Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya teringat ada satu projek manpack yang sekian lama terbengkalai hahahaha.. komponen nya telahpun lengkap dari hand mic PTT tentera sampailah ke bracket Racal yang saya perolehi bersama 9W2MZY saudara Zaiful. Mujur ada beberapa keping gambar dalam simpanan saya.
Pembuatannya tidaklah sukar memandangkan Arwah Feroz 9W2JOH ketika projek ini 2014 dulu mempunyai kenalan yang boleh memotong kepingan Alluminium dengan baik di Johor Jaya.
Selepas pembinaan manpack ini, saya dapati sebenarnya menggunakan go box yang banyak digunakan oleh syarikat outdoor entertainment adalah lebih praktikal. Lupakan lah angan-angan menggalas radio HF sambil ber'QSO' kerana anda pasti patah pinggang lagi-lagi berat bateri sahaja mampu mematahkan pinggang anda hahahahhaa....
Fitting untuk radio Yaesu FT-817ND asalnya dan bracket Radio Racal terpakai.
Lakaran kasar projek.
Lakaran..
Dimensi.
Mula susun.
Dua side boleh mounting radio dan tuner.
Cun...
Dah siap rivert.
Dah Siap.
Masukkan bateri, charger, power supply.
Siap poket tepi untuk simpan kabel, grounding dan antenna. Connector pun dah siap pasang sekali dengan connector mic hand.
Dah siap dengan antena, cw key lengkap dan projek ini terhenti setakat ini sahaja. adusss.. rugi rasanya.
Nasihat saya, boleh jika mahukan manpack tetapi faktor jenis bateri, QRP radio dan ergonomik yang ringan hendaklah menjadi keutaman. Jika usia anda adalah melebihi 40 tahun, mungkin Go Box adalah terbaik.
Selepas itu saya jatuh hati dengan ICOM IC-7200 dan tidak mampu membelinya hinggalah model ini discontinued kerana masalah ICOM tidak lagi mendapat bekalan MOSFET nya.
73!