Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 28 November 2026

Mengenang 9M2FK Pak Eshee, suatu perjalanan hobi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam tadi saya sempat memuat turun beberapa gambar dari yahoo mail yang menjadi backup data saya. Tiba-tiba terfikir ada beberapa keping gambar elmer ham radio yang saya sempat simpan sebagai koleksi.. Ya salah seorang nya ialah pak Ekshee 9M2FK / HS9FK / VS2FK.. seorang dari beberapa ham radio yang saya sempat jumpa ketika hayatnya aktif dalam dunia radio amatur dari zaman sebelum Perang Dunia Ke 2 hingga beliau meninggal dunia.

Selepas menerima berita kematian beliau saya bergegas dari Johor Bahru ke Penang untuk  menziarahi isteri beliau yang berasal dari Thailand. Saya teringat Allahyarham selalu membawa 1 beg mengandungi koleksi gambar dan QSL card beliau setiap kali menghadiri program-program radio di lembah Klang. Mujur isterinya masih menyimpan dan saya snap untuk dikongsi pada rakan-rakan facebook Mares ketika itu.


Kad Eyeball QSO yang saya masih simpan semasa masih remaja dan pertama kali berjumpa dengan Pak Eshee. Perhatikan callsign VS2FK yang merupakan callsign Negeri Selat di Malaya suatu ketika dulu.


Dr. Bala 9W2NB dan sahabat baiknya Dollah 9M2AAA yang saya kali terakhir bertemu pada 2000 sebelum menghabiskan pengajian di Ipoh.


Kenangan bersama penduduk tempatan


9M2AT, 9M2AR, 9M2MP dan 9M2ZS


Coronation Scout Camp Penang 1976 9M2FK dan 9M2GL


Hassan 9M6MA, Kerry 9M6KT ketika SEANET 1975


Pak Idris 9M2GL


Perjalanan.


Saya tiada gambar Datuk Tan hinggalah saya terjumpa gambar ini. Wajah beliau sama seperti anak beliau Pak Kamal 9M2FX yang masih lagi sihat. Jika tidak salah saya Pak Kamal sudah berusia 80an terkini.


MARTS AGM dinyatakan pada tahun 1960an. Perhatikan Haji rashid 9M2RS dan Flea Market ketika itu.


Bersama rakan KD 'Pelanduk'


Perjalanan ke kampung Mat Daling ketika itu diakses hanya dengan menggunakan bot sahaja.


Rajamani 9M2RJ, 9M2AT. Perhatikan saiz rusa yang diburu.


George 9M2BS dan Soon 9M2FS


Seingat saya Allahyarham pernah berkhidmat dengan Tentera Jepun ketika pendudukan Jepun 1944.


Terjemahan Sijil dari Tentera Imperial Jepun


Sijil ke 2 Penghargaan dari Tentera Jepun


Terjemahan Sijil ke 2.


9M2LC atau Musang.. sumbangan paling significant beliau ialah pembangunan sukan Fox Hunting dalam dunia radio amatur di Malaysia


Shack Pak Eshee sebelum berpindah ke lokasi rumah baru


Tahukah anda, 9M2FK juga adalah orang yang tertanggungjawab menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu ketika pengisytiharan kemerdekaan negara pada 1957 di Pulau Pinang.

Juga ketika 1963 Pembentukkan Persekutuan Malaysia


9M2FR, 9M2LC, Amin 9M2AA, 9M2EG dan Dr. Bala 9W2NB


Jota 1990, ramai yang sudah tiada. 9M2SN, 9M2LC, 9M2VF,9M2PE, 9M2HK. TYang berbaju biru saya dah lupa callsign nya.


Seanet Chiang Mai Thailand 1991


Penang JOTA 1976, 9M2CF, 9M2MW, 9M2FK, 9M2DJ, 9M2GL dan 9M2AT


9M2AB, Sangat Singh 9M2EE dan Haji Ibrahim 9M2GV


Pak Manan 9M2MP... kemudiannya beliau menggunakan callsign 9M2PZ sempena callsign ayah beliau.


Hardcore DXpedition suatu ketika dulu.


9M2MP dan 9M2ZB


Shack.. dengan radio Collin yang sangat lejen ketika itu


Perbincangan


Spill Exercise di Esso Butterworth 1990. Ham radio memberi khidmat


DXpedition 9M0S Spratly island 1993



Rumah asal Pak Eshee sebelum berpindah ke Jalan Kelawei.


Perbarisan 1958


Jakarta SEANET 9M2FK, 9V1RD, 9M2LF, 9M2RS, 9M2AP


DXpedition di Kampung Mat Daling pada 1990. Ketika ini Mat daling merupakan kampung paling hulu di semenanjung Malaysia dan hanya boleh diakses melalui jalan sungai.


Selepas Jepun menyerah kalah beliau kembali berkhidmat dengan Navy British.


9M2AR, 9M2ZS dan 9M2MP

Gambar-gambar ini mengingatkan saya betapa suatu hobi itu datang dan pergi... juga watak-watak dalam perjalanan hobi radio amatur ini silih datang berganti. Ada yang kekal sebagai rakan sehobi malahan lebin dari itu. Dan ada yang datang seketika dan hilang. 

Juga saya sebagaimana dalam gambar-gambar di atas pernag melalui pengalaman-pengalaman menikmati hobi radio amatur bersama rakan yang datang ketika era saya, berselisih dengan rakan yang telah berakhir era hobi ini dalam kumpulannnya dan kini berselisih dengan generasi akhir hobi ini yang semakin sendu...

Semoga sebelum hayat saya berakhir saya berharap persahabatan dengan rakan-rakan sehobi ini tetap kekal walaupun kita semua datang dari latar belakang persatuan, kecenderungan khusus dalam hobi ini dan juga perbezaan pendapat.

Hingga jumpa lagi...

73!



Related Posts with Thumbnails