Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 28 Mac 2020

Filter 50Mhz dan Door Knob High Voltage Capacitor


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tak ingat bila saya beli High Voltage Capacitor ini. Rasanya tahun 2012 mungkin. Penjualnya mengiklankan di Mudah.my. Kalau tidak silap saya RM11 sebutir. 

Memang mahal tapi agak rare kerana pada ketika itu kapasitor seramik yang boleh mencapai voltage setinggi ini dan se stabil kapasitor ini tidak banyak. Malangnya selepas membuat pengiraan, nilai yang kerap digunakan dalam projek-projek radio amatur bagi kapasitor selalunya bawah 50pF. Terbeli pula 500pF adoii... nak sambung selarikan supaya nilainya akan makin mengecil tidak menguntungkan kerana ruangan bekas yang nak diltetakkannya menjadi besar. Ketika saya ke Europe Hamfest saya temui banyak kapasitor ini dijual di fle market dengan hanya 1 Euro sahaja.


Inilah kapasitornya.


Beli 10 biji... hampir 7 tahun simpan tak guna-guna. Penjual menjalankan kerja refurbish peralatan eletronik kilang-kilang di Penang. Saya dapat rasakan kapasitor ini adalah leraian komponen Test instrument dari syarikat Agilent mungkin.


Masa bungkusan sampai

Antara projek yang kapasitor begini amat berguna ialah Band Pass Filter.






Antara projek yang boleh anda temui. Lihat Value kapasitornya... semua main bawah 50pF.


Selain komponen dalam litar elektronik, kapasitor ini juga boleh digunakan pada projek antenna. Misalnya trap.


Nilainya rendah saja. Kalau menggunakan 500pF, pengiraan saya menunjukkan bilangan coil akan bertambah, semakin panjang dan ini sangat tidak praktikal.


Kapasitor ini ngam-ngam muat dalam PVC. sangat cantik.

Terkini ketika artikel ini ditulis, semua kapasitor telah pun tiada. 5 darinya saya buatkan grounding bagi UNUN 9:1 end feed antena saya dan 5 butir lagi telah saya jualkan pada sahabat Ham Radio 9M2FUL dari Terengganu.

Hingga jumpa lagi, 73!  




Related Posts with Thumbnails