Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 19 September 2014

Selamat Hari Malaysia - National Field Day 2014


Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Saya coretkan sedikit gambar sepanjang sambutan hari Malaysia yang kami sambut baru-baru ini dalam blog ini. Sudah pasti ramai yang sudah melihat gambar di facebook aktiviti field day yang dijalankan di seluruh Malaysia.

Alhamdullillah MCMC telah memberi kami special callsign iaitu 9M51. Memandangkan saya tidak pulang bercuti dan menghabiskan cuti di Johor Bahru, saya menyertai saudara Iqbal dan ahli-ahli Jasra berkampung di kelab Jasra Bandar Baru Uda.


 Logo Field Day kali ini..


Kebetulan majalah QST keluaran ARRL ada menyiarkan isu field day! wahh..

Untuk kali ini saya bercadang menguji beberapa barang yang saya beli di Tokyo Hamfest dan mendapatkan beberapa data dari antenna homebrew. Ya, field day atau bahasa melayu nya lapangan merupakan satu acara dimana stesen radio amatur akan berkendali dari luar rumah di mana-mana jua dengan setup radio yang mudah dan juga bekalan kuasa yang terhad. Saya suka menjadikan field day ini sebagai ruang menguji antenna homebrew atau peralatan lain. huhuhu...

Ayuh kita cari barang keperluan antenna kali ini.


Terjumpa di kedai elektronik Engine Noise Filter.. berat dalam 1kg mungkin. Jika anda berkendali di dalam kereta memancar ke High Freq atau VHF dan mengalami masalah noise yang kuat datang dari punca kuasa atau enjin kereta.. ini mungkin membantu. Kalau nak jimat, buat sendiri dengan menggunakan ferrite core.. lilit..


Tombol dari ATU QRP homebrew Racal yang tak guna.. recycle balik.


Variable Capasitor Fadhil... pinjam sat. masih dalam kotak lagi.


Perhatikan jarak anatra bilah kapasitor.


Kapasitor yang besar merupakan kapasitor yang sama saya guna semasa field day 2012.. guna balik.


Siap dimasukkan dalam kotak.


Kita letak tanda amaran... bahaya wooo.. Non Ionized radiation..


Sesi menguji variable capasitor dengan satu loop rujukan...


Kali ni belasah guna 2 meter untuk dapatkan bacaan resonan..


Saya memilih untuk menggunakan Alluminium sebagai loop kerana murah dan ringan berbanding tembaga. Matlamat saya ialah mendapatkan perbandingan jenis material loop... kali ni saya guna alluminium berdiameter 32mm atau 1"1/4. Kemudian untuk memastikan loop yang besar ini mudah dibawa ke mana-mana, saya harus memastikan rekabentuk loop ini boleh dibuka dan dipasang. Kena kira balik diameter.... malas menghantui saya huhuhu.. guna calculator ajer la.. Loop Calculator untuk Oktagon

Perhatikan batang alluminium yang telah dipotong, akan dibengkokkan dan di jadikan slot by slot mudah pasang dan buka. Dengan menggunakan conduit bender... boleh la bengkokkan.


Inilah rupanya loop lepas dibengkokkan.


45ยบ bengkok..


Antenna siap dipasang...


Pemandangan setelah dipasang di kelab Jasra.


Shoot dekat sikit.


Hari field day di Jasra penuh dengan aktiviti.. antaranya ialah demonstrasi antenna 2 mter yang paling mudah.


Sesi malam field day, beberapa radio HF dibuka dan sesi CQ DX..


Saudara fadhil mengendalikan radio utama dalam kabin Jasra.


Sesi pengenalan HF dan peluang mencuba berqso di HF oleh rakan-rakan ham radio... meriah!


Radio idaman.. lihat ajer, nak beli mungkin agak mahal.. Kenwood TS-990.


Fadhil sedang pile up.. kebetulan hari field day propagasi sangan membantu.


Terlena keletihan selepas semalam pile up.


Hari telah siang... nampaknya stesen field day sempena Hari malaysia 2014 telah berakhir.. antenna farm kami dah sampai masanya disimpan...


Itu saja dari saya, catatan ringkas dan tak sempat nak mengolah panjang... hingga kita jumpa lagi pada Field Day akan datang!

Selamat hari Malaysia!

"Disini lahirnya lagi sebuah antenna Homebrew" hhhuhuhuhuhu.....



Related Posts with Thumbnails