Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 14 November 2026

9M2NA kembali aktif di Labuan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ternampak di ruangan Facebook DX Zone :

JE1JKL will operate as 9M6NA from Labuan Island (OC-133), East Malaysia, from November 1 to November 30, 2026. Activity is scheduled for a few days surrounding the CQ WW DX CW Contest. Operations will be on CW. QSLs are available via LoTW and Club Log OQRS.

9M6NA


Ok, walaupun jarak antara rumah saya dan lokasi tidak jauh, rasanya saya hanya memantau jauh sahaja. Tidak mahu mengganggu Nakamura JE1JKL untuk aktif di udara.. https://jsfc.org/je1jkl/

Khabarnya selepas Hj. Muhammad silent key mungkin lokasi shack beliau juga akan berubah tidak lama nanti..

Dan minggu lepas kebetulan ada sedikit bajet, saya cuba untuk mengaktifkan stesen di Kundasang. Niat awalnya mahu berkhemah di tepi Jambatan Mersilau, ianya terletak betul-betul di kaki gunung kinabalu dan berhadapan dengan sungai Mersilau yang sangat sejuk. Malangnya hujan turun serta aliran air sungai yang berkemungkinan akan ada kepala air... rancangan untuk camping solo sambil DXing QRP terpaksa diubah kepada bermalam di kabin kecil. Kebetulan malam itu suhu turun sehingga 21C!


Seperti biasa sesuatu yang lama-lama sedikit bosan tetapi mampu meredakan stress, menaiki feri dari labuan ke Menumbok.



Sudah sampai ke lokasi kaki gunung Kinabalu. Nampaknya saya seorang sahaja malam ni. Tiba-tiba hujan...


Sempat menjamah kudapan di hadapan jambatan ini. Pethatikan sungai yang mengalir jernih..


Jernih airnya


Terpaksa bermalam di lokasi baru, Murah dan berbaloi bagi saya jika sekadar bermalam dan untk Dx..


Ok.. Fully bateri dan CW...


Hampir 23 tahun memiliki radio ni.. setia di bawa ke mana-mana... Yaesu FT817.. sempat layan CW dengan stesen VK8VF dari Darwin


Nampak rumah hobbit kecil di atas? inilah tempat saya bermalam. Antena G5RV Junior dilepaskan betul-betul depannya.


Matahari mula terbit...


Menikmati kepak ayam madu Wak Ali sebelum beransur balik


Sampai di Labuan sudah jam 9 malam.. esoknya cuci motor dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.. Insyallah bulan depan akan mencuba ke lokasi lain yang harap-harap lebih menarik... Itulah kelebihan di sini boleh berjalan-jalan sambil DX.. huhuhuhu...

73!



Related Posts with Thumbnails