Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mendapat perkhabaran Ustaz Zul, 9W2ZAL atau nama penuhnya Zulkifli bin Ali mantan Imam Masjid Komples Penjara Mempaga, bekas staff Penjara Kajang telah kembali ke rahmatullah...
Allahyarham amat low profile tetapi sangat aktif dalam pelbagai aktiviti radio amatur awal 2000an. Kami berkenalan ketika saya masih lagi aktif dalam ASTRA dan beliau sering berdua datang ke program-program radio amatur dengan Zaidi Luncai yang juga dari Penjara Kajang.
Selepas beliau posting ke Mempaga kami terputus hubungan sehinggalah saya mendapat perkhabaran kesihatan beliau makin merosot awal tahu ini.
Antara kenangan ialah ketika menguruskan jenazah staff penjara di perkuburan Kajang beliau bawak menunjukkan kubur Arwah Mona Fendi yang disemadikan di perkuburan yang sama. Juga pengalaman tersesat ke Templer Park program radio amatur yang akhirnya saya tidak sampai langsung.
Dan amat saya kenang ialah beliau sanggup menunggang motosikal Jaguh beliau dari Mempaga ke program berbuka puasa di kelab MARES sekali dengan mengimamkan kami solat terawikh. Sebahagian pertama kali saya menjejak kaki ke lembah klang, jasa Allahyarham amat saya ingat hingga kini.
Semakin ramai rakan radio yang telah kembali padaNya dan kita juga antara yang berbaris menunggu giliran...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia. ..
73!
