Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 29 Mac 2020

Antenna Apartment, UNUN 9:1 dan End Fed Wire

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini telah masuk minggu kedua dan sepatutnya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telahpun berakhir. Tetapi masalah wabak COV-19 memerlukan lanjutan lagi 14 hari PKP membuatkan saya semakin lemau hahahha...

Mujur hobi radio masih lagi mampu mengisi kebosanan dalam meniti hari PKP ini. Kebetulan kuarters yang saya tinggal tidak membenarkan saya memasang antena HF diluar rumah. Dek kerana PKP ini saya mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan untuk saya memasang antena HF jenis End Fed Wire. Untuk memastikan suapan pada end feed ini mencapai fungsinya, satu UNUN diperlukan. Anda mungkin sudah biasa dengan BALUN tetapi UNUN ini sesuatu yang sedikit istimewa. Saya memilih UNUN

Pada Oktober yang lepas saya berkesempatan ke Tokyo atas tugasan tidak rasmi. Peluang yang ada saya tak lepaskan untuk mencari antena yang sesuai untuk rumah jenis apartment seperti saya. Antara antena yang menjadi pilihan ialah Diamond BB6W. Tetapi harganya mencecah RM1100. Memandangkan ketika saya di Osaka, kedai ham radio di situ menyarankan saya homebrew sahaja kerana lebih murah. Ya memang betul, membina antena seperti BB6W ini 10 kali ganda lebih murah.


Antena BB6W. Terdapat ham radio di Malaysia yang masih menggunakan antenna ini. Antaranya saudara Azizul 9W2FD menggunakannya. Antaenna ini hanya 6 meter sahaja kepanjangannya.


Begini rupanya projek long wire antena yang akan saya bina dan pasang.


Diagram UNUN, terdapat banyak teknik untuk memintalnya samada mahu 4:1, 9:1, 16:1 dan banyak lagi.


Begini rupanya nya bagi UNUN 9:1


Inilah Torroidnya. Terdapat banyak saiz toroid ini. Warna merah merupakan ciri-ciri yang dibawanya. Biasanya warna merah untuk freq 10Mhz ke bawah dan kuning untuk freq 10Mhz ke atas.


Ini saiz T200-2, terdapat juga T130-2 yang kecil sedikit.


Capasitor High Voltage 3KW yang saya perolehi dari Lazada.


Toroid T130-2


High Voltage Capacitor jenis door knob dalam simpanan saya. malangnya saya memerlukan nilai di bawah 70pF dan kapasitor ini saya sirikan supaya nilai 500pF dapat diturunkan lagi. Capacitor ini kegunaan dalam projek UNUN 9:1.


Capasitor ini saya susun dan sambungkan antara feed point dang ground UNUN. 


Menebuk lubang untuk pasang hook.


Skru hook yang telah dipasang. Untuk pegang wire antena dan gantung. Juga terminal High Voltage.


Kerja-kerja melilit wayar.


Dah siap dipasang cuma belum di sambung wayarnya saja. 


Mencari Non Inductant Resistor yang boleh handle watt tinggi.


Jumpa satu yang hampir nilai dengan 450 ohm.Saya menguji dengan menyambungkan load 470 ohm resistor. Resistor macam dalam gambar ni, ini saja yang ada. Sebaik-baiknya kena cari yang non inductor resistor.


Casing ni Insyallah akan datang kalau ada modal saya akan beli 1.


Di sini banyak idea saya timbul


Jalan Pasar Kuala Lumpur.


Terminal ni pun ok kalau tak jumpa yang siap seramik.


Dah lengkap


Stok Coil masih banyak dalam simpanan.

Oh ya, semasa di Osaka, sahabat saya saudara fadhil 9W2WF ada mengingatkan saya harga sebutir T200-2 agak mahal sebab kos pos ke Malaysia. Saya mengambil kesempatan singgah di kedai elektronik Kyoritsu.


Hampir RM40 sebutir kalau ikut tukaran matawang ketika itu.


Di satu lagi kedai sedikit mahal.


Takkan nak beli banyak-banyak. Tak berbaloi. Nak pakai 1 saja.


Casing pulak ada aduss...


Ngam-ngam!


Ni harga di Akihabara dalam plaza Radio Parts Centre tingkat paling atas. Lagi murah!


Casing untuk projek lain pun mengancam gak fuhh


Next Project Insyallah


Yang beri saya inspirasi projek ini ialah Unun buatan Basicomm Korea, yang saya temui setiap kali ke Tokyo Hamfest. Boleh lawati di http://www.basicomm.com


Terminal dia menggunakan seramik High Voltage.


Ni result dia.


Dah siap pasang. 

Sepanjang petang PKP saya dapat bekerja baik dengan stesen dari russia di 15M band, Pak Zack Tacticom 9M2ZC di 20M band, Fadhil 9W2WF di 40M band dan Pak Yob 9M2YRS di 80M band. Saya memilih 53 kaki panjang antenna saya berbanding 66 kaki yang dicadangkan. Dengan bantuan tuner Alhamdullillah dapat bekerja baik di 4 band ini.

Hingga kita jumpa lagi, 73! 

Related Posts with Thumbnails