Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 13 Julai 2026

Fee Proses Apparatus Assignment Naik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya ada  perubahan pada 1 Julai 2026 iaitu yuran pemprosesan telah disemak dari RM60 menjadi RM100. Jika anda  renew melalui E-Spectra awal, mungkin free. jika terlepas maka RM100 kena lah. Cuma pada pandangan saya, renew AA ni macam tidak mesra pengguna. Juga AA sekarang dah digital, sendiri cetak, sendiri simpan hahahaha...

Tapi ketawa saya terhenti apabila membaca PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PINDAAN) 2026 di bahagian takrifan ini "TIDAK TERMASUK".

Nampaknya ham radio di Malaysia tidak lagi ditakrif sebagai hobi eksperimen. Mungkin Malaysia bukan lagi negara yang menggalakkan inovasi.. kita hanyalah pengguna semata-mata....  

Dan banyak projek-projek homebrew saya bolehlah campak masuk dalam tong sampah huhuhuhu...

73!

PRADAS Kini sudah tiada

 Ya, PRADAS merupakan suatu komuniti radio bukan amatur yang sangat aktif suatu ketika dulu...

Kini tiada lagi.. semoga persahabatan semua rakan-rakan masih utuh walaupun PRADAS sudah tiada.





9M2RR Silent Key

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

10 Julai 2026 lepas saya baru mendapat perkhabaran salah seorang guru saya dalam hobi radio amatur telah kembali ke Rahmatullah.

Pak Rahim 9M2RR, tidak asing lagi. Beliau menjiwai hobi radio amatur sehingga akhir hayat. Saya tidak mampu enjoy hobi ini sama seperti beliau lagi-lagi saya sudah 30 tahun merantau keluar dari kampung saya di sana. Dari zaman SPM hinggalah saya juga akan memasuki fasa pencen tidak lama lagi.

Antara yang saya masih ingat lagi ialah menerima siaran TV underground beliau yang dipancarkan dari lokasi beliau dan sampai ke rumah orang tua saya hampir 30km. Kuasa pemancaran saya kira dalam 500mw atau 1watt..

Satu lagi ialah kerana beliau, dapatlah saya merasai naik ke puncak pergunungan strategik di semenanjung kerana projek pemasangan  repeater Astra ketika itu. 

Gunung Jerai, Bukit Bendera, Larut, Pulai hinggalah ke Selatan tanaha air iaitu Gunung Kulai Johor. Gara-gara minat Allahyarham khabarnya pernah membuat personal loan RM50K untuk melengkapkan misi nya link kan repeater seluruh semenanjung. Ada suatu kisah, repeater beliau telah ditendang jatuh ke bawah gaung oleh penjaga di gunung ledang, beliau terus seorang diri memandu kereta kancilnya dari Tg Piandang ke puncak ledang untuk bawa pulang. Begitu sayangnya beliau pada hasil tangan ekperimen beliau.

Antara ilmu yang tersebar beliau ialah linking repeater dan duplexer/BPF yang kemudiannya ramai ham radio semakin berani bereksperiman dengan pembinaan repeater murah dan praktikal. Sesungguhnya kita tidak boleh lepas dari menempuhi kematian, dan kami juga bakal dijemputnya... selepas kematian kita hanya 3 perkara yang pahalanya tidak akan terputus, anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah... Dan semoga Allahyarham Pak Rahim beroleh balasan atas sumbangan beliau pada hobi kita ini...


Gambar diambil oleh Saudara Harris 9M2ALL (lesen sudah tidak renew khabarnya)



Bersama raka-rakan ham shah alam selepas selesai pemasangan repeater di Bukit Cermin Shah Alam. Sekiranya anda melalui tepi highway Elite, berdekatan lokasi kebakaran Paip Gas... pernah ada repeater di atas sana suatu ketika dulu. 2 orang yang menanda tangan sokongan AA saya ada dalam gambar ini iaitu 9M2RS dan 9M2RR. Ketika itu 9M2RR ialah president Astra dan 9M2RS ialah mantan Presiden Marts.


Ini merupakan prototaip antena 9M2RR yang pernah menjadi sangat popular di Utara. Ianya pernah bersaing dengan Gazden Indonesia.


Gambar ketika pemasangan repeater Bukit Cincin (Bukit Cermin)


Masih utuh tower dan kolehsi antena homebrew Allahyarham. (kredit gambar saya ambil dari Facebook)


Dan shack terakhir Allahyarham...  saya teringin memiliki setup ini tetapi dengan keadaan saya, ianya hanyalah sekadar harapan.

Dunia ham radio tidak lagi menarik sebagaimana dahulu. Mungkin pada saya kot.. entah lah...

Walau apa yang berlaku, ham radio dan persahabatan sesama kita dalam hobi ini pasti akan tetapi kekal Insyallah....


Related Posts with Thumbnails