Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 10 September 2017

Europe Hamfest 2017 Siri 1

Assalamuaikum

Sempena dengan kepulangan sahabat-sahabat dari Tokyo Hamfest minggu lepas, saya rasa ada baiknya saya kongsikan gambar-gambar di Europe Hamfest.

Tak banyak yang dapat saya ulaskan tentang Europe Hamfest yang berlangsung 15 dan 16 Julai lepas. Saya dengan Fadhil dapat merasai suasana europe hamfest ini, dapat kami bandingkan juga dengan Tokyo Hamfest. Apa yang dapat kami katakan ialah europe hamfest ini memberi kami satu kelainan kerana versi festival radio jepun terlalu ramai 'crowded' berbanding europe. Di Tokyo terdapat banyak booth perkongsian projek tetapi jika dibandingkan dengan europe, banyak lebih banyak SDR. Atau mungkin era SDR sedang melanda eropah mungkin.

Manakala Flea market pula Europe ini memang besar berbanding tokyo. Bagi perbandingan saiz festival ternyata Europe adalah 3 kali ganda lebih besar dari Tokyo. Disini menggunakan hampir 5 hangar kapal terbang sebagai lokasi acara!. 1 hari sahaja tidak mencukupi hahahaha... banyak barangan seperti variable capacitor, high voltage capasitor dan beberapa komponen 'rare' dapat diperoleh serendah €1 sahaja. Manakala ribbon kabel 450ohm banyak dijual disini. Ada juga penjual-penjual radio 2nd hand, aksesori elektronik dan pempamer yang datang dari negara bekas blok komunis dan russia. Selama ini produk berjenama jepun banyak bermain di fikiran, kami kali ini dapat merasai dan melihat product berjenama eropah yang tidak pernah kami lihat atau sekadar melihatnya di katalog.

Selepas membuat perbandingan, rasanya kami mungkin merancang untuk ke Dayton US Insyallah. Tetapi Tokyo Hamfest tetap di hati kerana mungkin ia mempunyai citarasa Asia dan kos yang lebih murah jika di bandingkan dengan Europe.

Saya akan mengemaskini dari semasa ke semasa maklumat gambar yang saya lampirkan di bawah untuk tatapan peminat radio amatur di malaysia. Selamat membaca!



Risalah yang kami perolehi dari Ham Radio di hotel kami menginap. Geng-geng hacker!


Tiket bas dari stesen bas utama kami ke Hotel


Maklumat bas. Percuma kalau nak ke lokasi Hamfest.


Ternyata hobi ini majoriti orang-orang tua.. aduss.. pantas masa berjalan.


Saya di hadapan pintu masuk lokasi Hamfest.


Dah beratur!


Wow! poster WRTC! Contest!!


Tiket 1 hari saja beli


Ruang di mana perasmian dan talk


Saya dari mana?


Yes! letak pin


Wall of QSL Card!


Saya ada satu qsl kad ni


Trap 



Perhatikan binaan nya



Antenna dari Itali


Teknik nak tap coil


Jenama eropah


Flexradio..



SDR banyak monopoli ruangan pameran.





Apa ada dalam SDR?



Pakar headphone







Letak tandatangan.. macam biasa


Pole / mast




Android.. smartphone dengan walkie talkie



Perhatikan cara mounting





Projek yang boleh diciplak... bagus ni


Slot in saja


Kemas.


Dari belakang


Slot masuk..


dan siap!




Kits ARDF



Booth kaki Amateur TV


Patut la... guna yang komersil, sejak perkhidmatan TV beralih ke DVB-T banyak transmitter TV yang lupus diambil oleh amateur radio untuk hobi ATV

















Loop






bagus gak ada kit ni.. air traffic control









Microwave... gun etc






Kabel




Filter


Chinna punya analyzer dan spectrum handheld pun ada jual




Kabel jumper murah, €2 dapat dah.. lagi jimat dari buat sendiri


Pelbagai Pole/mast



Aksesori antenna


Pilih ajer..

Bersambung ke Europe Hamfest 2017 siri 2

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails