Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 6 November 2026

Iceland mengajar saya tentang sesuatu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siang tadi ternampak ada rakan radio amatur yang mengiklankan menjual radio HF sehingga RM6K! untuk sebuah radio yang dikeluarkan pada tahun hujung 90an, ya 30 tahun lepas bagi saya amatlah tidak berbaloi dan berisiko untuk beli. Kebanyakkan kapasitornya telah menuju ke hujung hayat untuk kaput. Dengan duit RM6K, baik melabur pada radio terkini yang menggunakan teknologi lebih terkini. Ya saya juga pernah terkena apabila membeli Radio Kenwood TS480 yang berharga RM1.5K tetapi sayangnya hanya sempat on tidak sampai 5 minit dan terbakar.. Adusss... Ok berbalik tajuk di atas...

4 tahun yang lepas saya berpeluang untuk menjejak kaki ke Iceland. Rasanya ini adalah lokasi paling hemisfera utara bumi ini yang saya berpeluang untuk menjejak kaki. Dek kerana filem Dilwalee lakonan Shah Rukh Khan saya menjejaki beberapa lokasi yang menarik. Gambar-gambar di bawah saya ambil tahun 2022 dan mungkin outdated.

Pulau ini ada semua, dari gunung berapi, lahar, ais, daratan padang pasir, Glasier dan Aurora. 

Saya sempat singgah Club Station Icelandic Radio Amateur (IRA) yang betul-betul di hentian terakhir bas no 12 sebelum kembali ke bandar semula. Terdapat banyak kemudahan radio yang boleh digunakan oleh pelawat. Waktu lawatan ialah dari jam 8 malam hingga jam 10 malam kecuali public holiday.


Tower antena HF yang digunakan


Banyak koleksi kad QSL yang tidak diambil oleh ham radio di sana..


Waktu melawat


Anada kenal radio lama ini? Collin kan?


Saya di hadapan kelab stesen.

Cabaran bagi ham radio di sini ialah ketika kemuncak Aurora, isyarat radio di gelombang HF menjadi 'distort' tetapi di lower VHF menjadi magic kerana isyarat gelombang radio boleh pergi lagi jauh! 


RUV 189khz.. Sayangnya pada Oktober 2024 stesen ini menamatkan transmisi dan kebanyakkan siaran beralih ke siaran FM dan Digital.


Ya inilah struktur paling tinggi di Iceland dan di hemisfera utara khabarnya, setinggi 412 meter. Lokasi Hellissandur radio mast dan pemancar ini terletak di Gufuskálar, barat Iceland. Tahukah anda ketika kemuncaknya, ia memancar dengan menggunakan  300-kilowatt transmitter.


Kenangan.. 2 November 2022

Apapun 2 perkara yang saya belajar di sini, Aurora hanya indah dipandang tetapi bagi ham radio ianya sangat-sangat mengganggu komunikasi radio. Tidak hairanlah banyak ham radio iceland sering mengikuti ekspedisi DXing di luar dari Iceland disebabkan gangguan ini.

Dan ke 2, jika anda merasakan suatu kelebihan berada di kawasan yang lapang, jauh dari interference dan privisi untuk aktif dalam dunia radio amatur... sebenarnya lambat laun semua ini tidak lagi bermakna apabila usia beranjak tua... seperti saya...

Esok wild camping di Kundasang, saya mungkin aktif QRP esok.. hingga jumpa lagi!

73!

 


Related Posts with Thumbnails