Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 27 September 2014

Bengkel mari membina antenna base station sendiri




Assalamulaikum dan salam sejahtera, 

Saya telah beberapa kali menghadiri eyeball bersama rakan-rakan ham radio yang baru lulus dan juga lama. Kerap kali saya mendengar mereka mengeluh mengenai kemampuan mereka mengendalikan  atau memancar radio yang mereka miliki di VHF terhad pada jarak tertentu atau ke repeater sahaja.

Jika ada rakan yang perlukan mereka pandu arah melalui radio tetapi masih di lokasi jauh, tanpa repeater (maksud saya secara terus atau point to point - simplex) mungkin komunikasi itu tidak sempurna disebabkan signal tidak sampai.

Ada juga sahabat-sahabat yang hanya memiliki set radio jenis handie talkie VHF yang berkeupayaan 5 watt maksima pemancaran. Dengan antenna rubber duckie atau teleskopik antenna mungkin tidak benar-benar membantu.

Nasihat saya mudah sahaja, jangan putus asa selagi anda belum mencuba menggunakan antenna jenis base station dengan kedudukan yang bersesuaian.

Memang tidak dinafikan terdapat banyak anasir-anasir bersifat nafsu untuk memiliki antenna yang hebat-hebat seperti Yagi, Qubikal quad dengan beberapa element serta stack atau antenna kormersil seperti Gazden, diamond mahupun Folded Dipole.

Sebenarnya anda yang baru menceburi hobi ini atau dengan bajet yang terhad tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk memiliki antenna tersebut. Memadai dengan homebrew sahaja dan pemilihan antenna yang bakal dibina dengan ciri-ciri keupayaan yang bersesuaian dengan jarak yang ingin dicapai.

Untuk kali ini saya mencadangkan antenna mudah, praktikal dan yang paling penting ialah murah untuk dicuba. Saya cuba mencari organisasi radio amatur yang boleh saya tumpang untuk menganjurkan aktiviti ini. Memandangkan Jasra mempunyai kemudahan kelab di lokasi saya, mungkin saya akan cuba berhubung dengan Jasra untuk menumpang aktiviti di sana nanti. Program ini mungkin akan dianjurkan bersama pihak Jasra.

Maklumat cadangan aktiviti ini seperti di bawah:

Tarikh Cadangan : Rabu 22 Oktober 2014 (Deepavali)
Jam cadangan : 9:30 pagi hingga 2:00 Petang
Lokasi : Kelab Jasra, Bandar Baru Uda
Jenis antenna : Slim Jim dan Qubical
Freq Antenna : 144-148Mhz
Sasaran kos bajet : RM50 atau kurang  
Kumpulan sasaran : Ham radio yang baru dan lama dengan belum mempunyai antenna base station.

Walaubagaimanapun memandangkan saya mungkin tidak mampu mendahulukan apa jua bahan mentah, mereka yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah sama-sama berbincang menyediakan sendiri bahan mentah antenna yang saya senaraikan di bawah.





1) Coxial Cable jenis RG58.

- Coxial Cable dengan panjang tidak kurang 12 meter atau lebih bergantung pada jarak antenna yang nak dipasang dengan kedudukan radio yang hendak diletakkan.
- Bagi mendapat penjimatan, satu gulung RG58 sepanjang 70meter mungkin cuma RM60, jika dikongsi seramai 5 orang setiap seorang boleh mendapat 14 meter dengan kos RM12.



2) PL-259 ke RG58.

- Kos bagi sebuah connector ini di Jalan Pasar adalah RM4.50.
- Sangat lasak
- Saya memilih penyambung ini kerana umum untuk disambungkan ke mana-mana antena radio sama BNC atau SMA dengan menggunakan soket tertentu. Jika mahu menggunakan BNC pun boleh atau SMA jika anda ada saiznya ke RG58.


3) Alluminiun tube (hollow) berdiameter 8~9mm dan panjang 10 kaki atau 3 meter atau lebih sikit.

- Pastikan ianya uncoating, tidak dicat.
- Harga di Johor Alluminium atau Kamko Sg Besi atau Puchong Utama dalam RM10~RM12 sebatang yang panjangnya 20 kaki atau 6 meter lebih sikit. Kedai menjualnya 20 kaki.
- Sebuah slim jim memerlukan hanya 10 kaki atau 3 meter lebih sikit. Ini bermakna kos sebatang slim jim adalah RM6.



4) Hot Glue

- Ini boleh kongsi-kongsi. Atau bawa sebatang glue dan akan panaskan guna lighter sahaja.


4) Cable ties

- Untuk ikat penyendal antara dua alluminiun supaya 'gap'nya sama.
- Panjang dalam 15cm atau lebih.


5) Plastik konduit 15cm.

- Ingat lagi plastik konduit yang buat wiring dalam kabin? atau digunakan untuk pegang bateri 9V projek-projek lama dulu....
 - Anggaran RM1 kecuali terjumpa bekas-bekas lama yang tak guna.


6) Getah hos pail gas 8 cm.

- Hos yang boleh muatkan alluminiun 12~13mm masuk dalamnya dengan baik (jangan loose atau ketat sangat.
- Anggaran RM1


7) 2 klip hos jenis stainless steel saiz paling kecil.

- Untuk grip RG58 ke alluminium.
- Anggaran dalam RM3 2 unit.


8) 2 Connector 

- Anggaran RM1 bagi 2 unit.


9) Paku rivet 2 unit saiz paling kecil.

- Option jika ada yang tak mahu guna clip host.. nak turus rivet.



10) Adapter SO-239 ke input antenna radio anda.

- Perlu ada kerana dari antenna menggunakan PL-259 dan ke radio anda mungkin jenis connector yang lain samada SMA atau BNC.
- Bagi radio jenis mobile, tidak perlu adapter.

Ini sahaja 10 bahan yang perlu disediakan sendiri oleh peserta. Saya anggarkan kos di atas dalam RM50 tak lebih Insyallah...

Sedikit hint untuk anda...



Kabel RG58 akan disambung ke dua-dua alluminium seperti gambar di atas. Pemilihan clip hos kerana memudahkan menggerakkan kabel RG58 yang bersentuhan dengan alluminium supaya mendapat bacaan SWR yang terbaik.


Gambar yang diambil dari blog 9W2SYM di atas ialah antenna slim jim kormersil.


Antenna Slim Jim milik 9W2WTF yang telah siap.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba membinanya boleh lihat gambarajah dibawah. Kami akan membina slim jim seperti gambarajah di bawah. Gambar pertama ialah bagi mereka yang tiada peralatan membengkok antenna boleh mencuba kaedah gambar pertama. Slim jim jenis 4 segi ini merupakan slim jim yang pertama saya bina 14 tahun dulu. Teringat di setiap hujung nya saya ketuk dengan lesung batu dan lubang skru saya korek dengan gunting huhuhuhuhu.... biasa la, zaman miskin dulu. Tetapi antenna ini sukses, dari Putrajaya Presint 9 yang baru dibina ketika itu suara saya sampai ke Gombak.

Antenna slim jim pertama saya :). Sukses.


Ini merupakan rincian antenna yang akan dibina semasa program ini kelak.

Itu saja dari saya, maklumat dari carian google mungkin dapat membantu anda. Bagi mereka yang berminat boleh mula berbincang dan tong-tong dalam membeli bahan mentah...

Jumpa nanti semasa hari bengkel antenna nanti ya ;)

Sekian.


Related Posts with Thumbnails