Anda adalah tetamu ke blog ini.

Khamis, 8 November 2018

Cadangan mengadakan Antenna Party di Putrajaya 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya bercadang untuk mengadakan Antenna Party di Putrajaya. Antenna Party ini merupakan satu program bukan bertujuan untuk membuat profit, membantu ham radio yang berminat membina antenna radio sendiri serta merasai pengalaman homebrew antena asas sendiri. Ianya amat sesuai bagi ham radio yang belum mempunyai antenna base station dan antena kenderaan. Saya mencadangkan peserta boleh memilih membina satu dari pilihan antena ini.

Berikut ialah gambar antenna party yang pernah dijalankan di Johor Bahru suatu ketika dulu yang saya ambil dari FB Jasra.


Pemotongan antena yang telah selesai dibengkokkan


Setiap peserta membina sendiri antena dan sama-sama dibimbing.


Diskusi


Pematerian kabel


Antenna dibengkokkan dengan tube bender. 

2 pilihan antenna yang dicadangkan ialah antena Slim Jim (untuk rumah) dan antena ground plane (untuk dipasang di pada handy atau mobile).


Antena Slim Jim 


Contoh antenna ground Plane

Berikut ialah gambarajah antenna yang bakal dibina untuk gambaran awal aktiviti ini


Gambarajah antena slim jim


Antena Slim Jim. Perhatikan cara melaras bagi mendapatkan bacaan SWR sangat mudah iaitu menggerakkan sambungan kabel ke antenna atas atau bawah.


Bagi antenna Ground Plane, menggunakan 1/4 gelombang adalah paling mudah dan ringkas bagi mereka yang belum mempunyai antenna kereta.

Kita tinggalkan pasal antena ground plane sebab mudah.. lihat pula radiation patern slim jim ini






Dalam keadaan Horizontal, take off angle antena ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai halangan di sekeliling base station.

Jika kena pada ukuran slim jim mungkin boleh bekerja dalam 2 freq iaitu 145mhz dan 440Mhz 



Dan pada sudut Vertical pula antena ini bersifat omnidirectional dan sesuai bagi qso stesen di sekeliling.


Gambarajah di atas ialah dimensi antena yang akan dibina sekiranya memilih 145.500Mhz sebagai freq tengah dan padankan dengan gambarajah di bawah bagi mengetahui panjang antena yang akan dibina dan kuantiti bahan yang diperlukan. Sekiranya ingin membuat pengiraan berdasarkan freq yang anda ingin tentukan bolehlah melawat ke https://m0ukd.com/calculators/slim-jim-and-j-pole-calculator/

Ber
 Bagi memahami lebih lengkap cara antena i i berfungsi dan ciri-cirinya ada baiknya melawat ke laman https://ac8gy.com/dual_band_slim_jim_antenna.html


Slim jim ini ialah antena J Pole asasnya.

perhatikan perbezaan J Pole dan Slim Jim

Bahan- Bahan yang diperlukan untuk membina 1 unit antena Slim Jim



1. Alluminium Tube 10 kaki dengan diameter 3/8"
2. Kabel RG58 dengan panjang minima  X 2 meter


3.1 Bagi connector terdapat pilihan samada menggunakan PL259 X 1 unit

3.11 Dan semestinya adaptor ini juga perlu sekiranya ingin membuat sambungan kabel X 1 unit


3.2 Atau menggunakan SO239 jenis ini yang sedikit mahal X 1 unit

4. Ring Lug Connector X 2 unit












5. Hose Clip bagi mengikat kabel ke antenna dari jenis stainless steel X 2 unit



6. PTFE Pipe untuk memegang gap X 10cm


7. Shrinkable tube bagi menutupi kabel yang terdedah X 10cm



8. PVC Trunking yang akan dijadikan pemegang gap tengah-tengah antenna X 20cm


9.1 Cable Ties besar bagi memegang cable RG58 dan batang PVC pemegang antenna X 3 Unit 
9.2 Cable Ties Kecil X 3 unit



10. PVC paip saiz 1 inci untuk memegang antena X 50cm


Antenna ground plane 1/4 wave

Bagi membina 1 unit antena mudah ini, berikut ialah bahan-bahannya


1. 1 batang rod tembaga (welding) 1 meter


2. PL259 untuk kabel RG213


3. Tape elektrikal

 Peralatan yang diperlukan dalam projek ini :



1. Hot Air Gun

2. Solder/Timah


3. Hot Glue 


4. Tube bender


5. Tube Cutter



6. Pita ukur


7. Soldering Iron


8. Antenna Analyzer


9. Atau SWR Meter manual


10. Pisau


11. Skru driver

12. Cutter


Ringkasan projek dan kos boleh saya senaraikan seperti dibawah :

