Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 19 Mac 2010

Ada sesiapa nak beli? Projek Tabung Ayam.

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera

Ujian CW telah berakhir.. Pak Yob (mungkin 9M2YOP) setelah 5 kali peperiksaan akhirnya lulus. Saya tidak akan menulis panjang, anda mungkin boleh perolehi di http://9m2mgl.blogspot.com

Saya mengambil kesempatan untuk mengiklankan beberapa barangan. Saya akan mula menerima tempahan mulai bulan 5. Tetapi terdapat juga beberapa barangan yang akan saya bawa untuk jualan semasa Flea Market AGM Mares. Antaranya:

1) Antenna Yagi 10m 3 Element (4 Unit tinggal)
(Casing portable dijual berasingan - untuk portabliti, field day, outdoor)
2) Peta Yaesu Amateur Radio (8 Keping)
3) Lain-lain barangan.

Manakala tempahan barangan berkaita radio adalah seperti di bawah:

1) 2 Element yagi 20, 15 & 10m (berat 1.6kg sahaja)
(Beg khas untuk dibawa ke mana-mana dijual berasingan)
Gambar antena seperti di bawah:



Tempoh membuka dan memasang kurang 5 minit.


Antenna ini telah digunakan di beberapa DXpedition yang telah kami lalui. Ciri-ciri antena ini akan saya terangkan pada entry yang akan datang


Selain itu saya juga akan mula menerima tempahan untuk Miracle Whip. Bagi pemilik Yaesu FT817ND, QRP stesen dan sebagainya mungkin ingin memilikinya. Antenna ini (dengan Tuner) amat sesuat digunakan bagi tujuan komunikasi mudah alih, portable atau SOTA (Summit On The Air)
Ok... itu saja dari saya. Nampaknya mata gergaji saya sudah sampai. Boleh lah saya memotong saki baki papan Polycarbonate belakang rumah.

Kandungan bungkusannya..

Di meja saya... penuh dengan kira-kira prototaip antena 9M2RS yang bakal diuji, harapan saya antena ini sukses Insyallah.


Owh, terlupa saya.. terdapat emel bertanyakan tentang peta Yaesu Amateur Radio yang akan saya jual semasa Flea Market nanti. Di bawah ialah peta yang saya akan jual. Dalam stok saya ada 8 keping. Masih baru kecuali yang 1 ini yang saya buka untuk di ambil gambar. Cepat, siapa cepat dia dapat. cantik dibingkaikan dan diletakkan di shack radio anda. ;)


Lihat, 9M2, 9M6, 9M8, 9M0 dan callsign negara tetangga ;) apabila mendengar callsign, mata pasti melihat dipeta agar tahu sejauh mana isyarat itu menjelajah sebelum tiba di 9M land. :)

Ukuran peta ini adalah A1... penuh warna, terang dan jelas.

Itu sahaja coretan saya.... saya lampirkan gambar selingan sebelum menamatkan tulisan ini.
Kamera canon G11?? mungkin idaman seterusnya. Gambar cantik. Malahan lebih baik dari panasonic saya.


Gerai yang agak popular di Petaling Jaya. Sempat singgah melihat bersama 9W2MCC bang Omar. Malangnya tiba-tiba penguatkuasa trafik MBPJ datang mengeluarkan kompoun parking dek kerana ramai pelanggan yang meletak kereta di bahu jalan. Tempat letak kereta yang terhad membantutkan rencana kami untuk bersarapan di sana.


