Hai, berjumpa lagi kali ini.
Semasa saya kerkesempatan berkunjung ke pameran DSA yang lepas, pelbagai peralatan komunikasi dipamerkan di sini. Dari spesifikasi umum hinggalah kepada taktikal.
Tetapi apa yang saya perasan ialah objektif sesuatu peralatan komunikasi diperbuat ialah atas platform pengguna sasaran. Saya kerapkali bertemu dengan pertanyaan dari rakan-rakan ham radio yang baru mendapat tiket berkaitan radio yang digunakan oleh mereka semasa bekerja. Kenapakah radio mereka adalah dari jenis yang hanya menunjukkan channel sahaja? Kenapa tiada fungsi 'squelch'? kenapa tiada VFO? kenapa tiada Skrin?... tidak seperti peralatan ham radio yang ada semua fungsi dan mempunyai fungsi boleh program.
Dari perhatian saya, sayugia diingatkan bahawa pertimbangan ke atas soalan-soalan ini adalah disebabkan atas pendapat bahawa tahap kemahiran pengguna.
Bagi radio amatur, perkara-perkara seperti 'squelch', ton, memori, 'shift dan sebagainya adalah sebahagian dari penggunaan radio. Mereka sudah arif dan mampu mengendalikan 'setting' ini tanpa masalah.
Tetapi bagaimana pula dengan orang biasa? mereka sudah tentu tidak mahir benda-benda di atas.. apa yang reka tahu hanyalah tekan dan cakap (press to talk-PTT) dan jika golongan yang tinggi sikit kemahirannya mungkin tahu tentang Channel dan bagaimana menukarkannya. Disebabkan perkara-perkara ini lah yang membuatkan setiap pesawat transceiver berbeza antara radio amatur, kegunaan umum dan taktikal.
Jika inginkan membuktikan perkara ini, cuba berikan dua pesawat kedua-dua kategori ini pada seorang rakan bukan ham radio. Berikan arahan ini, "Anda dikendaki memberitahu ali supaya datang ke sini dengan walkie talkie di channel 2 (atau) Freq 145.500Mhz". Nah!! lihat hasilnya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan