Kami mengambil kesempatan untuk menguji van berjalan jauh sedikit. Ya lah, sebab tayar pun dah baru kan hehehehe..
Kali ini ke selatan iaitu Johor dengan melawat 9W2RI dan kebun Rusanya, Juga Menziarahi 9W2TU di Hospital Sultan Ismail JB serta KW Kabin di Benut. Sebelum itu kami juga sempat menghadiri AGM Jasra di Kluang.
Sebelum itu singgah sebentar di Pak Zack Tacticom.
Mendengar taklimat produk dari Pak Zack Tacticom
Antara radio taktikal yang sedang di selenggara
Dan ruangan penyediaan kenderaan taktikal
Kandang rusa milik 9W2RI
Kami dihidangkan dengan keenakkan rendang Arnab fuhhh..
Singgah di AGM Jasra di Kluang.
Melawat 9W2TU di Hospital Sultan Ismail
Singgah di benut menikmati kopi di Benut. Kedai Sepupu 9M2MKW katanya.
Dan bermalam ala campervan. Setup dalam van dikosongkan untuk trip kali ini.
KW Kabin milik 9M2MKW
Sarapan bersama YB Perlabuhan Klang
Singgah di Pantai Punggur untuk DXing petang
Juga singgah di rumah pak Jaini 9W2JM, malangnya beliau tiada ketika itu.
Hadapan rumah Pak Jaini, antara lagenda simplex Batu Pahat-KL suatu ketika dulu.
Juga tidak lupa mee bandung lejen..
Singgah makan malam
Asam Pedas Parit Jawa.
Selesai sudah trip kali ini. Alhamdulillah kenderaan ini masih lagi cemerlang dan diharap masih boleh menabur jasa pada masyarakat di kala bencana.
73.