Minggu depan saya harus kembali ke Jabatan Kimia. Ada tugasan yang belum selesai dan kes-kes tertunggak menunggu pengesahan Jabatan kimia. Bangunan ini acapkali membuatkan saya dapat singgah samada di Amcorp Mall dan juga Kelab MARES.... ;)


Ini sahaja coretan saya... semoga dapat bertemu di Flea Market nanti ya... Selamat malam..
73
P/S: Tahniah pada calon CW terutama 9W2RZL. Kami telah menunggu anda 3 tahun di HF. Kedatangan kamu pasti kami hamparkan permaidani merah. Luaskan freq pada AA anda... Pada 9W2VOL, anda juga pasti sukses nanti di HF. Dan buat Kak Azura dan Abang Khusairi, hujung tahun ini buktikan anda berdua lulus CW serentak, sebagaimana ketika anda sama-sama lulus RAE!! (ketika itu saya hanyalah remaja di sekolah pertama kali mendengar suara anda berdua di 2m - RUK )

Khamis, 11 Mac 2010

Bingkisan Caca Marba


Assalamualikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas saya berkesempatan bergerak secara bagpacker di Ibu Kota. Dari KLIA melompat-lompat pengangkutan awam. 4 hari terakhir di ibu kota saya memilih untuk menginap di Kelab Mares. Nostalgia.. saya masih menyimpan beberapa gambar kenangan ketika kelab Mares yang pertama di Bukit Persekutuan (sebelum berpindah ke PJ) juga merupakan tempat persinggahan menginap semasa saya di Schlumberger. Pejabat ketika itu di Rohas Perkasa tidak jauh dari KLCC.

Kelab Mares banyak berjasa pada saya. Selain tempat menumpang teduh di kala merantau mencari sesuap nasi di Kuala Lumpur, ia juga adalah tempat saya bermasyarakat dengan ramai orang.. Pak Nik, Hj. Rashid, Abg Adi, Pak Kamsol, Allayarham Hj. Idris, Hj. Dahlan dan ramai lagi. Peralihan dari zaman mahasiswa kepada zaman bekerja, mereka yang sama-sama melalui zaman itu kini ramai ham radio yang telah pun bersara, pencen dan ada yang menumpukan pada keluarga. Owh.. Ok lah. Berbalik pada tumpuan saya.

Aiseh.. minda masih lagi teringat flight yang saya naiki minggu lepas.. tercabut skru hehehe.. sempat la shoot gambar tempohari. Oklah.. lupakan itu.


Banyak yang ingin ditulis.. masa mencemburui. Banyak tempat yang nak dijejak, masalah kewangan turun dan naik. Kali ini saya menulis analisa mingguan tentang blog-blog berkaitan radio amatur Malaysia.

Analisa isu 9M2MGL
Saya mulakan dengan isu 9M2MGL di http://9m2mgl.blogspot.com/. Saudara Azman mengutarakan tentang kesilapan MCMC yang mengeluarkan callsign bertentangan dengan garis panduan Callsign yang dikeluarkan. MasyaAllah, apa sudah jadi dengan MCMC? Atau hal ini terleka? Saya masih teringat di peringkat MCMC itu sendiri belum ada satu keseragaman tentang pengeluaran callsign. Ada satu ketika, callsign rakan A telah tamat tempoh semalam. Hari ini si B dah ambil.

Bagaimana sih kalau si B mula ke udara dan bertemu dengan stesen radio amatur luar negara yang sudah lama mengenali si A? Seharusnya pihak MCMC perlu mengekalkan atau membekukan sementara callsign si A sehingga satu tempoh. Dalam tempoh ini lah semua qsl card, urusan dengan persatuan dan lain-lain dapat diperbetulkan. Adakala alamat qsl card bagi callsign si A memerlukan pembetulan pada pemilik asal. Kad QSL adakala mengambil masa 2 tahun untuk sampai pada pengendali sebenar (bergantung pada beberapa faktor seperti stesen pembalas lewat hantar atau prosedur biro QSL yang menghimpunkan kad-kad terbabit secara pukal).

Ketika membaca isu saudara azman, saya cuba menjejak carian callsign dari sesawang MCMC. Saya temui stesen beberapa stesen dari 3 alphabet suffix yang bermula dengan Q. Untuk memahami lebih lanjut para pembaca bolehlah melayari http://9m2mgl.blogspot.com/2010/03/sapi-dah-lembunya-dimana.html untuk ayat yang lebih tepat. Saya agak berhati-hati menulis tentang ini tetapi beberapa suffix kurang ok digunakan seperti GOD, ASS dan sebagainya harus diperhalusi MCMC.

Pandangan saya.. Apa sudah jadi dengan Garis Panduan Callsign Radio Amatur Malaysia? Dan software yang digunakan oleh MCMC untuk menjana callsign semasa pendaftaran tidak ’block’ callsign yang tidak boleh digunakan tidak berfungsi? Ini mampu memalukan kami pengamal radio amatur berdaftar pada dunia luar.

Ham Radio Malaysia dan Yaesu
Rentetan dari Kejayaan Koperasi K-ramat iaitu koperasi ham radio pertama di Malaysia. Pertama kali saya melihat penubuhan koperasi ini saya kurang yakin. Hinggalah apabila koperasi ini berjaya melihat peluang. Bagaimana syarikat-syarikat besar seperti SLW, Amtel, dan syarikat besar lain yang memonopoli penjualan pesawat radio VHF, UHF, Trunking dan HF. Jika melihat sebagaimana yang pernah saya ceritakan. Pengalaman mendapatkan sebutharga untuk sebuah radio. Harga radio boleh mencecah hingga 3 kali ganda.

Masalah permit membawa masuk radio yang berbelit (Bagi model-model terbaru), keengganan (saya kira kurang pengetahuan) pegawai dari SIRIM mengeluarkan AP pada individu ham radio dan masalah percukaian yang melampau acapkali menggugat pengamal radio amatur berlesen di Malaysia. TAHNIAH pada K-ramat kerama menjuarai isu ini. Dengan menjadi pengimport perkakasan radio amatur yang sah, saya percaya faedah ini akan dapat dinikmati bersama oleh semua warga radio amatur di Malaysia.

3 model VHF yang dalam proses dihantar ke SIRIM untuk pengesahan standard, 2 Mobile Transceiver dan 1 Handie Talkie.Model ini ialah Yaesu FT-2900, Yaesu FT-7900 dan FT-270. Saya pernah hadir pada satu sesi taklimat pengedar tunggal jenama Standard Vertex di Glenmarie Shah Alam. Dari taklimat tersebut pada mulanya saya percaya adalah mustahil pengedar tunggal ini akan melepaskan hak pengedaran di bawah jenama Yaesu.

Saya terkejut bila pihak Standard, Divisyen Yaesu memberi peluang pada K-ramat. Tahniah dan syabas K-ramat. Nasihat saya yang tak berapa tahu hal marketing ni, market Malaysia kecil. K-ramat juga harus bersaing dengan luar Malaysia. Pasaran di luar Malaysia sana jauh lebih besar. Jangan harapkan ham radio Malaysia yang hanya 2000 orang ini. Lihat Indonesia dan populasi ham radio nya. Lihatlah Thailand dan negara lain. Setakat ini hanya 2 negara yang mampu memasarkan peralatan radio amatur dengan harga yang berdaya saing iaitu Hong Kong Dan Singapura. K-ramat boleh ;)!!

Bacaan lanjut mengenai status K-ramat boleh dicapai di http://k-ramat.blogspot.com/2010/03/yaesu-dah-sampai.html dan jika anda berminat melabur boleh la mula dari sekarang.

Masalah mengimport Motorola GM338

Beberapa minggu lepas saya dihubungi bertalu-talu oleh rakan dari Kuala Lumpur bertanyakan prosedur mengimport masuk radio. Selidik punya selidik rupanya beliau ada mengimport masuk radio jenis Motorola GM338. Rakan kita ini telah berusaha beberapa kali mengikut prosedur yang ditetapkan. Malang nya rakan kita ini bertemu dengan pegawai yang tidak tahu langsung tentang keperluan radio amatur. Baca-bacalah situasi rakan kita ini.... http://9w2bcb.blogspot.com/ dan pasti ada rakan-rakan yang pernah berurusan dengan SIRIM pernah mengalaminya. Dalam hal ini saya merasakan terdapat 2 faktor utama.

