Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 6 September 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 1


Seperti biasa bangun awal jam 4.30 pagi, bekas-bekas makanan sudah siap dibasuh malam tadi. Nasi yang telah semalaman masak dimasukkkan satu-satu. Memang mencabar memasak nasi di jepun. Dengan voltan 110v, tetapi heater periuk nasi yang dibawa dari malaysia yang 220v menyebabkan proses memasak mengambil masa. Ketika di Osaka kami telah mendapat idea bagaimana mempercepatkan proses memasak iaitu dengan memasukkan air panas yang di ambil di lobi hotel.

Kami bersiap-siap awal. Sebenarnya awal pagi tadi saya keluar berjalan-jalan riadah seorang diri untuk mengeluarkan peluh di Taman Ueno, kemudian jam 6 pagi pulang ke Hotel. Tak sangka seawal jam 5 pagi sudah ada warga jepun yang berjoging menghirup udara segar. Walaupun jam 5 pagi tetapi matahari sudah ada.

Hari dinantikan telah tiba. Objektif utama kami adalah menghadiri Tokyo Ham Festival. Kebiasaannya saban tahun acara ini akan diadakan antara 20 dan 26 hb Ogos sabtu dan ahad setiap tahun. Lokasi masih lagi tetap sama iaitu Tokyo Big Sight, satu kawasan pameran dan ekspo besar yang terletak di pinggir Tokyo bersebelahan laut.

Saya dan Iqbal berjalan kaki ke Hotel yang mana abang Aziz dan Feroz bermalam. Hotel Bang aziz adalah betul-betul di tepi pintu keluar stesen. Kami berjumpa sebelum sama-sama bergerak ke Stesen Ueno. Melalui Tren JR Yamanote Line, kami terus ke stesen Osaki sebelum menukar ke Line bukan JR. Saya tak ingat nama Line ini tetapi kami perlu membayar secara manual ¥330 kalau tak silap di exit stesen Kokusai-Tenjijo. Di stesen Kokusai-Tenjijo ini kami akan berjalan kami ke Big Sight yang hanya 8 minit berjalan kaki.


Peta stesen dan lokasi Tokyo Big Sight. Tak jauh kan?


Tips jika mahu memilih stesen mana terhampir.


Simbolik Big Sight.. Gergaji gergasi.


Sampai sahaja di hadapan Big Sight. Papan Tanda Festival Radio Amatur. Wahhh.. sampai jugak aku.


Bila masuk sahaja ke dalam Hall 2 (lokasi berlangsung) kami terpegun kerana sudah ada ramai peserta festival sudah menanti beratur untuk masuk. Untuk Makluman tahun lepas sahaja 31000 orang hadir ke festival ini.

Saya menjangkakan kebanyakkan yang hadir awal ini adalah peminat tegar ham radio. Dan juga saya kira pemburu-pemburu spare part homebrew amatur.


Sebelum masuk, kena beli tiket dulu yang berharga ¥1500. Saya adalah orang yang ke 119...


Beratur.. ada upacara memotong riben huhuhuhu...

Semasa beratur kami dapat lihat bukan sahaja peserta tempatan tetapi juga dari pelbagai negara. Italy, US, Chinna, Malaysia dan banyak lagi.

Bila Riben dipotong kami bergerak dalam barisan masuk ke dalam dewan. Sebelum ini saya ada baca di forum yang mengatakan terdapat 2 pintu besar. 1 pintu lebih kepada pameran dan booth dari pembuat-pembuat radio seperti ICOM, Yaesu, Kenwood, Elekraft, AOR, Diamond dan banyak lagi. Satu lagi pintu lebih kepada booth lebih pada aktiviti homebrew, komuniti, knowledge sharing dan jualan homebrew/scrap.

Saya sempat menarik tangan abang Aziz untuk ke satu lagi pintu iaitu booth homebrew... ini adalah tarikan nya lebih syiokkk huhuhu..  Bahagian projek homebrew, flea market dan Interes Group!!


Nampaknya kami antara terawal beb... banyak barangan baru Unpack dan harga belum letak! waaaahhhh rambang mata beb ;)


Booth Japan Award, sapa-sapa yang nak collect award boleh datang ke booth ni.


Koleksi variable capacitor dan variable coil yang belum ada idea meletakkan harga oleh pemiliknya. Kelihatan tangan yang pantas menyapu bersih barang-barang rare... Selang beberapa minit hampir licin.. menyesal saya tak ambil variable coil dan variable capacitor silver plated.


Koleksi valve serendah RM20 beb.. masa ni ada menggigil sikit dok usap wallet hahahaha..


Hangpa tengok.. belum apa2 lagi dah ada harga yang dipotong menandakan ada diskaun..


Antenna Mobile (loading coil) homebrew yang sangat kemas hasil tangan nya.


Linear... TL-922, kecek sikit ada ler dapat harga diskaun.


Satu booth yang khusus menjual valve RF..


Geng-geng main microwave. Banyak part-part dan kit yang dijual..


Kita zoom dekat sikit. Pass Filter dengan apa ntah.. 


Barangan 2nd hand. Kenwood transceiver 2.4Ghz pun ada jual. Transceiver yang dalam kotak hitam tu amat sesuai dibeli bagi peminat microwave untuk permulaan. Amat mudah dipasang atas tripod bersama dish antenna.


mmm... ada sesiapa yang boleh terjemah NOAA 1.7Ghz ni?


Kit 3.5Ghz hingga 5.0Ghz...


Transmitter microwave untuk dijual.. kat malaysia jangan harap la ada ham yang main freq ni. 75-81Ghz dengan band width yg besar macam-macam boleh sumbat..

