Kenangan di Uptown Damansara ketika dulu acapkali terngiang di benak fikiran aku. Terutama ketika lewat malam minggu.
Di situ lah aku sering mencari pelbagai keperluan aksesori diri. Teringat juga objek-objek haiwan seperti cicak sebesar key chain yang sering aku beli. Apabila dimasukkan ke dalam bekas air ia akan membesar... dan terus membesar.. hehehe.. 10 kli ganda dari saiz asal... dan tak juga ubat gegat yang sering aku beli jika ke sana, buat bilik air kesayanganku.
Tapi kini, ia sudah tiada.
Silih berganti dengan uptown-uptown lain.. yang tidak dapat menyaingi Uptown asal di Damansara dulukala..