Pertama atas faktor pegawai terbabit kurang pengetahuan. Sebab apa, sila baca ulasan Pak Syed dalam blog di atas. SIRIM pernah (Bukan pernah... ada lebih 100000 unit set yang dah dapat permit AP ke Malaysia bagi model ni ) mengeluarkan AP untuk model ini. Tup.. tup.. Tak nak keluar kan. Jika pegawai tersebut merujuk pula pada senarai peralatan radio amatur yang dibenarkan masuk ke Malaysia untuk kegunaan Ham Radio pula, senarai tersebut adalah lapuk. Tidak pernah dikemaskini dari mula ia dikeluarkan hinggakan ada yang telah discontinued. Lihatlah juga kes 9M2MKW Pak Kamsol 3 tahun lepas apabila SIRIM mengenakan caj yang tidak betul, dan akhirnya terpaksa menulangkan lebihan caj.

Faktor kedua pula ialah spesifikasi kurang jelas yang diberikan oleh MCMC kepada SIRIM apakah radio yang boleh digunakan oleh ham radio. Merujuk pada catatan Pak syed, dari apa yang dikatakan oleh pegawai SIRIM.. menggunakan radio motorola tersebut untuk kegunaan radio amatur adalah salah.. hehehe.. mungkin ini tanggapan saya. Maka kenapa perlu akujanji di hadapan Pesuruhjaya Sumpah supaya menyimpan rahsia komunikasi? Bukankah sebab secara lumrahnya radio kegunaan radio amatur adalah open band dan etika radio amatur itu sendiri yang menjaga sempadan kegunaan freq yang telah ditetapkan. Dan carilah didunia ini radio yang menepati kehendak untuk ham radio mengendalikan freq sebagaimana yang dinyatakan oleh kes di atas...Owh.. malangnya ham radio Malaysia.

Pandangan saya, MCMC selepas 12 Tahun CIMA, rombakan besar-besaran perlu ada dalam peraturan ham radio malaysia. Terima kasih Syah 9M2SZ atau input, takrifan ham radio yang tidak jelas. Ham Radio Malaysia perlu ada peraturan khas yang sendiri agar ham radio di Malaysia tidak berada dalam keadaan teraba-raba dikala ham radio negara tertangga sudah 12 tahun kehadapan....

UTM ARDF

Banyak gambar yang ingin saya lampirkan, malangnya mood nak upload gambar acara ini ada turun naik. Mungkin ada rakan-rakan yang telahpun membacanya. Tahniah buat pelajar-pelajar UTM yang diketuai oleh Pidot, Penyu dan YL UTM atas penganjuran. Laman web pidot boleh ditemui di http://dawus.blogspot.com/ Pak Din 9M2DA telah menjemput bersama Ham Radio dari Batam sama-sama memeriahkan aktiviti ini. Terjumpa pulak YC5PSC, hahaha.. banyak hutang saya yang belum dijelaskan padanya. J Secara total pertandingan ini berjaya. Juga 9M2LC yang hadir. Lebih membanggakan, Team ADTEC Kulim yang pulang dengan tangan berisi. ;)


Dxpedition sana dan sini

Selain dari Malaysia DX yang dikepalai oleh 9W2RI, 9W2WF, 9M2ZC, 9M2SQL dan beberapa rakan, salah seorang yang agak aktif di 10m iaitu 9W2RZL http://9w2rzl.blogspot.com/ acapkali aktif kedengaran.

Saya hanya memantau sahaja melalui web aktiviti field day sahabat diluar sana. Kebetulan pula beberapa rakan mengadakan field day di Tanjung Piai dengan callsign 9M4STE. Kazusan.. Otakara dan Rizal temerloh boleh dilihat di http://dxpeditionmalaysia.blogspot.com/ Menurut Otakara, 400 stesen.. mungkin ada data yang lebih tepat.

Cuaca panas melampau dan kesannya

Kebetulan juga semasa minggu Chinese New Year lepas saya berada di Utara semenanjung. Cuaca panas melampau sehingga mencecah 39 darjah Celcius menyebabkan jalan keretapi disini bengkok. Keretapi tergelincir dan saya mengalami sun burn.. aduss..