Bil
Bahan
Kuantiti
Kos anggaran kasar
1
Alluminium Tube 3/8”

10 kaki
RM12
2
Kabel RG58 

2 meter
RM5
3
PL259 (RG58)
1 unit
RM4*
Adaptor Female to Female
1 unit
RM4*
SO239 (RG58)
1 unit
RM10*
4
Ring Lug Connector
2 unit
RM1
5
Stainless Hose Clip
2 unit
RM5
6
PTFE Pipe ID 3/8”
10 cm
RM2
7
Shrinkable Tube 8mm
10 cm
RM2
8
PVC Trunking 25mm lebar
20 cm
RM3
9
Cable Ties Besar
3 unit
RM2
10
Cable Ties Kecil 
3 unit
RM1
11
Paip PVC OD 1 inci
50 cm
RM5
JUMLAH
RM48

* Pilihan perlu pilih connector 
** Perkataan bertanda merah adalah kos yang boleh dikurangkan dengan cara berkongsi dan pembelian pukal. 
- Misalnya Alluminium dijual dalam 20 kaki sebatang berharga RM12. Ini bermakna 1 antenna menggunakan hanya 10 kaki sahaja dan baki 10 kaki lagi boleh dikongsi oleh peserta lain.
- Ring Lug Connector dijual dalam 100 unit satu pack yang purata adalah 20 sen seunit 
- Pembelian Stainless Hose Clip secara pukal boleh menjimatkan sehingga 50% kos anggaran kasar.
- 1 meter Shrinkable tube berharga RM2 dan yang digunakan hanya 10 cm sahaja.
- Cable Ties kecil dan besar sangat murah jika dibeli secara pukal.

ANGARAN KOS JIKA BERKONGSI/PUKAL BAGI PROJEK SLIM JIM IALAH RM30 SEUNIT

Bagi antenna 1/4 wave pula :

Bil
Bahan
Kuantiti
Kos anggaran kasar
1
Rod Welding Tembaga

1 meter
RM6
2
PL259 (RG213)
1 unit
RM4
3
Electrical tape
1 roll
RM2
JUMLAH
RM10

* Electrical tape boleh dikongsi ramai-ramai 1 roll.

ANGARAN KOS JIKA BERKONGSI/PUKAL BAGI PROJEK 1/4 ANTENA IALAH RM10 SEUNIT

Insyallah saya cuba usulkan pada komuniti radio amatur di Putrajaya untuk mengadakan antena party ini. Sekiranya mendapat sokongan dan ada yang komited mudah-mudahan berjaya diadakan kelak. Dan membantu ham radio yang belum mempunyai base station antenna dapat memancar dari rumah masing-masing.

73!


Ahad, 11 Mac 2018

Antenna REAKSI F235


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sahabat yang bertanyakan antenna VHF tempatan yang bagus untuk dicuba, sebagaimana Indonesia mempunyai antena Gazden nya, malaysia juga ada antenna VHF yang popular lewat 90an iaitu Astra prototaip (Kaki biawak).

Terdapat 1 lagi variasi penambahbaikan antena ini yang boleh anda lihat di link di bawah. Satu antena yang bagus dijadikan base station pada harga yang lebih murah dari antenna mobile anda... Dan tahukah anda antenna ini popular digunakan pada repeater-repaeter di malaysia )

Khabarnya 6m band juga cover... untuk informasi, antenna gazden merupakan antena yang diambil dari satu lagi model popular jenama Hy-Gain.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan bolehlah berhubung dengan Mat Sofi atau pak Rahim 9M2RR di talian 05-7256700 atau email reaksikerian@gmail.com


Antenna F253


Antara yang sedia


Detail






Terdapat juga variasi antena yang dikeluarkan oleh diorang ni. Antaranya di bawah. Jika rajin boleh la melawati website projek Reaksi sebagaimana link di atas.




Hingga jumpa lagi! Sokong buatan Malaysia!

73!!


Pertandingan Eksperimen Antenna Pertama Kali Di Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siang tadi telah diadakan satu pertandingan Eksperimen Antenna yang telah dijalankan oleh komuniti Putrajaya. Pertandingan ini julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan mengambil kaedah penganjuran di Indonesia. Dari tahun 2002 telah ada beberapa percubaan menganjurkan aktiviti seperti ini tetapi tidak berjaya. Walaubagaimanapun kerana pertama kali penganjur menganjurkan acara ini maka terdapat beberapa syarat yang diringankan dan disesuaikan dengan keadaan semasa.

Oleh kerana pertama kali penganjuran penganjur terkhilaf dalam membuat persiapan promosi seperti penggunaan tajuk pertandingan iaitu 'Audio Doubling' yang sebenarnya sesuai sekiranya acara dijalankan dalam mode SSB, tetapi untuk FM perkataan yang lebih tepat ialah 'Isyarat'. Untuk memastikan tiada percanggahan dalam sudut perundangan serta aspirasi semangan radio amatur iaitu tidak memberi gangguan pada freq dan semangat ujikaji, tajuk yang lebih harmoni pada pandangan saya ialah Pertandingan Eksperimen Antenna sebaiknya.

Satu lagi penambahbaikkan yang harus diteliti pada penganjuran pada masa hadapan ialan penggunaan freq yang betul untuk aktiviti eksperimen iaitu 144.200Mhz (berdasarkan band plan) sebagaimana yang dijalankan oleh negara tetangga kita.

Saya difahamkan oleh penganjur oleh kerana terdapat peserta yang telahpun membina antenna pada freq yang di awalnya di pilih, maka untuk kali ini program diteruskan. Insyallah jika ada penganjuran pada masa depan maka perkara ini akan diperbetulkan. Pemilihan antenna 1/4 gelombang juga menjadi syarat awal kerana ianya adalah antenna yang paling mudah dibina. Juga pada masa hadapan pelbagai variasi kategori antenna bakal dipertandingkan.

Acara ini bukan sahaja kekuatan antenna tetapi juga ciri-ciri antenna yang sempurna seperti galangan, SWR, kekemasan dan banyak lagi diambil kira.

Berikut ialah perkongsian gambar yang sempat saya ambil melalui lensa saya dan sumber dari FB komuniti radio putarajaya.


Tajuk pertandingan perlu diperbaiki pada masa depan dengan perkataan yang tepat dan sejajar aturan radio amatur.



Antenna yang khabarnya mendominasi pertandingan.





Jarak antara khmeah juri dan 2 khemah peserta


Persiapan antenna



Lebih banyak radial


Groundplane...






Juri



Khemah juri. perserta sedang dipanggil oleh juri


Justifikasi 



Terdapat pasukan yang mendapat bimbingan dari jurulatih Indonesia.






setup antena



Pemancaran bermula


Antara pemenang-pemenang


9W2JCY ialah senior saya dan 'abang besar' zaman high school dulu.




Keputusan akhir

Juara - 9W2NNU
Naib Juara - 9W2EGT
Ketiga 9W2YOE
Keempat - 9W2SDH

Alhamdullillah aktiviti ini sukses dijalankan. Sekadar nota tambahan, saya bukanlah penganjur dan aktiviti ini dilaksanakan oleh komuniti radio amatur Putrajaya secara  muafakat. Walaupun saya dikecam teruk di FB kerana dikatakan bertindak menggalakkan 'pirate'.

Oh ya, sedikit tambahan. Di Indonesia kegilaan berekperimen dan menguji rekaan antenna membuatkan beberapa band di HF dan 2M menjadi 'spam'. Ada stesen radio mahupun tidak berlesen menguji di freq yang bukan disediakan khusus atau sepatutnya. rentetan dari itu Orari pernah mengeluarkan satu surat edaran menghentikan aktiviti ini di acara-acara field day, hamfest dan tempatan. Saya kurang tahu apakah masih sudah dibenarkan kembali atau tidak kerana sudah lama tidak mengikuti perkembangan di sana. 

Berbalik pada aktiviti ini, ianya adalah satu 'baseline' dan akan diperbaiki pada masa hadapan. Malaysia masih beruntung kerana komuniti ham tidaklah besar dan kita masih mampu mengawal stesen-stesen radio tempatan agar menjaga perilaku dan intergriti dalam menikmati hobi ini. Acara sebegini perlu diadakan selain untuk menyemarakkan/mempelbagaikan kandungan hobi radio amatur yang terlalu stereotaip sekadar QSO sahaja, malahan meredakan nafsu ham radio muda pada aktiviti eksperimen di landasan yang sejajar dengan undang-undang.

Sama seperti jika pemerintah tidak mewujudkan perlesenan radio amatur saya percaya aktiviti perlanunan di freq 'harami' pasti tidak terkawal, begitu juga mewujudkan aktiviti beradu eksperimen akan meredakan gelora anak muda dalam bereksperimen radio amatur dengan cara yang betul dan 'diredhai'.  

73!

Related Posts with Thumbnails