga ke hari ini oleh sang peminjam durjana.

Perbualan saya semakin rancak bilamana sepupu saya ingin membeli sendiri radio tersebut. Katanya atas minat membara tentang HF. Bagus kata saya dan saya mulai menyokong. Walaubagaimanapun beliau bertanyakan pendapat saya dan jika saya yang sendiri ingin membeli radio atau sebuah setup radio HF, apakah yang sesuai.

Saya masih menyimpan catatan saya ketika ingin membeli radio HF pertama saya.

Apa yang perlu bagi sebuah stesen radio asas HF ialah:
1) Sebuah pesawat pemancar HF
2) Sebuah Bekalan Kuasa DC12V minima 15A regulated
3) Antenna
4) Jika antenna wide maka perlu Antenna Tuning Unit (ATU)

Memandangkan sepupu saya ialah berjawatan Pengawal Keselamatan di pekan, gajinya amat-amat kecil. Maka saya mengingatkan beliau tentang keutamaan anak2 dan keluarga.

Disebabkan minat membara tentang HF, beliau mendesak saya mencadangkan juga anggaran kos terbaik agar beliau boleh membuat tabungan.

Saya mencadangkan beliau mendapatkan radio berkuasa 100watt sebaik-baiknya. Saya menekankan untuk jangkamasa panjang beliau boleh lebih enjoy berkomunikasi dengan stesen jarak jauh tanpa risau turun naik propagasi. Saya lampirkan perbandingan kadar anggaran kos bagi 2 unit asas ini (harga adalah sumber dari Blazer Singapura dengan kadar tukaran bulan 5 lepas):

Nafsu Tahap 1
Cadangan 1
- ICOM IC718 (100watt maksima dengan All Mode AM,SSB,RTTY(FM)) RM1800
- Bekalan Kuasa (13.8V 20A regulated dari Batam) RM340
JUMLAH ANGGARAN RM 2140

Cadangan 2
- Yaesu FT817ND (5watt maksima All mode All Band) RM2350
- Bekalan Kuasa (13.8V dengan 5A regulated) RM100/ Battery + Charger
JUMLAH ANGGARAN RM 2450

Ketika memberikan gambaran pada sepupu saya, beliau membangkitkan soal All Mode All Band. Wah.. sudah nafsu sudah mari, ketawa saya pada dia. Saya telefon lagi Blazer dan congak kadar tukaran.

Nafsu tahap 2
Cadangan 3
- Yaesu FT857 (100watt maksima) RM2550
- Bekalan Kuasa dari Batam RM 340
JUMLAH ANGGARAN RM 2890

Saya tidak memasukkan ATU dan Antenna kerana beranggapan antenna boleh di rakit sendiri dan ATU juga boleh. Tetapi jika ingin memasukkan ATU dalam cadangan, tambah aja RM550. Jenama tak ingat (bukan MFJ atau Comet).

(UPDATED!!)
Saya ingatkan semua pembaca blog saya. Kerapkali pembaca keliru dengan mengatakan ATU adalah wajib berada di samping radio HF. ATU adalah optional!! Tiada ATU pun radio masih boleh TX asalkan antenna itu dibina pada freq yang hendak dikerjakan. Ramai teman-teman saya melakukan homebrew antenna pada single-single band dan berkendali dengan SWR yang terbaik tanpa bantuan ATU. ATU hanya apabila antenna yang dibina tidak berada pada galangan yang sepatutnya disebabkan mahu meliputi dua tiga band dalam satu antenna. Mentaliti banyak sahabat handai saya mengatakan ia wajib tetapi bagi sepupu saya, saya menyampaikan pada beliau tidak. Penggunaan ATU akan mengganggu sedikit kuasa pemancaran ke antenna disebabkan LOSS.

Berdasarkan pengalaman saya, saya mencadangkan pada sepupu saya agar mengambil cadangan 1 sahaja dan banyak yang boleh dijimatkan. Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, ketika cabaran propagasi turun dan naik, 100watt banyak membantu. Dari segi Mobiliti pula, ia juga sesuai walaupun agak besar. Percayalah, komunikasi HF terbaik ialah ketika statik dan dengan pembumian yang baik. Maka mobiliti acapkali akan berakhir dengan stesen itu memantau disebabkan suasana sekeliling yang terganggu akibat bergerak. Kosentrasi mendengar hanya ketika suasana statik dan diam barulah dapat menangkap bait-bait perkataan dari HF.

Lagipun harga pesawat 100watt cadangan saya jauh lebih murah dari yang 5watt. Tak logik kan dari segi keuntungannya..

Mahukan QRP? Mudah saja kata saya padanya, tukar seting pada radio ke TX POWER paling rendah iaitu 5W misalnya dan anda adalah QRP! ;) Mudahkan.. hahaha..