Tetapi lebih menyeronokkan ialah siaran radio kegemaran saya berkumandang dengan jelas. Rupanya panas terik minggu itu membuatkan propagasi mendukung. Siaran Radio Republik Rakyat Chinna di short wave jelas tanpa antenna yang sesuai. Rancangan tersebut banyak bercerita tentang Perdana Menteri Chinna membuat ucapan Selamat Tahun Baru Cina buat semua pendengar. Juga sabutan perayaan ini sekitar Asean. Apa yang menarik, juruhebahnya menggunakan bahasa melayu 100%.

Teringat siaran yang saya saya kerapkali dengar 15 tahun dulu ketika di Asrama High School. Nostalgia. Hari yang sama saya juga mendengar CQ dari 9W2DI di 10m. Sms dari 9W2VVH abang Khusairi memaklumkan band mula membuka... hinggakan komunikasi di 6m band juga bergegar. Stesen dari VK6 jelas kedengaran. Sayang.. saya hanya memantau.

Musim AGM
Khabar dari Lembah Klang, Mares juga akan mengadakan AGM terdekat ini. ASTRA akan mengadakan pada 20 Mac kalau tidak silap saya. Manakala persatuan lain saya tidak tahu. Insyallah Flea Market nanti semasa AGM saya akan menghabiskan 4 unit 10m yagi untuk dijual. Juga Peta Amateur Radio. Jika ada yang berminat boleh lah hadir semasa AGM nanti.

Lain-lain

Saya akan hadir ke Bandung semasa hamfest ini tetapi hanya sebentar sahaja. Masa sayaa akan banyak dihabiskan di Jakarta. Khabarnya 9M2RS, 9W2YR, 9W2DJ, 9W2NYC, Dr. Kamil dan beberapa sahabat ham radio dari malaysia akan hadir di sana. Saya bersama 9W2MAA dan MW0EIB akan ke Glodok dahulu. Kemudian barulah kami mengambil kesempatan ke Bandung.

Jika mengikut rencana kami akan singgah di Jakarta dan bermalam di Sofyan Betawi pada Khamis petang. Pagi jumaat, ke Glodok, Tanah Abang (Mencari kebaya merah hehehe), Mangga Besar, Masjid Istighal (Solat Jumaat) dan Monas petangnya. Malamnya akan bergerak ke Bandung dengan keretapi dan dijangka bermalam di Hotel terhampir dengan festival.

Kemudian malam itu acara wajib iaitu flea market di festival. Saat ini lah yang ditungu-tunggu dimana barangan second hand radio mula disusun. Ramai ham radio akan berebut memilih perkakasan radio yang dikira special atau sukar dicari. Jika bernasib baik mungkin dapatlah variable capacitor dengan harga istimewa. ;)

Keesokkan seharian di festival kemudian barulah bergerak ke Cibaduyut dan beberapa lokasi menarik. Menginap semalaman di Bandung, keesokkan mungkin penutup festival sebelum membeli belah. Kemudian pulang ke Jakarta dengan keretapi dan pulang ke Hotel di Menteng. Isnin pagi habiskan shopping sebelum beransur pulang ke Bandara Soekarno Hatta Insyallah... pack sungguh.

Itu saja kot tulisan saya.. Insyallah jika ada isu terbaru akan saya paparkan. Oh, sebelum terlupa, saya juga akan mula menerima tempahan Miracle Whip. Jika ada yang berminat boleh emel kan pada saya.


Hingga kita jumpa lagi, pada yang akan menduduki CW semoga berjaya!! Jumpa di Kartini Hamfest ;)


P/S : Sudah 2 kali antenna HF saya dicuri di rumah sini... mungkin saya akan hanya memantau buat masa sekarang di HF.


P/S : Saya akan menjual antenna 10m yagi 3 elemen, peta radio amatur dan miracle whip untuk QRP/Protable HF. Jika ada yang berminat boleh hubungi saya melalui emel di sebelah.

Penulisan saya agak tidak konsisten.. maaf kerana banyak cacamarba dan tiada kesinambungan ayat. Mungkin saya agak kaget dengan kehidupan di.....

Related Posts with Thumbnails