Saya ada juga bertanya di booth ini bagaimana mereka homebrew transmitter microwave. Agak sukar juga mencari komponen untuk litar-litar ini. Dari pertanyaan yang saya ajukan agak sukar untuk mereka balas kerana rata-rata hanya tahu bahasa jepun dan cw sahaja. CW? ya... bahasa internasional ham hehehhe..

Selepas berhempas pulas nak menjawab soalan saya akhirnya petugas di booth microwave mengambil sesuatu dari bawah meja. Ianya ialah sebuah Micro Oven yang hampir relai dibuka... owh, rupanya mereka menggunakan komponen dari micro wave oven!! wowww.. saya tak terfikir!


Bagi sahabat-sahabat yang gila kuasa.. atau meminati memancar dengan kuasa melebihi 200watt.. terdapat satu booth yang menjual Linear Amps Kits. Sendiri beli parts.. sendiri pasang pada casing.. Amacam? Kenwood TL-922 depa buat kits beb.. Pastu jual spare part bagi yang nak carinya atau buat sendiri.

Harga dia complete set adalah lebih murah dari harga kormersil iaitu ¥120,000.. masa ni mata saya tiba2 berair.. dalam poket ada cuma RM600 ajer :(.


Ni dia booth yang menjual linear amps..


Satu lagi booth yang menjual kit-kit untuk microwave transceiver.. saya perhatikan di jepun rata-rata ham radio muda meminati berkendali dan eksperimen di microwave. Mungkin sebab banyak yang boleh dilakukan selain voice.


Nak collect souvinear? cuba qso langsung dengan mode CW....


Lagi barangan 2nd hand yang dijual..


Shoot lebih jelas. banner di belakang mungkin membantu anda memahami. Begini lah nasib kami ketika melewati setiap booth pameran.. nak faham kalau, tahun depan datang balik kena belajar bahasa jepun huhuhuh..


Pengakap Jepun jugak ada booth. kalau di Malaysia ada satu bahagian dalam Persekutuan Pengakap Malaysia yang khusus untuk Komunikasi radio iaitu Kelana Komunikasi.


Ni booth yang agak mencabar kemahiran.. Mereka ini berkendali di freq 7195Kc an 3795Kc bang... gila low freq. Pastu ada syarat tambahan! hanya homebrew sahaja yang digunakan samada antenna mahupun transceiver.

Kenapa saya katakan mencabar? sebab pertama tahap noise di freq ini amat tinggi dan memerlukan penelitian yang jelas. Kalau CW ok gak.. ni dengan voice sekali! kedua adalah sebab antenna yang depa pakai.. berapa Km beb panjangnya?


QRP SSB transceiver yang ham jepun pakai.. cantik buatan tangan. Homebrew.


Ternampak kawan-kawan ORARI, rupa-rupanya ada booth SEA NET yang mempromosikan aktiviti mereka. Untuk makluman pembaca Seanet kali ini akan dijalankan di Bali Indonesia. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai persidangan Seanet ini boleh cari di google maklumat lanjut.


Ada gambar acara Seanet yang lepas di Kuala Lumpur.


Alamak.. gambar Haji Rashid 9M2RS pun ada.


Booth Lift-On. Satu group yang mempromosi aktiviti ham in box atau semua keperluan amateur radio dalam 1 kotak yang judah di bawa. Seperti yang dianjurkan baru-baru ini oleh MARTS iaitu Emergency Box.


Gambar salah satu kotak briefcase yang dipamerkan. Dari power supply sampan la pada aksesori antenna ada.


QRP booth...


Booth Japan Top Gun, dimana ada Hall of fame Stesen ham jepun yang paling otai dalam QSO dan Contact.... sempat sembang dengan depa dan katanya adalah satu cabaran bagi stesen jepun untuk dapat stesen 9M lagi-lagi operatornya ialah seorang wanita kata jepun kat situ. Ada ternampak dalam list rekod qso stesen malaysia yang di tanda rare... mmmmm


Ni geng yang kejar di 10m band sahaja... ya. di sini jepun kat booth ni kata ham 9M/9W dari malaysia ada juga dapat tapi untuk tahun ni macam senyap kata mereka.


Satu lagi emergency box yang di pamerkan... memang bagus idea ni. Kemas!


Otai-otai CW jepun banyak berkongsi disini. Saya singgah di booth ni dan bertanyakan sesuatu. Jepun dalam gambar ni macam enggan bercakap dengan saya. Eh kenapa? sambil dia menunjukkan CW key.. Owh, rupa-rupanya nak cakap dengan nya kena guna CW dan akan dibalas dengan CW hahahhaha... saya agak kurang mahir copy CW yang beliau hantar ketika itu adusss...

Katanya saya boleh cuba lagi dan sekiranya berjaya akan diberi souvinier cap Keyman :).. selepas itu kami berborak panjang tentan QSO CW hahahha..


Printer yang mencetak huruf dari mesej CW di atas kertas. Mesin lama ni.


J-Dins... saya kurang tahu apakah aktiviti mereka.. Di Malaysia J-Dins merujuk pada Jeffry Din atau Dins connector.


Shoot pada skrin.. owh rupa-rupanya Japan Disaster Support Network.. Mereka ini menggunakan radio amateur dalam menyampaikan maklumat bencana.


Ini satu lagi idea... Array antenna. Yang belakang tu konform Delta Loop tapi yang depan tu saya agak kurang jelas samada yagi yang di bentuk V atau sebagainya?

Wahh.. penat berjalan. Terdapat lebih 200 booth, tetapi saya baru menghabiskan kuran 20 booth. Baru 10% dan kaki dah mula terasa sakit...


Bersambung

Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 2
Related Posts with Thumbnails