Portabiliti? Kenapa IC718 tidak? Haha.. sebenarnya, apabila makin lama kita mengendalikan HF, Soal Portabiliti bukan lagi isu. Yang akan dikejar selalu ialah bagaimana nak menangkap stesen yang memanggil CQ. Disini lah ramai para QRPer akan terfikir mahu meningkatkan kuasa. Tetapi terlupa, dia hanya 5watt. Cabaran ini lah yang kita harus lihat. Bak kata orang lama ham radio yang lain, alang-alang memiliki radio yang mencecah ribuan... baik terus pada maksima kuasa pada harga yang berbaloi.

Ini mungkin perlaburan pertama anda dan mungkin terakhir kan? ;) biar pilihan tu terbaik dan berbaloi.

ICOM IC718
Yaesu FT817ND
Freq
0.3Mhz-30Mhz
0.1Mhz-30Mhz
50-54Mhz
76-108Mhz
87.5-108Mhz
144-148Mhz
430-450Mhz
TX Power
100wat max
5watt
Mode
AM, RTTY, FSK(Hidden Mode FM), LSB, USB, CW
AM. RTTY, FSK, LSB, USB, FM
Memory
100 Ch
200 ch


* Bagi model Yaesu FT857 bezanya dengan FT817 ialah ia berkeupayaan 100watt dengan tiada batteri terbina dalam. Walaubagaimanapun FT897 menawarkan spec yang sama tetapi dengan optional batteri.

Disini saya warnakan kuning pada kotak di atas sebagai perbandingan. Saya mengatakan pada sepupu saya jangan teruja pada tulisan berwarna merah di atas kerana beliau mencari radio HF sahaja. Band-band yang lain adalah tidak diperlukan kerana max output adalah 5watt. Makanya ia seperti hanya membawa handie talkie sahaja walhal transmisi nya tak jauh ke mana.

Sayugia saya ingatkan, masa kita enjoy nak berqso tidak ikut masa. Kebetulan propagasi turun naik ketika mood nak memegang PTT. Dengan 5Watt tak kemana. Tetapi 100Watt Insyallah mengatasi. Tidak perlu menunggu propagasi membantu sepenuhnya, terus tekan PTT dan jika anda bernasib baik akan bertemu dengan Rizal 9M2RDX temerloh ;). Hatta antena terbaik tetapi kuasa rendah juga masalah. Lihatlah apa yang terjadi pada stesen yang berkendali dengan handie talkie di VHF 2M berbanding stesen yang mengendalikan radio mobile 50Watt? Anda mampu melihat bezanya.

Soal mahu all band dan all mode juga mengganggu perbualan kami. Aduh.. bagaimana ya. Melihat pada pengalaman dan kecenderungan beliau, saya memaklumkan yang beliau akan jarang sekali melekat di 6m band, manakala 2 meter band SSB yang diutarakan pula saya memaklumkan bahawa beliau akan jarang guna. Saya berkendali 2m SSB hanya untuk EME (rata-rata TX 1000watt ke atas). Tetapi aktiviti EME sudah tidak aktif lagi masakini dan boleh dibilang dengan jari. Komunikasi 98% adalah CW dan 2% lagi digital mode. Komunikasi 2 stesen dalam 2m adalah terbaik dengan FM. Tambahan pula untuk komunikasi antara stesen tempatan. Ini terutama ragchew. Jika tidak beliau akan mengalami turun dan naik suara... perlahan akan mempengaruhi mood kedua-dua stesen berbicara. Disebabkan kejap dengar, kejap hilang kejap timbul... akhirnya feedup dan masing-masing malas memancar. Ini adalah impak transmisi berkuasa rendah, dengan sedikit tempias propagasi.

Lupakan 2M SSB bagi komunikasi tempatan dan percayalah, tiada stesen jarak jauh (misalnya Malaysia ke Indonesia) yang berkendali di 2m SSB kecuali EME (dalam mode CW). Jika mahu juga berkendali di SSB, cubalah di 10M... ramei di sana huhuhu. Tapi jika 5watt, pastikan anda CQ di bandplan QRP. Insyallah.

Saya amat galakkan beliau mengasingkan 2M dan 70CM dari radio HF. Ini kerana apabila terlalu luar cakupan freq maka sensitiviti radio akan menjadi kurang, konsep Selectivity lawan Sensitivity. Jika Selectiviti bagus sensitiviti kurang... begitu juga jika sensitiviti bagus selectiviti kurang. Lihatlah contoh terbaik IC706MK2.. rata-rata punyai masalah sensitiviti pada 2m.

UHF? Sepupu saya mengakui tidak memanfaatkan freq ini. Satu demi satu cadangan ini kami potong dan Alhamdullillah sepupu saya memilih setup Cadangan 1. Lega juga hati saya sekurang-kurangnya membantu mengurangkan beban beliau.

