Assalamulaikum..
Esok AGM Mares, Tidak dapat hadir... Hari ni pun ada program radio amatur tidak dapat hadir kerana semua nya di Semenanjung huhuhuhu... Tiket Flight menggila mahal.. silap-silap raya tahun depan mengulangi 2 tahun sebelum ni tak balik raya huhuhuh...
Aturcara program esok.
Juga pada hari ini ada ekspo teknologi telekomunikasi di Batu Laut Selangor..
Sementara petang, tempe menjadi juadah minum petang di sini.
Masa yang ada saya ke lokasi Shack 9M6NA (JE1JKL), Saty Nakamura.
Selepas bagi salam.. tidak kedengaran. Mungkin beliau ke bandar.. Bulan ini beliau aktif keudara dalam mode CW.
Tiada respon, saya ke pantai Layang-Layang menghayati saat waktu senja berlabuh.. Ya indah!
Sedikit bosan rutin harian di sini.. saya rasa kalau saya ada di semenanjung mesti penuh dengan aktiviti. Rasanya lama lagi saya di sini... Untuk menghabiskan sisa-sisa hidup....
73!







