Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 22 Mac 2020

Slim Jim dari kabel 300 Ohm


Masih berkisar kabel 300 ohm...

Masih ingat diagram2 yang saya kongsikan tempohari bagaimana membina antenna slim jim portable/pocket slim jim/emergency antenna?

Selesai maghrib tadi saya sempat mencuba membina antenna lagenda ini. Amat mudah.. tidak sampai 1 jam dah siap. Dan agak mengejutkan antenna ini cover 2m dan 70cm!

Nah! Menjelang musim perayaan dan ramai yg akan balik kampung... antenna ini amat saya cadangkan anda homebrew, boleh digulung disimpan di poket atau bawah seat kereta. Hanya sangkut di mana-mana ketika anda di kampung mak mertua etc... hatta dihujung katil dan sambungkan ke radio
boefang anda... TX di VHF mahupun UHF ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

P/S: bagi yang tertinggal diagram yang lepas boleh rujuk pada http://www.g4aym.org.uk/projects/project3/page0.htm



Ada 2 saiz yang biasanya ditemui di malaysia iaitu 0.32mm dan 0.23mm


Antara stok-stok terakhir saya temui ketika tahun 2015 di Taman Sri Terbrau JB


Yang ini saya beli di Akihabara Tokyo.


Feed ribbon kabel ini dengan RG58. Saya ikat dengan kable ties supaya tidak terlucut


Bahagian yang saya potong supaya terpisah.


Hujungnya saya sambung dengan cara me'nyolder'


Dan supaya jarak bahagian yang dipotong sentiasa kekal, saya menggunakan lebihan PCB dan diikat dengan cable ties.


lebih dekat.


Masukkan shrinkable tube supaya tahan lama.


Dan juga bahagian yang dipotong..


Dan siap!


Bacaan SWR bagi 70cm.


Bacaan bagi 2m.

Akhirnya dapat juga dual band ribbon cable antena. Ia juga boleh dijadikan antena base station dengan memasukkan ke dalan PVC Trunking atau PVC tube dan dipasang diluar rumah anda. Berapa kos saya? tak sampai RM15.

Anda juga boleh membinanya sendiri Insyallah. 

73!


Related Posts with Thumbnails