Minggu lepas beliau berjaya mendapatkan dua peralatan cadangan 1 berkat tabungan 2 bulan serta jualan besi buruk dan baki dari penjimatannya dilaburkan pada ATU. 3 bulan menabung katanya.

Lega hati saya.. Insyallaah. Total beliau melabur ialah RM2800 dengan setup sempurna Radio+power supply+tuner+antenna homebrew. Kini beliau menunggu masa mengisi boring ujian CW Insyallah.. mungkin teracun dengan award-award si http://9m2get.blogspot.com/ dan http://9m2rdx.blogspot.com/ yang menangguk di lubuk 40m, 20m dan 10m . hahahahaha…

Dari panduan membantu sepupu saya ini saya teringat tentang FT817 awal milik saya yang saya beli tahun 2001.. hinggalah saya menggantikan dengan FT817ND (yang hanya memberi satu filter free dan batteri). Bagi saya ia sesuai untuk kaki monitor, experiment dan testing sahaja. Bagi kaki ragchew, pile up, DX atau field day saya amat-amat mencadangkan mempertimbangkan radio berkeupayaan 100watt dan ke atas. Ini kerana majoriti station luar sana mengutamakan stesen yang kuat dan stabil untuk berkomunikasi. Sehingga kini 817 saya menjadi gajah putih. Sayang..

Kebaikan FT817 adalah sensitiviti dan keupayaan all band. Tetapi dengan bekalan kuasa bateri dalamannya, ia hanyalah bertahan seketika sahaja, radio saya Cuma bertahan 2 jam monitoring dan 35minit TX. Bagi saya, IC718 saya adalah paling sesuai untuk DX, Ragchew, Contest mahupun field day kerana saya cenderung pada itu. Bagi mereka yang ingin memikirkan manakah radio yang sesuai untuk dibeli pertama kali bolehlah mencuba cadangan-cadangan saya ini... pastikan perlaburan anda boleh digunakan bagi tempoh masa yang lama dan maksima kepuasanya. Berbaloi dengan perlaburan.

Selamat menilai ;)

P/S: ICOM IC718 (100W) saya lebih banyak digunakan dari Yaesu FT817 (5W) kerana mampu menembusi benua tanpa bantuan propagasi total dan kondisi. Akhirnya FT817 tersadai di dalam laci bak kata Azman... gajah putih. Aduhai..

P/S: Saya adalah bekas peminat QRP dari 2001.Tapi dek halangan-halangan saya di atas, saya lupakan.

P/S : Saya membandingkan model-model di atas kerana ia adalah yang termurah mampu milik dalam pengetahuan saya. Manakala kebanyakkan Linear Amp (kasut) di pasaran memerlukan suapan minima 10watt untuk menjana 100watt SSB ke atas, 817 masih belum mencukup (5watt maks). Harganya agak mahal iaitu RM550 minima (harga yang saya dapat semasa Hamfest di Indonesia). Baik dapatkan yang sudah berkuasa tinggi.

P/S: Tepuk poket tanyalah selera.

Wahai sahabatku.. lihatlah rakan lain bila merancang

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Sebelum lebih lanjut saya mengulas pandangan peribadi saya ini, sayugia saya terangkan dulu terma catatan saya. Apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ia tidak berniat menjatuhkan mana-mana individu atau organinisasi malahan niat suci lagi murni penganjuran acara berkait rapat ham radio. Jika para pembaca kurang senang dengan pendapat peribadi, sila baca penafian di muka surat paling bawah dan segera pantas menutup pelayar laman anda ini.

Baiklah, rentetan dari kepulangan saya dari Kuala Lumpur semalam dan kenduri sate bersama Haji Rashid 9M2RS, Abang Sabri, Teman-teman Ampang/Setiawangsa serta Alam Damai. Bermula pembentangan persediaan mengendalikan acara Fox Hunt (ARDF). Rata-rata sahabat tidak dapat memberi jaminan akan dapat memberi komitment kerana dijemput agak lewat iaitu 2 minggu setengah dari tempoh penganjuran.

Atas semangat Ham, saya juga ingin membantu menjayakan bahagian Ham Fest yang bakal diberi. Walaubagaimanapun, semua beacon dalam simpanan saya adalah terlalu daif dan ada yang sudah ’geylong’ memerlukan saya membinanya semula. Kata putus saya ialah, dari gagal semasa acara baik saya undurkan diri. Untuk pengetahuan anda, Slalom milik saya masih belum berada dalam tangan saya. Manakala IC 16F84 sudah discontinued.

Berbalik tentang penganjuran ini, tahniah buat penganjur atas usaha mengadakan acara ini setelah sekelian lama tidak kedengaran di Malaysia. Sejak kali terakhir di Jalan Gasing, Marts Field Day adalah acara terakhir yang saya hadiri.

