Bosan juga hari ahad ni... sejak semalam saya kurang tidur. Sibuk dengan kertas kerja dan sebagainya. Antena yang patah hari tu pun belum berkesempatan untuk dinaikkan semula.
Tadi petang saya bergegas ke KL, ntah belum ada rancangan nak ke mana. Sampai di Imbi Plaza tergerak hati nak singgah ke situ tapi terlencong pulak ke Berjaya Times Square..
Mmmmm boleh tahan juga yer, ada satu kedai buku di situ yang agak besar. Apa yang membuatkan kedai buku ini berbeza ialah skala buku berkaitan sejarah dan ketenteraan yang pelbagai dan banyak. Wah... dah tentu ada kaki buku yang meminati buku kejuruteraan agak kecewa kerana bilangan buku bahagian ini agak sedikit hanya satu rak sahaja.
Mmmm.... tidak mengecewakan. Perjalanan saya terhenti seketika ketika melalui bahagian majalah. Saya terpandang dua buku yang agak saya kenali. Majalah CQ dan Practical Wireless :)
Majalah CQ (US)
Majalah Practical Wireless PW (UK)
Perbandingan kedua-dua majalah ini agak ketara. Apa yang boleh saya katakan Majalah PW agak kekurangan bahan. Tidak seperti diera kegemilangannya. Terdapat banyak projek-projek yang menarik disiarkan. Tetapi sekarang, terasa seakan rugi melanggannya kerana artikelnya 'hilang arah', sedikit dan projek yang disiarkan berulang dan berasaskan pengiklanan. MEMBELI PW IBARAT MEMBELI KERTAS IKLAN. Ntah apa yang sudah jadi dengan majalah keluaran UK ni.
Berbeza pula dengan majalah keluaran US iaitu majalah CQ, kandungannya agak padat dan murah berbanding PW. Walaupun artikel berkaitan projek-projek amatur juga kurang tetapi ia banyak mengupas tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh warga ham di sana. Ia juga menggalakkan rakan-rakan amatur mengendalikan mode yang lain seperti SSTV, RTTY dan sebagainya. Berbeza pula PW yang lebih banyak melaporkan aktiviti DXing dan Band Propagation sahaja.
Alhamdulillah, majalah CQ dah kembali ke pasaran Malaysia. Kali terakhir saya berjumpa dengan majalah ini ialah semasa saya di Jakarta. Bertuah bagi rakan-rakan di Indonesia kerana terdapat pelbagai majalah berkaitan amatur di sana. Begitu juga rakan dari Thailand yang juga mempunyai majalah dalah bahasa sendiri bagi komuniti ini. Bagaimana pula Malaysia? Hummm.... mungkin 2 majalah ini sahaja yang ada. Mungkin bagi rakan ham yang ada melanggan majalah QRT mungkin ada alternatif majalah yang boleh dibaca.
Majalah QRT
(Terima kasih 9M2RS kerana pinjamkan majalah ini)
Majalah QST pula hanya khas untuk ahli-ahli berdaftar dengan ARRL sahaja. ianya tidak dijual secara terbuka pada umum. Kandungannya juga tidak pernah mengecewakan kerana artikelnya padat, bermanfaat dan selaras dengan peredaran teknologi amatur. Cuma jika dibuat perbandingan antara majalah QST dan CQ, terdapat sedikit persamaan kandungannya setiap bulan. Mungkin pada pendapat saya majalah CQ untuk bukan ahli ARRL dan QST untuk ahli sahaja. Apapun para pembaca digalakkan menilai sendiri melalui pembacaan ketiga-tiga majalah ini. :)
Esok, saya bercadang memberhentikan langganan majalah ini di bawah.
Sebab saya rasakan kandungannya bukanlah level saya.......
hingga jumpa lagi.... chow chin chow!!!