Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 31 Mac 2020

Lesen 9M2MGL

(Artikel adalah dalam bentuk draf sejak 10 tahun lepas, saya share kembali.. mungkin telah ada yang melihatnya di blog 9M2MGL atau 9W2AK)

Kredit pada 9M2MGL saudara Man Tisu kerana share beberapa bahan sejarah tatapan ham.
Suatu ketika dulu ketika radio amatur mempunyai peraturan khusus... takrifan seseorang yang ingin memohon lesen radio amatur hendaklah mempunyai 'sijil radio amatur' barulah boleh memohon lesen radio amatur.
Ketika itu kuasa pemancaran hanyalah terhad 10watt.
Tetapi sebelum dari zaman itu... lagi sukar.. selepas mendapat sijil radio amatur (teori), calon perlu menunggu 1 tahun (masih belum boleh apply lesen) dan menduduki peperiksaan CW dan baru lah boleh mendapat lesen. Sehinggalah lesen B (9W) diperkenalkan dan ramai yang tidak melepasi CW memohon lesen. Antara contoh ham yang menunggu lama kerana halangan cw sehingga lah lesen B diperkenalkan ialah 9M2YRS (9W2YR) Tok Yob.
Syabas pada mereka yang masih setia kekal dengan hobi ini!


Dahulu selepas peperiksaan radio amatur (RAE) calon yang lulus akan mendapat Sijil Radio Amator.


Dan lesen akan dikeluarkan di bawah peraturan ketika itu (sebelum CMA)


Lesen generasi pertama SKMM. Perhatikan lesen kelas B hanya boleh memancar pada freq 144-148mhz sahaja dengan had kuasa yang rendah.


Kemudian pecahan freq diperjelaskan lagi dengan 2nd Basis. Juga kemudiannya boleh menggunakan UHF


Lesen kelas A. Bagi generasi pertama lulus CW di zaman SKMM, terdapat had kuasa yang tinggi dibenarkan di HF. Kemudian dibetulkan kembali.


Dan seterusnya


Kemudian 7.1Mhz hingga 7.2Mhz pula


Dan seterusnya.

73...

Related Posts with Thumbnails