Izinkan saya mengulas lanjut, apa itu Hamfest? Rujuk makna asal di http://en.wikipedia.org/wiki/Hamfest yang mana saya akan jelaskan secara paling mudah.

Hamfest atau singkatan kepada Ham Radio Festival merupakan kombinasi 2 acara dengan tujuan menjadikan ia tempat pertemuan semua ham radio dalam pelibatan acara yang diadakan. Timbal balik dari acara ini ham radio akan dapat mempamerkan hasil yang diperolehi melalui pameran, jika lebih klimaks ialah dengan memasuki sesuatu pertandingan untuk menguji keupayaan hasil yang diperolehinya dengan hasil ham radio yang lain, gedung mendapatkan pengetahuan produk/teknologi/homebrew terkini, eyeball serta tempat mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang belum terjawab.

2 acara ini boleh saya kategorikan sebagai acara luaran (padang) dan acara dalaman (dewan/bawah bumbung).

Acara Dalaman:
1) Pameran
2) Taklimat isu semasa perundangan dan etika
3) Sesi penerangan produk/ teknologi
4) Sesi eyeball/soal jawab bersama senior
5) Kuiz
6) Pameran (aktiviti/alatan homebrew/APRS/Satellite teori)
7) Stesen statik ke udara
8) Makan minum ringan


Acara Luaran:
1) Pertandingan kemahiran (CW/Membina antenna/setup stesen kecemasan/etc)
2) Amateur Radio Directional Finding
3) Slalom (Indonesia banyak memperkenalkan acara ini)
4) Klinik radio (penalaan menggunakan alatan khusus/programing radio/baiki radio)
5) Pameran (APRS/satellite/peralatan homebrew/antenna)
6) Dxing
7) Jualan barangan ham radio baru dan secondhand
8) Kuiz

Ini hanyalah sebahagian yang terlintas dalam fikiran saya. Pelbagai lagi acara yang boleh di tokok tambah bergantung pada keupayaan penganjur dan komuniti yang sudi mengambil bahagian. Melihat bagaimana Thailand dan Indonesia mengadakan Hamfest saya percaya, masih banyak yang perlu kita bawa ke Malaysia.

Berbalik pada pengalaman yang telah saya laui semasa telibat dengan aktiviti ham radio di Malaysia yang mirip pada Festival mahupun pameran pengenalan radio amatur. Rata-rata bukan lagi dianggap sebagai Festival tetapi hanyalah pameran promosi tadio amatur. Antara Cabaran-cabaran yang telah dilalui dan dikenalpasti ialah:

1) Objektif penganjur utama tidak selari dengan objektif ham radio.
Ini berlaku apabila si penganjur misalnya menganjurkan satu acara yang tiada kena dengan ham radio. Misalnya Jom Heboh, ham radio akan diberi satu tapat/gerai untuk mempamerkan aktiviti ham radio. Saya melihat pada kesesuaian aktiviti ini. Atas semangat ingin memperkenalkan ham radio, maka bergotong royonglah menjayakan pameran ini. Tetapi tidak ramai pameran yang kita adakan kita sertakan borang-borang dan risalah penerangan yang diberi terus dengan tangan pada orang yang lalu lalang

Yang banyak terjadi ialah set radio dipamer, rakan-rakan ham yang datang hanya memenuhkan ruang. Tidak membantu menyebarkan risalah. Ada juga yang berkitar di depan radio tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Nah, mentaliti ini harus diubah. Saya melihat ketika era 10 tahun lepas, setiap pameran ham radio akan ramai ham radio giat memberi risalah-risalah penerangan, diselitkan juga borang keahlian persatuan. Ini akan sekurang-kurangnya membantu mendetik 2 saat orang ramai untuk bertanya tentang apa itu ham radio. Ini yang saya lihat kenapa setiap kali pameran, persatuan-persatuan radio amatur ini mengukur keberkesanan pameran yang disertai... dengan cara berapa ramai dapat menarik perhatian orang ramai mengisi borang keahlian. Tatkala ini, saya percaya tak kira Astra, Marts, Mares mahupun persatuan lain agak lesu dari segi keahlian walaupun banyak pameran yang dihadiri. Renung-renungkan lah.

2) Tiada kajian keutamaan pameran yang dipelawa.
Saya kira hal ini adalah sudah mematangkan banyak persatuan. Saya agak marah bilamana pameran ham radio acapkali diletakkan di kelompok tapak gerai makanan. Lebih menyayat hati apabila jika penganjur menyelitkan unsur hiburan pentas, gerai ham radio seringkali berada ditepi speaker besar pentas. Owh, bagaimana mahu mempamerkan komunikasi HF? Sedangkan gangguan bunyian itu akan menengelamkan audio HF yang sedia kecil?

