Minggu lepas adalah hari yang paling memenatkan. Kebetulan pula saya pulang ke kampung atas urusan menguruskan bil-bil air, elektrik dan telefon. Sampai sahaja di kampung, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Mmmm..... sukar juga nak tidur. Almaklumlah hampir 4 jam saya terlelap di dalam bas sepanjang perjalanan pulang ke pulau mutiara. Sudah muak untuk tidur. Saya ke bilik belakang, di situlah shack saya yang telah hampir 6 tahun saya tinggalkan. Ianya masih lagi menempatkan sebuah pesawat jenama Kenwood dan sebuah radio HF antik jenama Redifon R551N (final amplifiernya adalah Valve!!) pemberian 9M2SY (Transceivernya) dan 9W2MX Bang Mat Isa (Receivernya). Asalnya radio ini tidak berfungsi, berkat bantuan rakan-rakan amatur dari Alor Setar, alhamdullillah ianya diganti bahagian demi bahagian dan kembali ke dalam perkhidmatan akhirnya.
Jari jemari yang asyik memutarkan tombol pesawat masih tak dapat menenangkan saya. Ada sesuatu yang harus saya lakukan. Ah!, apa kata cari CD di bandar Perda... Dalam kesejukkan pagi itu saya ke Bandar Perda. Malangnya kedai Cd di sana kebetulan tutup awal. Biasanya 24 jam.. Kenapa ya. Dalam kehampaan saya singgah di gerai Char Kue Teow di sana, bertemu dengan rakan-rakan lama seperjuangan dulu. Jam hampir pukul 4 pagi barulah saya pulang ke rumah... Nah! tertidur terus diruang tamu hehehehe....
Pagi tu saya terjaga. Bonda memaklumkan bla bla bla bla bla (banyak la kena buat, tebas rumput la, racun rumput, cat rumah dsb). Ishh.. banyaknya nak buat hehehe.. Tapi ada sesuatu yang bonda sebutkan yang buatkan saya tak senang hati. Katanya bulan lepas ribut ada melanda, angin kencang telah menumbangkan tower (buluh) saya yang menempatkan antenna 11m band. Terus saya ke laman melihat-lihat jika ada kerosakkan yang lain. Dan bermulalah hari-hari yang sibuk sepanjang di kampong....
Bercakap tentang posting saya yang lepas saya ada menceritakan tentang berkendali di band-band seperti 70cm, 23cm, 13cm, 9cm, 3cm, 12mm, 6mm, dan 4mm adalah sangat asing. Antenna untuk freq-freq ini adalah berbeza dengan antenna VHF dan HF. Ianya terlalu kecil dan berbentuk pelik. Ya :). Biasanya saya anggap begini. Jika antenna 14Mhz yagi adalah terlalu besar, 2M pula sebesar antenna tv rumah dan 70cm pula sebesar sikat rambut bagaimana pula 23,13,9 dan 3cm? Banyangkan ianya terlalu kecih hinggakan handphone yang menggunakan band-band ini tiada antenna! kerana antenna nya terlalu kecil. Walaubagaimanapun bagi band-band ini mempunyai konsep pematul (reflektor) bagi antenna jenis pengarah. Bagi memahami konsep antenna mikrowave ini, laman web terlama dan paling bermanfaat iaitu http://www.cebik.com/ menawarkan info yang menarik.
Alhamdulillah lesen yang saya perolehi dari MCMC membenarkan saya bereksperimen di mikrowave dengan had-had yang tertentu untuk tujuan penyelidikkan dan keamanan. Peluang ini saya gunakan sebaiknya bereksperimen. Ianya berbeza dengan kormersil yang mana kos lesennya agak mahal (tetapi ada pulangan yang lumayan). Kadar bayaran untuk lesen di malaysia boleh dilihat pada laman ini .
Berbalik pada minat saya dalam mikrowave, ianya disebabkan pemberian satu antenna band ini oleh seorang rakan amatur senior dari Kulim iaitu saudara Andy 9M2DY. Beliau menghadiahkan saya kerangka piring bersaiz 1.8m. Dari situ sedikit demi sedikit saya pelajari dan perbaiki rekabentuk piring ini sehinggalah ianya ditamatkan dari perkhidmatan. Dari segi jarak fokus, bahan, cuasa, dan sebagainya. Banyak kepuasan yang saya rasai dari eksperimen piring homebrew ini. Berkat bantuan geran dari Kementerian Pendidikan (ketika itu) melalui Makmal Telekomunikasi Politeknik Shah Alam, beberapa modul tentang asas membina piring satelit saya pelajari dan saya praktikkan hingga ke hari ini.
Piring yang asalnya kerangka pemberian 9M2DY-sudah tidak lagi digunapakai
Antenna ini saya beli dari Dubai
Masa pada pagi itu saya habiskan dengan membaiki semula kesan kerosakkan tersebut. Antenna ditanggalkan untuk mengeluarkan tapak yang telah bengkok.
Tapak yang bengkok dibawa ke bengkel Pian (Graduan dari US tetapi mengusahakan kedai besi, katanya lebih suka bekerja sendiri dari makan gaji heheheeh)
Kerja-kerja baik pulih dilakukan. Bahagian yang bengkok dipotong dan diganti dengan baru. Dua keping plat besi ditambah untuk mempertingkatkan kekuatan sokongan besi bahagian yang lemah agar pisang tidak berbuah 2 kali.
Tapak yang telah diperbaiki dicat semula, manakala piring yang telah ditanggal tadi dicat semula. Karat yang terhasil ditanggal... almaklumlah hampir 6 tahun berkhidmat :)
Dan selesai semua kerja maintenance, piring akan dipasang semula dan sedia berkhidmat.
Selesai membaiki dan memasang semula piring ini... setelah seharian di laman rumah, baru saya terperasan. Rupa-rupanya masih banyak lagi urusan yang jauh lebih penting harus saya lakukan. Bil-bil belum bayar, rumput belum potong, pagar belum cat dan cukai jalan motosikal belum diuruskan..Arghh.. malam ni kena balik KL semula. Apa boleh buat, kerana hobi saya terlupa benda lain yang lebih utama. Bonda pun kelihatan muncung ajer hari tu. Nampak gayanya saya harus menyenaraikan tugasan yang harus saya lakukan kemudian barulah perihal hobi bila pulang ke kampung lagi bulan depan...hahahahahaaaa...... :)
73!!