Hari ini banyak perancangan yang dibuat agak sukar dilaksanakan. Tak banyak yang dapat dilakukan. Rakan-rakan saya cenderung menghabiskan kerja-kerja peribadi.
Kecenderungan?
Saya teringat lagi semasa diera rakan-rakan saya tergila-gilakan jenama-jenama tertentu pesawat amatur. Ada dikalangan mereka yang meminati Icom.. ada yang meminati Motorola dan ada yang meminati jenama yang tidak pernah kedengaran.
Itu berkaitan dengan jenama-jenama pesawat amatur. Bagaimana pula jika anda mendengar rakan-rakan yang cenderung meminati hobi mengumpul radio transceiver yang menggunakan Valve? apakah anda mengetahui terdapat model radio yang menjadi buruan pengumpul radio-radio transceiver seperti model Collin dan Marconi? Perjalanan saya menyusuri tanahair dari daerah utara hingga selatan telah menemukan saya pada peminat dan pengumpul model-model radio seperti ini.
Radio yang menggunakan valve sebagai final amplifier mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ianya menjadi semakin efektif apabila ianya semakin panas. Ibarat saya gambarkan ia seperti sebuah kenderaan enjin diesel. Semakin panas semakin baik. Walaubagaimanapun kelemahan yang ketara radio jenis ini ialah ianya mudah 'hanyut'. Frekuensi akan berubah dan hanyut tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya. Misalnya sekiranya anda menala ke freq 7.043Mhz.. semakin lama freq itu akan berganjak bergerak ke atas atau ke bawah (biasanya ke atas) mungkin selepas 15 minit ianya akan menjadi 7.048Mhz mungkin. Kelebihan yang paling saya minati pada radio valve ialah ia menggunakan kuasa (ampere yang rendah) tidak seperti semikonduktor yang memerlukan sehingga 40A untuk menghasilkan 100watt.
Manakala radio yang menggunakan transistor lebih efektif dan cekap. Ianya berbeza dengan Valve dimana semakin panas, kecekapannya semakin menurun. Transistor bagi saya mudah 'kaput' berbanding transistor (pada pendapat saya). Maintenance radio valve adalah jauh lebih mudah dari radio transistor. Saya pernah melihat seorang rakan Ham dari kedah, 9W2RM menanggalkan satu demi satu komponen radio valve. PCB radio valve ini terus direndam oleh beliau ke dalam air (mungkin bahan kimia lain) di dalam besen dan diberus dengan berus dawai!! Waaaa.... Keesokkan beliau memasang kembali komponen radio valve dan ianya berkendali!! :)
Bagaimana pula jika ianya radio transistor?
Saya juga berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan ham yang meminati mengumpul radio tentera zaman perang dulukala. Mmmmm.... rupa-rupanya di dalam hobi ini ada juga cabang selain meminati berkomunikasi di udara, homebrew dan terkini mengumpul radio-radio lama. Tahun lepas saya berkesempatan melawat Muzium PDRM di KL, rupa-rupanya Komunis juga pandai membangunkan pesawat pemancar sendiri. Radio tersebut hanyalah sebesar buah kelapa berbentuk segiempat. Cantik hasil tangannya. Terkilan juga rasanya sebab 2 tahun yang lepas saya ketinggalan menghadiri hari ulangtahun VAT69 di Ulu Kinta kerana dimaklumkan oleh peqawai bawahan saya yang mana terdapat pameran barangan rampasan komunis dan 'putar-putar' (Komunis Kalimantan Utara). Di pameran itu terdapat beberapa radio homebrew komunis yang agak menakjubkan.
Demikian... dalam peredaran masa kali ini, teknologi radio semakin pesat. Ketika Gallelio Marconi mencipta transceiver, beliau mungkin tidak terfikir bukan suara yang menghantar mesej sahaja boleh dilakukan malahan ianya adalah kunci kepada ilmu, keamanan dan kestabilan dunia.
Kesempatan saya baru-baru ini menghadiri DSA 2006 menunjukkan teknologi radio semakin rumit. Ianya bukan sekadar hobi semata-mata.
Eh.. Mana mau tekan ptt....?
Radio yang biasa digunakan oleh ATM
Radio dari Firma Thales, tidak asing lagi dikalangan negara-negara rantau asia. Racal dan beberapa nama lagi kini bernaung di bawah jenama ini untuk beberapa produk
Retransmission sistem (repeater) yang digunakan di medan
Radio dari Firma Saab-Agak jarang kedengaran kerana tidak banyak negara yang memilih jenama ini
Perhatikan Saab dan Tuner dari HF sampai Upper VHF!! Juga 400Watt (yang putih)
Gambar disebelah ialah PSTN HF
Juga tidak ketinggalan Firma dari Korea
Juga Firma Barret dari Australia. Barret ada juga mengeluarkan radio yang hampir sama seperti untuk tentera tetapi untuk sektor awam macam Bomba dan pertahanan awam JPA3
Sistem keselamatan dalam komunikasi juga dipamerkan. Saya amat berminta dengan interface yang dipamerkan dibawah kerana jika kita tahu tekniknya, ia boleh dihomebrew. Tetapi etika kita sebagai ham radio adalah ditegah dari menghantar mesej semasa komunikasi secara rahsia. Komunikasi kita dalam ham radio adalah terbuka. Sesiapa pun boleh mendengarnya:).
Perhatikan. Mudah kan?
Firma dari China juga mencuba nasib. Qualiti yang boleh tahan tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Ketika gambar ini diambil, tangan saya agak berpeluh dan saya menyentuh keypadnya. Nombor-nombor di keypad itu tertanggal!! Kualiti yang tidak memuaskan.... mungkin kerana nak 'cover' pemilik boot tersebut memaklumkan pada saya "Eh, itulah sistem keselamatan radio kami." Err.... betul ker orang ni? hhehehehehe...
Begitulah perjalanan saya. Dari pemerhatian saya, memang ada benarnya kata-kata rakan ham yang meminati rekabentuk radio tentera dan mengidam ianya dapat diaplikasikan pada radio transceiver milik mereka.... atas sebab kualiti dan ketahanan. Berbeza dengan pesawat amatur, manja dan mudah rosak... :)