Kadang-kadang penganjur hanyalah menganjurkan Karnival khusus misalnya Sawit (produk pertanian/IKS). Orang ramai yang datang hanya mahu membeli barangan IKS dan tidak akan sama sekali memandang pada gerai pameran ham radio. Pameran di Tadika etc.. di sini kita harus lihat siapa target kita. Kita menjual produk ham radio dan siapa sasaran kita? Kanak-kanak tadika? Kalau ya pun saya rasa ia bukan cara yang tepat. Cara yang tepat ialah melalui pengendalian dengan menglibatkan kanak-kanak itu seperta JOTA dsb.

3) Tiada Koordinasi yang baik.
Ini merupakan satu lagi cabaran yang capakali dilalui. Kekurangan tenaga sukarela menjaya kan pameran. Saya tidak mengulas hal ini kerana pasti anda akan terdetik jawapannya. Soalnya di sini ialah bagaimana menawan hati teman-teman ham radio agar sama-sama menjayakan pameran. Jika tidak, akan berlakulah sindrom ’asyik orang yang sama’ menjayakan. Tetapi bagaimana mahu hal ini menjadi semakin baik? Caranya ialah dengan menggalakkan penyertaan orang ramai menyertai ham radio. Dengan cara ini akan ada pelapis baru (sebab pelapis lama mungkin sudah kurang aktif).


(akan saya sambung nanti memandangkan banyak panggilan telefon yang saya terpaksa jawab sepanjang tulisan ini)


Tulisan saya terhenti setakat ini dek panggilan sahabat mengadu lagi tentang KL Hamfest. Jom berbalik pada penganjuran hamfest hujung minggu ini. Saya sedikit kecewa apabila mendapat tahu acara hamfest ini terlalu drastik 2 minggu setengah sebelum berlangsung. Aduh.. kenapa kelam kabut. Ini kan acara kebangsaan, bayangkan kami terpaksa mengatur semula jadual bersama keluarga. Tenaga kerja sahabat handai yang sama-sama akan membantu kumpulan kami mengadakan acara ARDF juga tersentak. Saya jujurnya telah berbincang dengan Pak Yob tentang rayuan menangguhkan acara ini dan seterusnya mengatur masa lebih panjang supaya ada masa yang lebih dari segi komitmen teman-teman yang lain dapat diberikan.

Tetapi ianya tidak merubah apa-apa. Wahai sahabatku, program Amateur Radio Reunion Day ARRD 2008 yang berjaya menghimpun hampir 500 orang sahaja mengambil masa 8 bulan untuk dirancang dengan rapi. Inikan pula Hamfest Cuma 18 hari lebih kurang. Anda sebenarnya membuatkan sahabat-sahabat lain tertekan demi mencapai objektif yang diberi.

Lihat lah Indonesia. Perancangan aktiviti Hamfest sahaja mengambil masa tidak kurang 6 bulan sebelum berlangsung. Apakah semangat Malaysia Boleh mampu mengatasi cabaran ini. Saya rasa tidak. Ini sebenarnya dawai yang bakal menjerut leher sahabat-sahabat kita yang komited. Kenapa tidak sebelum sidang akhbar itu tuan berbincang dulu dengan semua wakil persatuan? Apabila ada kata sepakat maka barulah keluarkan pengumuman tersebut.

Satu lagi yang agak lemah saya lihat diperingkat ini ialah komunikasi terus menerus oleh penganjur utama kepada rakan-rakan yang dijemput. Saya sendiri agak terkilan bilamana penganjur tiada memberi hitam putih secara rasmi menjemput mana-mana komuniti bagi setiap acara yang dipertanggungjawabkan. Hinggakan timbul kata-kata kurang enak disebabkan kegagalan tuan menyampaikan secara terus hasrat dihati.

Terakhir saya terima emel dari sahabat baik saya dalam arena radio amatur di Malaysia, penganjur main petik nama dan memasukkan di dalam senarai ahli jawatankuasa tanpa persetujuan. Nah, alangkah indah jika dari awal penganjur menggunakan hitam putih sebagai medium perhubungan rasmi. Tidak hanya melalui emel atau orang ketiga. Pengajur harus turun padang kepada semua golongan peserta hamfest menyampaikan mesej, dengan itu akan terlerai kesamaran dalam hati mereka.

Saya amat-amat mendokong usaha penganjuran hamfest ini. Malangnya kegopohan ini membuatkan saya tersentak, mengapa harus ini terjadi dikala ada usaha gigih sahabat menganjurkan hamfest?

Saya rasa cukuplah tulisan saya tentang ini. Ini adalah pendapat peribadi saya, walaubagaimanapun jangan lah menjadi halangan buat rakan-rakan lain yang ingin hadir ke hamfest. Marilah kita menyokong usaha murni ini asalkan ia tidak menjadi masalah dikemudian hari.

Insyallah, saya akan senantiasa mendokong apa jua acara radio amatur terutamanya hamfest atas semangat ham radio. Tetapi saya akan berikan dulu keutamaan pada keluarga saya barulah hobi.

Sekian... just my 2 cent..

Saya sempat membaca juga http://9m2rie.blogspot.com/2010/07/jangan-mempermainkan-semangat-ham.html dan mungkin saya senada dengannya...

P/S: Ini adalah luahan peribadi dari hati saya, jangan amik hati dan semoga anda sukses. Saya menyokong usaha murni anda walaupun tidak secara langsung.

Ahad, 25 Julai 2010

Mereka himpun qsl card utk award, tapi saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Terima kasih atas masih setia dengan melawati laman saya ini. Alhamdullillah kesibukkan saya sudah mulai reda. Cuma ada beberapa isu semasa berkaitan Ham Radio di kawasan kita yang akan saya ulas sedikit masa nanti. Juga hampir 150 emel dari rakan-rakan yang tak dapat saya jawab sepenuhnya.

.
Saya agak cemburu dengan beberapa sahabat kita yang rajin berkomunikasi di HF dengan stesen luar negara. Kerajinan mereka makin berbaloi apabila peti surat mulai penuh dengan QSL kad. Aduss.. hebat!

.
Malahan sudah ada yang menuntut habuan iaitu award yang agak menarik.. DXCC, Contest dan lain-lain. Dengan lokasi rumah saya terkini yang hampir dengan Singapura membataskan pemancaran saya. Sudah 2 kali Dipole saya dipotong jiran. Mmmm... rupa-rupanya dek booster-booster TV jiran bagi mendapatkan siaran dari Batam dan Singapura mudah diganggu oleh transmisi saya.

.
Ini membuatkan saya hanya menjadi tepu dan hanya memantau sahaja. Kedengaran kerap 9W2WF melalui kelab Mares memanggil CQ lewat 40m dan 20m band.

.
Berbalik soal QSL card, saya mula memikirkan tentang bagaimana mengoptimunkan koleksi-koleksi qsl kad saya? Alhamdullillah, saya mencuba temuduga melanjutkan kemahiran saya ke peringkat atasan. Berbekalkan koleksi-koleksi kad saya itu saya susun di atas album gambar. Dengan harapan bergunung saya majukan pada satu sesi temuduga...

.
Terdapat 2 kelebihan saya dalam temuduga ini,
1) Ham radio membentuk saya mahir mengeluarkan idea spontan.
2) Kemahiran bahasa ke 3 saya.
.

Dan alhamdullillah, gambar-gambar di bawah ini ialah hasil dari koleksi-koleksi QSL kad saya ;). Ditakdirkan saya adalah calon termuda tercalon ke program ini, Bakinya rata-rata berusia lewat 40an.
.

Semasa temuduga, saya memaklumkan bahawa saya telah berkomunikasi dengan seluruh dunia (kononnya hehehe) dan bertukar-tukar idea serta pengalaman dalam pelbagai bidang yang dibincangkan. Panel temuduga asalnya tidak percaya, dan meminta saya buktikan dengan sesuatu. Saya tunjukkan QSL kad yang telah disusun mengikut setiap benua, disamping itu Sijil-Sijil penglibatan Hamfest luar negara juga saya sertakan.
.

Bila masa sesi bual bicara, saya spontan menjadi yakin menggoreng topik yang diberi. Entah dari mana idea menggoreng tu dapat hinggakan susun atur perkataan English saya pun baik. Mungkin berkat berkomunikasi kerap di HF yang membantu kot.
.

Tiada apa yang saya dapat ulaskan.. mungkin gambar-gambar di bawah mampu menceritakan hasil saya ini. Oleh itu, bagi para pembaca yang ada koleksi qsl kad yang banyak.. himpun dan lihat potensinya buat ada.. saya sudah membuktikannya ;)



Para peserta yang terpilih, saya antara termuda.. Terima kasih Ham radio ;)





Lakaran kasar perjalanan saya ke Korea. Habis saya pusing sekeliling korea. Korea merupakan negara gunung ganang, tidak hairanlah orang korea terkenal kerana teknologi menebuk gunung dan membina terowong.




Walla weii... keretapi subway luas. Tidak seperti Malaysia yang agak sempit. Pengalaman di Jepun, Korea dan Chinna, sistem subway hampir sama dan padat seperti tin sardin ketika waktu puncak. Pernah lihat bagaimana petugas subway menolak orang masuk di dalam subway yang padat? hahahaha...

