Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 29 Mac 2020

300 ohm kabel dan Projek Slim Jim Ribbon kabel


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang pernah membina antena J-Pole dari kabel 300 ohm ini. Ya ianya agak popular suatu ketika dulu ketika banyak sistem antena tv di rumah masih lagi menggunakan dipole (antena macam V di atas TV). Kabel ladder line atau ribbon ini digunakan sehingga ke antena di luar rumah. Hinggalah penggunaan antena 'tulang ikan' yang menggunakan kabel 75 ohm sebagai pilihan terbaik dalam galangan nya.

Kabel 300 ohm ini amat sukar diperolehi di pasaran kini. Jika anda bertemu dengannya anda akan berjumpa dengan 7/0.23mm atau 7/0.32mm (lebih keras) saiznya.

Suatu ketika dulu antena jpole ribbon ini menjadi pilihan mereka yang ingin 'travelling' kerana mudah di bawa ke mana-mana. Ia juga boleh dipasang di atas pokok dengan menyangkutkanya sahaja. Biasanya antena direka pada freq 144-148mhz adakalanya jika bernasib baik akan cover pada freq 430-440Mhz sekali, kiranya cover 2 band sekaligus. Ianya mudah digulung dan di simpan.

Kini kabel ini sudah tiada dipasaran kerana tiada lagi keperluan menggunakannya. Banyak sistem litar RF memilih 50 ohm/75 ohm sebagai galangan sekaligus menamatkan riwayatnya. Jika anda menemui kabel ini di kedai elektronik boleh lah menyimpan sedikit untuk projek ribbon jpole atau G5RV.


Perbandingan saiz, dari kanan 0.23mm, 0.32mm, Heavy Duty 300ohm dari siam dan 300ohm cable dari Jepun.


Perhatikan kable kelabu yang mempunyai dawai tambahan yang lasak (saya rasa sama jenis dengan yang digunakan dalam wire rope) memberi kekuatan lebih baik dan kurang terpintal. 

Malangnya kabel ini sudah tiada di pasaran Thailand. Pada tahun 2012 kami telah ke kedai Amoy di Hatyai (ketika itu hatyai baru lepas dilanda banjir besar) dan dimaklumkan sudah tiada lagi stok datang. Pada tahun 2015 saya dah Arwah Feroz mencarinya di Bangkok dan ternyata sudah tiada lagi. Mujur Bang Azmi 9W2LI dari Arau sudi memberikan pada saya sedikit untuk simpanan. 


Ini adalah 1 roll koleksi akhir yang saya perolehi di Darson JB ketika mereka menghabiskan stok terakhir.


Diagram Jpole dengan menggunakan 300 ohm. Ukuran saya berbeza, saya menggunakan ukuran yang telah Pak Hamid 9W2TU berikan pada saya iaitu 1.56m panjang manakala Feeding ialah hampir 10cm dari bawah.


Dan yang ini saya beli di Akihabara Tokyo. Projek jualan Jpole ketika itu saya menggunakan kabel ini.



Penandaan bahagian yang akan dipotong.


Bagi memastikan bahagian yang dipotong tidak terlipat atau terpintal serta kekal jaraknya saya ikatkan dengan PCB. 


Begitu juga bahagian sambungan kabel RG58 yang diikat dengan kabel Ties supaya apabila digantung akan tahan dan tidak terlucut, terputus sambungan nya nanti.


Kemudian disalut dengan shrinkable tube supaya lebih tahan lama.


Perhatikan dengan pemasangan plate PCB yang saya ambil dari lebihan projek memberi jarak yang kekal dan lebih tahan lama bahagian yang dipotong.


Pandangan sisi 


Hujungnya saya pintal dan solder.


Dah siap.


Bahagian lain juga saya letak shrinkable tube.


Sebenarnya terdapat banyak lagi kable ladder line yang boleh kita gunakan. Misalnya 450 ohm yang lebih baik dan 200 ohm (ini jarang kita guna). Perhatikan perbezaan saiznya.


Jpole menggunakan ladder line 450 Ohm. Yang saya agak risau ialah apabila digantung kable ini akan berpintal dan mengganggu radiation patern, sebab itu 300 ohm yang keras lebih baik.


Saiz 450 ohm ladder line.


Jpole Ribbon Cable yang pernah saya jual secara kecil-kecilan suatu ketika dulu.


Siap bungkus


Selain itu saya pernah juga menjual Android Interface. Kenangan!


Jenama Jurukaka dan menggunakan logo Anjing Menyalak hehehheehe....

Apapun ianya telah menjadi kenangan bagi saya sepanjang berkecimpung dalam hobi radio amatur dengan projek asalnya hanyalah homebrew sekadar suka-suka, akhirnya menjadi sedikit duit poket dengan menjualnya. Saya tak ingat berapa banyak yang saya hasilkan untuk jualan tetapi dari yang saya jangka tidak kurang 360 buah yang beredar di kalangan ham radio di Malaysia.

Kini saya sudah tiada lagi stok dan untuk membuatnya lagi saya rasa tidak lagi kerana kabel pun dah tiada di pasaran, jika ada anda perlu order dari luar negara, selain faktor kesihatan saya yang sudah membataskan aktiviti begini.

Hingga jumpa lagi.. 73!



Related Posts with Thumbnails