Repost semula...
Selama beberapa minggu ini saya agak sibuk mengelilingi semenanjung. Alih-alih saya membuka mel elektronik ini sudah terlalu penuh dan perlu beberapa jam membersihkan mel-mel yang tidak berkaitan terutama dari pengirim bernama Selvy.
Kadangkala kewangan yang terhad membantu kita menjadi seorang yang kreatif. Seorang rakan saya baru-baru ini telah membeli antenna yagi dan mencuba mengujinya. Tetapi terdapat masalah baru yang timbul, bagaimana menggerakkan antenna ini dari dalam shack nya?
Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan rotator antenna TV kormersil yang banyak dijual di jalan pasar. Dengan semurah RM22 hinggalah ke RM65. Rotator ini boleh di gandingkan dengan antenna yagi 2m yang ringan tanpa sebarang masalah. Idea ini saya perolehi semasa saya agak aktif menjelajah dunia radio amatur di utara tanahair. Rakan-rakan di Sik memanfaatkan idea ini sebaik yang mungkin.
Apa yang istimewa tentang rotator ini ialah ianya murah berbanding rotator kormersil khusus untuk pengamal radio amatur dan mempunyai remote control untuk mengawal arah pusingan antenna yagi anda.
Walaubagaimanapun kelemah yang sangat ketara ialah ianya hanya mampu mengendalikan beban antenna yang sangan ringan, rapuh dan tidak tahan lama. Tetapi jika ianya sekadar untuk 'fun', rasanya anda patut mencuba. :)
Demikian.. saya hanya sempat menambah satu idea sahaja. Insyallah jika berkesempatan lagi mungkin saya akan menambahkan lagi beberapa idea tentang 'budget' projek yang menyeronokkan boleh dilakukan.
p/s : Bagi mereka yang juga meminati kuasa tembakan jarak jauh,
yakni keupayaan antenna 2m yang efektif boleh mencuba menggandingkan
2 antenna yagi secara bergandingan.
Dengar khabar antenna yagi kormersil 5 elemen di singapura hanya sekitar SD48 seunit. Jika tidak yagi homebrew juga sudah bagus.
Jarak terbaik saya dengan hanya 5 elemen X 2 antenna ialah 280km. Saudara Kamsol juga memegang rekod yang agak baik iaitu Kelang ke Bukit Bendera dan Penara Pulau Pinang. Manakala rakam amatur di Indonesia jauh lebih hebat.
Anda pula bagaimana?
Anda adalah tetamu ke
blog ini.