Memandangkan makanan halal agak sukar, makanan laut merupakan alternatif. Tetapi awas bagi mereka yang ada ghout. Nasib baik saya terselamat dari terkena semasa di sana. Ubat memang sentiasa standby huhuhu.. Ini merupakan sotong hidup. Terdapat restoran yang menyediakan menu yang ganas, makan sotong hidup-hidup. Saya mencuba dan rasanya.. adus, bayangkan sotong tu masih hidup dalam perut 1 jam pertama. Uikkkkk!!! taknak dah buat.
Ini merupakan makanan laut spesis kerang yang popular.. lagi ubat ghout daa..
Yang ini saya tak pernah cuba (atau dah termakan tanpa disedari)
Sebahagian dari bahan di DMZ. DMZ (Pammunjong) merupakan satu garis lintang yang memisahkan korea utara dan korea selatan. Bagi yang nak pergi pastikan 2 minggu booking. Ketika lawatan, Korea masih tegang kerana isu tenggelamnya sebuah kapal perang korea selatan... carian google mungkin membantu. Dan menurut Jeffri sahabat saya di kedutaan, segala percakapan anda dirakam apabila berada di sana. Elemen-elemen provokasi agak ekstrem di sana. Oleh itu.. kalau ke sana jangan lupa ke DMZ yer ;)
Ini merupakan kit saya sepanjang di sana. Dengan Passport dipegang oleh Kerajaan Korea, hanya kad di bawah yang saya ada. Maggie (sebab makanan halal takder) yang saya bawa dari Malaysia. Kad telefon dan kad pengangkutan awam (mcm Touch N go) boleh digunakan untuk teksi, bas dan subway. Bila bercakap soal makanan halal, sebenarnya tidak susah, di Seoul terdapat satu jalan iaitu di Ittewon (ala ala jalan Bukit Bintang KL) di mana terdapat banyak makanan halal. Masjid Ittewon (merupakan masjid tunggal di Seoul (dari 19 masjid seluruh Korea) yang mana pemberian Rakyat Malaysia pada 1957 sempena kemerdekaan kita) adalah tempat yang banyak terdapat kedai halal. Teringat saya majoriti kedai halal di sana boleh berbahasa asas melayu. Waa....

Ini merupakan kad pengenalan saya sepanjang di sana.
.
Salah satu ceramah dalam kelas yang saya hadiri. Sebenarnya latihan dan ceramah dalam kelas hanya 4 hari. bakinya kami habiskan dengan mengembara ke seluruh Korea. Owh.. lupa nak tulis, Selain kad pengangkutan dan kad telefon diberi percuma, kami juga diberi wang poket! 4 angka huh....

Ini saja shoot huhuhuuh.. ni gambar masa nak balik ke malaysia, penerbangan pergi dan balik dengan bisness class. Makanan pulak hampir 4 kali (ikut menu), berbaloi la dengan 6 jam perjalanan.

Yang kimchi ni bawak balik bagi orang kampung huhu..
Dan pastu layan balik main games... ni kira game paling lama main.. zaman ATARI dulu weii..
.
Ok berbalik soal makanan paling best di korea, rata-rata orang korea suka makan makanan rebus. Kalau bab pedas, kalah kita. Cili korea memang pedas. Menurut Jeffri, itu sebabnya masa musim H1N1, orang korea mendakwa mereka takkan terkena wabak tu disebabkan pemakanan diorang.
Ini merupakan makanan favourite saya. Dengan bantuan Jeffri, kami bertemu juga dengan makanan best ni.. kuahnya rasa lebih lazat dari mee bandung muar dengan pedasnya Ya Allah.. esoknya masih terasa kat bibir. Masa sampai pun dah jam 2pg makan dengan Jeffri, Izenan dan Kamaruzaman.
Ni kali kedua pulak pegi makan dengan Wendy, orang penang. Gileerrr arrr... sampai sekarang terasa nak makan lagi aduss.. kalau kat Malaysia memang takkan jumpa rasa pedas cam ni.. Wasabi pun kalah. Tapi yang hairannya, lagi makan dalam pedas tu lagi nak tambah.. sedar2 dah 2 jam makan beb.

Ni pulak makanan rutin.. apa leh buat, ketam rebus dan makan laut aja yang termampu. Soal halal kena hati-hati gak. :(

Ni gambar kat Nami Island.. Ingat Lagi cerita Winter Sonata? Saja la.. hari terakhir kitaorang. Owh.. tentang Pulau Jeju, takder apa sangat sebab ia adalah pulau dengan iklim tropika sedikit. Lebih kurang malaysia actually.

Ni gambar dari bilik hotel waktu malam, depan tu ialah Namdenmun. Pusat fesyen kegilaan kaki fesyen funky. Bila masuk hari kedua ketiga, akan perasan, kalau orang jepun pakaiannya agak funcky ala ala kartun manga. kalau korea funckynya terkini ok. kalau budak-budak Hong Kong agak gila2 funcky (cam org gila la kot) hehehehe..

Ni masa kat Busan.. bilik hotel mengadap laut dengan kapal lalu lalang.. cantik permandangan. Owh.. hotel-hotel di korea selalunya akan bagi tuala yang kecil (selalu kita lap peluh aja kat malaysia). So, pastikan bawak extra tuala yer ;).

