Saya mengetahui tentang Tokyo Hamfest yang akan diadakan pada 22hb dan 23hb Ogos 2015 nanti tetapi memandangkan bajet saya agak keutamaan untuk keluarga. saya terpaksa melupakan dulu festival ini. Posting kali ini adalah untuk rakan-rakan yang berminat untuk ke festival ini.
Bagi mereka yang berminat mengetahui tentang Tokyo Hamfest boleh lah melawati link di bawah tentang perjalanan bajet saya sepanjang di Tokyo. Memang sangat mengujakan lagi-lagi ianya adalah hamfest paling meriah di Asia. Terdapat 3 Hamfest radio amatur yang besar iaitu di Friedrichshafen German (mewakili Europe), Dayton US (bagi benua Amerika) dan Tokyo (sebelah Asia).
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 1
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 2
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 3
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 4
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 5
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 6
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 7
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 8
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 9
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 10
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 11
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 12
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 13
(kalau korang rajin baca... layannzz...)
Kebetulan Airasia juga ada mengadakan promosi tambang murah serendah RM580 pergi dan balik. manakala kos bagi penginapan dalam RM70 semalam. Saya akan update nanti detail dan pandua bagi mereka yang ingin pergi.... jangan ke mana2.. k ;)
------ Sambungan -------------
Berikut ialah anggaran kos bagi sesiapa yang berminat untuk pergi bagi senario 5 hari Trip.
Bertolak - Khamis 21hb Ogos 2015
Pulang - Isnin 24hb Ogos 2015
Destinasi - Haneda Airport
Kos Pengangkutan
1) Penerbangan pergi dan balik - Promo Airasia ~ RM780-RM1100 pergi balik
*tak termasuk bagasi dan makan
2) Tren dari Airport ke bandar Tokyo dan hari pulang - RM55
*Tokyo Monorail ke stesen Hamamatsucho, Tukar ke JR line ke destinasi hotel.
3) Tren ke tempat festival - Pergi Balik untuk 2 hari ~ RM60
Option...
4) JR Rail Pass ~ RM920
* Rail pass ini tidak wajib jika anda hanya berkitar dalam Tokyo sahaja
Kos penginapan untuk 4 Malam
1) Dianggarkan 4 malam minima dengan kadar purata seorang
i) Sekitar Stesen JR Ueno ~ RM150 x 4 malam
ii) Sekitar Stesen JR Minamisenju ~ RM75 x 4 malam
iii) Sekitar Akihabara ~ RM160 x 4 malam
Kos Masuk ke Big Sight dimana festival dijalankan
1) Kos masuk ke ham fair ialah ¥1500 atau lebuh kurang RM45 untuk 2 hari.
Kos makanan
Kos ini terlalu subjektif tetapi saya anggarkan sehari kos makanan adalah RM50~RM70. Anggaran saya adalah RM200 bagi 4 hari adalah memadai.
Anggaran kasar bagi tip asas di atas adalah RM900 (kos flight return) + RM55 (kos tren airport ke bandar dan sebaliknya) + RM60 (kos travel pergi balik festival) + RM400 (kos hotel 4 Malam) + RM45 (Tiket masuk festival) + RM200 (makan 5 hari) = RM1660
Ini merupakan anggaran sahaja kerana kos ini dapat dikurangkan lagi melalui beberapa Tips yang akan saya kemaskinikan nanti....
------------------ TIPS BERJIMAT -------------
Terdapat 3 hal yang boleh kita jimat semasa di jepun.
Kos Makanan
Makanan bukanlah isu bagi pengembara bagpackers terutamanya yang beragama islam. Membawa makanan ke Jepun melepasi kastam dan kuarantin nya tidak setegas Australia.. amat senang dan tiada halangan. Selalunya saya akan membawa makanan yang telah siap untuk dibawa mengembara... contohnya :
Harganya antara RM8~RM12 di pasaran. Tetapi di Jepun anda punya pilihan samada memilih membeli makanan yang telah siap seperti makanan jepun (Bento hinggakan ke Udon) atau beli sahaja bento seafood di kedai 24 jam yang banyak pilihan. Jika was-was, nasi kosong sahaja yang siap dimasak ada dijual di kedai ini dengan kos RM5 sebungkus. hanya panaskan sahaja di mikro oven yang ada di hotel masing-masing dan serunding atau lauk dalam tin/pack yang bawa dari malaysia... fuhh sedap...
*Gambar Hiasan... Ransum utk travel bagi 16 Hari
Di sekitar stesen Ueno terdapat kedai-kedai kebab muslim dan kedai nasi ayam halal milik imigran pakistan yang mesra dalam anggaran kos RM15 ~ RM20 satu hidangan. Ada juga dipakejkan dengan air berkarbonat.
Sebelum ini kami membawa sendiri periuk nasi elektrik hahahahha... lepas ni rasanya tidak lagi.
Antara tips di Tokyo, makanan halal yang kerap ditemui ialah kebab. Jika mahukan nasi beriani etc atau makan dikedai India Pakistan mungkin lebih kurang RM40 sehidang dengan air masak free flow. Terdapat banyak kedai halal sebenarnya di Tokyo dan tiada masalah untuk mencarinya... lagi-lagi yang berhampiran masjid ;).
