Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Anda masih ingat antenna pertama anda?
Saya masih ingat dan projek antenna ini mungkin juga antara projek pertama antena homebrew anda. Saya membinanya berdasarkan buku majalah RSGB ketika itu. Buku yang entah kali ke berapa kami fotostep atas orang dan atas orang. Yang saya masih ingat ialah buku itu terdapat callsign 9M2HM.
Antena Quaterwave ini sangat praktikal dan mengaplikasikan asas pengetahuan ham radio. Dengan menggunakan 300 (nilai bagi kelajuan cahaja sebagai rujukan dalam unit metrik) di bahagikan dengan freq yang hendak digunakan, kita akan mendapat panjang gelombang.
Dan dari panjang gelombang ini lah kami bahagikan lagi supaya hanya suku gelombang sahaja untuk antena ini. Terdapat beberapa faktor seperti Velocity tetapi kami akan trim lagi sehingga mencapai SWR yang terbaik.
Ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia radio, memiliki antena analyzer bukanlah sesuatu yang mampu. Malahan SWR meter pun belum pernah lihat. Jadi ketika itu apa yang dipotong itulah yang digunakan hehehehhehehehe....
Ukuran dimensi
Pandanga sisi dan penerangan.
Dan siap! (yang ini 70cm)
Bagi yang baru berkenalan dengan hobi radio amatur ini dan ingin mencuba mengira kepanjangan antena ini dan membinanya sendiri bolehlah ke https://m0ukd.com/calculators/quarter-wave-ground-plane-antenna-calculator/ Masukkan freq dan calculator akan memberi dimensinya. Selamat berjaya!
73!