Seperti biasa, kalau kaki dah jejak di negara orang akan la saya carikan pakaian tradisional untuk buat yang tersayang. Dapat la dengan harga berpatutan satu set. Cantik la pulak bila dia pakai beb ;).

Ni gambar selepas makan malam dengan Dato' Ramlan, Duta Malaysia ke Korea. Sebelum ni kalau tak silap beliau adalah Duta Malaysia ke Bosnia. Makanan rumah dia la buatkan mata menitis beb... betapa sedap nya makanan Malaysia.. ish ish.. rindu nak balik Malaysia. Taknak asyik-asyik makan udang dan kerang (kadang-kadang ketam) hari-hari. Nasi pun kat sini macam pulut, terlalu banyak kanji.
.
Ada satu hari tu, sabahat saya ajak gi cari setem. Di Seoul terdapat satu kawasan macam Lorong Kulit Penang. Sempat la cari buku-buku lama. Cuma ada buku dari era peperangan korea yang kami temui. Cari punya cari terjumpa la.. satu set setem koleksi lengkap. Terus sambar beb..


Surat khabar terakhir sebelum tentera korea utara hampir menawan Seoul.... perhhgg.. Peperangan Korea agak tragik berbanding Vietnam di mana ketika ini kemuncak pertembungan kuasa barat dan ideologi Komunis. Secara teknikalnya, korea utara dan selatan masih lagi berperang. Belum ada perjanjian menamatkan peperangan dan hanya ada hanya gencatan senjata sahaja.

Satu batu tangga di istana Gwang**** (lupa nama dia). Jika di Kota larangan (Beijing) kebanyakkan simbolik pada batu ialah naga dan singa. Di Korea lebih pada elemen binatang yang baik-baik iaitu tikus dan kucing (saya rasa la).
Ni menu kat tempat kuliah saya. Terima kasih pada tukang masak yang telah berkhidmat hampir 15 tahun memasak makanan untuk muslim Malaysia.. Macam tau-tau citarasa saya huhuhuh...

Ni ialah sebahagian dari rutin istana, pengawal-pengawal istana melakukan demo sebagaimana ketika dulukala.

Di subway banyak menggunakan touch screen information kiosk. Besar gilerr nak google earthkan lokasi kitaorang.
Untuk kaki ham radio yang ingin mencari barang-barang ham radio... ingat nama ni. Bayangkan Jalan Pasar sepanjang 4km... anda pasti sesat hahaha.. Barang-barang ham radio banyak dijual disini. Tapi saya melupakan hasrat nak mengulas tentang barang-barang ham radio yang dijual di sini memandangkan kadar pertukaran Won ke RM agak tidak berbaloi. Won 10,000 bersamaan RM28. Icom IC7000 berharga hampir RM6000. Lupakan saja..
.
Tapi ada yang istimewa, kalau kat Malaysia, 7 segmen atau LED adalah pilihan projek Display unit. Tetapi disini, LCD adalah pilihan.. bayangkan projek anda selepas ni banyak menggunakan LCD. ;)
Polis disini rata-rata adalah muda. Dikalangan mereka yang setelah selesai menjalani kerahan tenaga (askar) ada yang menyambung perkhidmatan sebagai polis. Tahukan anda, kadar jenayah di Seoul adalah hanya 0.01%. Dan jenayah majoriti berlaku apabila orang mabuk. Aduhai.. Malaysia bagaimana ya?

Mmmm... bila masa malam.. agak bosan. walaupun Nandenmun kebanyakkan kedai dan shopping Complex hanya menutup perniagaan jam 5 pagi. hiburan adalah perlu. Saya sempat melayan teater Nanta, salah satu pementasan teater yang paling lama bertahan di korea. Best gilerr... tukang masak dengan gila-gilanya.

Shoot terakhir saya pada malam itu sebelum kembali ke Nandenmun untuk shopping sehingga jam 5 pagi . Keesokkannya saya ke Dondengmun untuk mencari BRUSH (disebut brushi), akseori wanita yang dipakai pada tudung...
.
Apapun ini saya yang saya mampu sertakan dalam posting kali ini. Hasil dari koleksi QSL kad saya telah membawa saya ke Korea dengan percuma ;). Terdapat hampir 4000 shoot gambar. Hanya ini yang dapat saya coretkan.
.
Ada orang berjaya melakar hasil dari QSL kadnya dengan awardnya, ada juga dengan green stamp nya, saya dengan trip ke korea... anda pula bagaimana? huhuhuhu... ;)
.
Hingga kita jumpa lagi.
.
P/S: Posting saya terdekat ini adalah berkaitan Hamfet di Malaysia dan beberapa emel pertanyaan dari sabahat yang saya telah janji untuk saya jawab.
Related Posts with Thumbnails