Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 26 Januari 2007

Talian internetku berkelajuan siput

Entah kenapa malam ini talian internet saya terlalu lembab.

Dalam memikirkan tentang perihal sambungan internet saya teringat kepada seorang ham yang telah memperkenalkan saya tentang dunia Wifi. Saudara Azmi 9w2AQ sudah lama tidak kedengaran. Juga 9w2ji yang sudah 2 tahun tidak kedengaran mengingatkan saya pada istilah War Driving.

Minat saya tentang dunia Mikrowave bermula apabila salah seoarng sahabat saya telah ditugaskan menjaga makmal Mikrowave di sebuat IPTA. Kesempatan tersebut saya gunakan untuk mempelajari lebih dekat dunia mikrowave. Kebetulan juga di makmal tersebut terdapat Spectrum analyzer dan sebuah bilik chamber dimana saya berpeluang menguji dan plot bentuk gelombang antenna homebrew saya :).

Berbalik pada wifi, kebangkitan pesat sambungan tanpa wayar di 2.4Ghz memberi peluang pada mereka yang tiada akses internet. Bagaimana pula kita sebagai warga amatur?

Sebenarnya wifi adalah satu lagi cabang amatur yang menyeronokkan. Saya pernah membangunkan beberapa antenna wifi homebrew seperti cantenna, Vertical dan yang terbaik dalam barisan antenna 2.4Ghz buatan saya ialah reflectornya ialah sebuah dish ASTRO. rasanya jika anda menggunakan carian google anda akan mendapat banyak link ke projek sedemikian. OK... jom kita berkenalan dengan konsep mikrowave. Antenna pada band ini banyak menggunakan sistem pantulan dalam melonjak isyarat atau mengunpul isyarat. Mikrowave tidak boleh disebarkan secara jarak jauh tetapi mempunyai bandwidth yang besar. Ini yang membuatkan ianya dapat memuatkan data yang banyak dalam satu gelombang. Konsep pantulan boleh dilihat di laman http://www.usbwifi.orcon.net.nz/

Berbanding menggunakan mikrowave untuk tujuan QSO di satellite bagi saya tidaklah menyeronokkan. :)

Ok, berbalik pada wifi jarak jauh. kuasa yang dibenarkan untuk wifi agak terhad. Sesuatu transmitter (access point) hanya sekitar tidak lebih 100mW. Bagaimana jika kita tinggal jauh? 1 KM dari access point? dapatkah kita mengakses data? Jawapannya adalah mudah. Sebagai warga amatur terdapat beberapa kriteria yang boleh kita ambil kira untuk menangani masalah ini. Semua ini bergantung pada kuasa pemancaran, halangan (line off sight-maaf kalau tersilap taip), antenna, loss pada kabel, propagasi dan juga peralatan pemantauan.

Saya agak malas untuk menerangkan satu persatu perihal di atas. Terdapat banyak laman web yang menerangkan hal ini dan diharap pembaca dapat melakukan carian sendiri.

Apa yang saya sangat tertarik ialah loss di dalam kabel dan teknik antenna. Terdapat formula dalam mengukur efektif atau tidak gandingan 2 perkara ini.

Berikut ialah beberapa gambar disekitar rumah saya berkaitan aktiviti wifi jarak jauh. Jarak antara rumah saya dan akses point terdekat ialah 8km. Akses point ini terletak di atas bukit di perpustakaan MMU dan saya di Puchong.

Antenna ini adalah dari jenis mat grid jenama Andrew-Perhatikan buku dihadapannya


Sebelum antenna dipasang


Antenna yang telah fix pada rumah


Saya menggunakan kabel dari jenis Andrew Cable (Helical). terima kasih diucapkan pada 9W2TJR atas tajaan kabel untuk tujuan kajian ini. Kabel yang terbaik ialah LMR600 dan ke atas. Walaubagaimanapun kabel seperti RG58, RG213 dan RG8 memberi kesan loss yang amat ketara walaupun galangannya adalah sesuai. Ini kerana transmitter wifi hanya berkendali dengan kuasa yang kecil. Sesetengah pengilang menyertakan kabel RG741 dan RG8 tetapi dalam panjang yang terhad, kurang 1 meter.


Dan satu lagi standard connector bagi wifi-Revearse Polarity SMA... ianya mudah didapati berbanding zaman saya mula-mula menyertai hobi ini.


Saya memilih Standard 802.11B berbanding 802.11G. Ini kerana walaupun ianya perlahan tetapi kestabilan dan sesitiviti yang amat tinggi (kuasa pemancaran yang tinggi)


Antenna dengan magmount :)


Dua jenama 2 standard- 802.11B dan 802.11G


Demikian sudah satu lagi cabang dari hobi ham radio yang menyeronokkan. Kini saya tidak lagi menggunakan wireless akses. Antenna tersebut sudahpun ditanggalkan dan disimpan di dalam stor.


Tambahan terakhir. .. terdapat satu software yang bagus untuk tujuan pemantauan isyarat wifi iaitu Netstrumbler. Jadi, selamat mencuba!! Saya telah buktikan, saya boleh mengakses dengan jarak yang jauh.... anda pula bagaimana? :)

P/S: Pak Kamsol, 9W2KW, terima kasih atas pinjamkan saya antena mat grid ini. Cuma saya tidak berkesempatan untuk memulangkannya lagi.... Juga 9W2Cam (betul ker ni?) atas pemberian connector untuk helical cable. Terima kasih semua!!
Related Posts with Thumbnails