Kos Hotel
Memang diakui kos hotel adalah sangat mahal di tengah kota metropolitan Tokyo lagi-lagi kedudukan strategik seperti Akihabara, Taito, Ginza, Shinjuku dan Ueno. Anggaran kos dengan menggunakan Agoda.com antara RM120~RM160 seorang bagi setiap malam adalah normal. Di bandar lain biasanya RM40~RM60 saja... Tetapi jika anda rajin mencari hotel-hotel lain yang sedikit jauh dari pusat bandar sebenarnya berbaloi dengan syarat berhamnpiran dengan stesen JR. Kenapa tren JR menjadi pilihan berbanding Tren swasta? tren kelolaan syarikat swasta agak mahal sedikit berbanding tren dibawah syarikat Japan Railways (JR)(ala-ala KTMB).
Asas laluan tren dalam Tokyo.. gambar di atas ialah tren loop yang akan berpusing dalam lokasi-lokasi strategik dalam Tokyo.
Secara Amnya loop ini merupakan point utama bagi menghubungkan pergerakkan antara tren ke airport.. tren ke tapak hamfest dan tren ke hotel. Ueno (laluan JR Yamanote) merupakan titik bagi bertukar ke tren ke stesen minamisenju (laluan JR Joban)
Stesen Minami senju.. perhatikan hanya 2 setesen ke depan Ueno sahaja...
dari Stesen Minamisenju terdapat beberapa hotel yang dikira sesuai dengan bajet.. Hikari hotel (tiada dalam agoda.com) juga dalam lingkungan ¥1700 semalam.
Bagi mereka yang berminat nak ke pasar Tsujiki pun senang akses....
Tetapi harus diperhatikan sesetengah hotel menawarkan penginapan murah ada sebabnya! Jangan tersilap langkah memilih hotel kotak... yang mana anda tidur dalam cube kecil hahahaha.. yang itu boleh dapat RM40 semalam pun boleh heheheh... pilihlah penginapan biasa atau jenis ryokan (atas toto tradisional jepun) pun ok..
Ada lagi yang perlu saya sambung atau anda punya cadangan tambahan? Silakan...
**** Angka yang saya nyatakan ialah angka harga yang saya perolehi semasa menulis artikel di atas. Harga dan penawaran tempat penginapan mungkin berubah atau tiada bergantung pada maklumat semasa laman web maklumat didapati.
**************************************************
Kemaskini 23 Jun 2015
Terdapat sahabat yang bertanyakan tentang draf cadangan sekiranya ingin pergi selama seminggu. Jika seminggu, adalah bagus sekiranya membeli JR Pass yang membolehkan anda bergerak antara bandar-bandar di jepun. Kos asas dari RM1350 all in mungkin akan meningkat sedikit.
Saya lampirkan draf cadangan tentatif perjalanan bagi 18hb hingga 25 hb sebagaimana di bawah :
Bil
|
Tarikh
|
Destinasi
|
Kos
|
1.
|
18 Ogos 2015
Selasa
|
Bertolak dari KLIA 2 Kuala Lumpur ke Haneda Airport
International
Bermalam di Airport
|
RM887.08
(Kos
pergi balik)
|
2
|
19 Ogos 2015
Rabu
|
Tukar JR Pass
Singgah Akihabara
Bergerak ke Bandar Osaka
Berehat
Ke Den-Den Market jika sempat
Bersiar-siar sekitar Osaka
Menginap di Hotel Taiyo
|
RM920.00
(Kos
pengangkutan JR Pass cover semua Shinkansen, train, bas dan Feri)
RM118.92
(2 malam)
|
3
|
20 Ogos 2015
Khamis
|
Berkunjung ke Den Den Town
Ke ICOM Wakayama
Naik Shinkansen Ke Kobe
Singgah Masjid Kobe
Ke Dotonbori
Bersiar di Shinsaibashi
Menginap di Hotel Taiyo (Shin Imamiya)
|
-
|
4
|
21 Ogos 2015
Jumaat
|
Pagi bergerak ke Nagoya
Singgah solat Jumaat di masjid Nagoya
Melawat Muzium Toyota
Melawat ke Osu Konnan
Bergerak ke Tokyo dan bermalam di Hotel Juyoh |
RM318
(Kos
hotel bagi 3 malam)
|
5
|
22 Ogos 2015
Sabtu
|
Ke Big Sight Ham Festival 2015
Akihabara
Makan di Ueno
Shibuya dan Shinjuku
Hotel Juyoh
|
RM45
(Tiket Festival bagi
2 hari)
|
5
|
23 Ogos 2015
Ahad
|
Ke Big Sight Ham Festival 2015
Akihabara
Makan malam di Restoran Kak Timah
Eyeball dengan Ham Jepun
Hotel Juyoh
|
-
|
6
|
24 Ogos 2015
Isnin
|
Awal Pagi ke Pasar Tsujiki
Tokyo Tower,
Tocho Shinjuku
Haneda Airport
dan pulang ke Malaysia
|
-
|
Jumlah Kos Anggaran RM2289.00
- Kos Makanan sekitar RM100 atau kurang kerana makanan adalah dibawa dari Malaysia jenis ‘ready eat’ untuk sepanjang di sana.
- Kos tambang pergi balik anggaran jika dapat tiket promo Airasia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan