Artikel ini ditulis lama dan saya publishkan kembali.
Dalam tahun 2005~2008, Mares pernah mewujudkan satu program yang di panggil SIG (Special Interest Group). SIG ini diadakan berdasarkan bidang yang jarang diterokai oleh ham radio malaysia atau jika ada pun hanya eksperimentasi perseorangan ketika itu..

Program ini bertujuan mencambah kecenderungan ham radio ketika itu yang hanya melekat pada aktiviti tradisional radio amatur iaitu QSO semata-mata.
Antara bebeberapa program SIG yang dijalankan ialah DXpedition, 50mhz, APRS, Hombrew Antenna, Satellite, ISS tracking/Comms, Contest, Emcomm dan banyak lagi.
Seingat saya SIG paling awal Mares ialah kelas Morse Code kelolaan Allahyarham Hj. Idris 9M2GL. Pada ketika itu ASTRA juga popular dengan SIG eksperimen Repeater Homebrew dan antenna ASTRA prototaip. Terdapat kumpulan kecil Ham dari Marts yang aktif dengan SOTA (summit on the air) dan banyak lagi yang tak dapat saya sebutkan.
Aktiviti SIG akan dimulakan melalui sesi jemputan ham luar negara... jepun, mat salleh etc untuk memberi sesi Talk dan demonstrasi di kelab station Mares PJ. Bayangkan ketika itu medium memaklumkan aktiviti hanyalah menggunakan emel melalui newsgroup dan bukannya Facebook (belum popular lagi) mampu menarik ham radio hadir.
Hasil dari program SIG telah membuahkan hasil bilamana telah ada sekumpulan kecil ham radio yang gigih mencuba menerokai cabang2 ini dan seterusnya menjadi core dalam diri mereka hingga kini. Mereka mula membentuk komuniti kecenderungan masing-masing.
Evolusi cabang2 selain qso tradisional berubah dengan lebih 'significant' melalui aktiviti ham2 radio ini yang kemudiannya bertemu dengan ham radio lain yang bergerak solo atau dari persatuan lain yang bergerak lebih awal dari SIG dan kini ia merupakan sebahagian dari aktiviti ham radio di malaysia.
Saya berharap SIG ini boleh diaktifkan kembali bukan hanya di Mares malahan pada persatuan-persatuan lain agar aktiviti ham radio di malaysia akan menjadi lebih meriah Insyallah!
Sesungguhnya SIG ini juga mampu membentuk pelapis baru dalam kegiatan radio amatur pada masa hadapan sebagaimana aspirasi awal SIG digerakkan.
Kebelakangan ini Marts juga berusaha untuk mewujudkan SIG ini, syabas diucapkan. Ini kerana hobi radio amatur ini akan semakin lesu dan jika tidak akan hanya menjadi sebahagian dari sejarah...
73!
Kebelakangan ini Marts juga berusaha untuk mewujudkan SIG ini, syabas diucapkan. Ini kerana hobi radio amatur ini akan semakin lesu dan jika tidak akan hanya menjadi sebahagian dari sejarah...
73!