Assalamulaikum
Pagi tadi saya menerima mesej dalam WhatsApps group berita 9M2NZ Bang Rashid Ghani telah silent key.
Bang Rashid Ghani
Sebagai ham radio yang hadir lewat dalam dunia radio amatur, jarak umur saya dengan ramai ham radio elmer sangat jauh. Bilangan ham radio ketika itu tidak la ramai.. lebih kurang 300 orang sahaja dan majoriti nya kami memang kenal walaupun hanya pada callsign. Nama Rashid ini, kebetulan ramai dalam dunia radio amatur. Antara nya Rashid Sidek 9M2YRS, Rashid Mamak 9W2TR, Rashid Sultan 9M2RS dan beberapa lagi nama. Majoriti ham radio ini kini berusia atas 60 tahun. Juga ramai juga bernama Aziz...
Berbalik 9M2NZ, kami suatu ketika dulu ketika baru mendapat lesen cukup takut dengan rashid-rashid ini kerana semua nya garang-garang. Jika tersilap QSO, pasti ditegur serta merta di udara hahahaha... kecuali 9W2TR yang sangat baik. Sesi eyeball QSO di Jalan Pasar, KL selalu menjadi medan merapatkan kami. Cuma jarak umur saya dan beliau yang agak jauh membuatkan saya lebih mendengar dari QSO sahaja setiap kali eyeball ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang mereka ingin kongsikan.
Ramai ham radio mungkin tidak kenal beliau, kerana beliau hanya on air ketika menguji peralatan radio beliau atau QSO dengan orang yang beliau kenal sahaja. Beliau amat aktif di 7.043Mhz suatu ketika dulu. Mungkin sedikit egonya kami akan hanya mendengar beliau QSO tanpa ada keberanian nak masuk round table hahahahha.. Tetapi ada suatu sisi yang sangat dominan Allahyarham ialah hasil homebrew beliau sangat-sangat kemas dan kualiti industri!
Mungkin pernah mendengar jenama Maltronix? berikut ialah beberapa produk hasil tangan beliau yang dipasarkan oleh Sehan 9W2EG (callsign terkini saya dah lupa).
Coweb versi lebih kemas
Dipole array
Moxon 6M (ini memang proven)
Rotary dipole 40m
Proven QSO
Antenna Base
Long wire pun ada. Kualiti seperti jenama popular di europe
Jika tidak silap, produksi hasil tangan beliau yang terakhir adalah sebelum Covid dan apabila beliau berpindah, production terhenti begitu saja. Maka berakhirlah produk ham radio yang berkualiti dari Malaysia yang sama hebat dengan produk-produk radio amatur komersil yang lain di luar sana.
Antara Produk beliau yang paling lengkap dalam 1 tower. Lokasi kalau tak silap di QTH Dollah London 9M2AAA.
Satu lagi ialah beliau juga merupakan seorang pengarah filem dan drama suatu ketika dulu sebelum pencen sepenuhnya. Antara bimbingan beliau yang dapat saya timba pengalaman ialah membina sistem repeater, duplexer dan terjebak dengan projek membina RF amplifier 1000watt dengan menggunakan MOSFET MRF1K50H yang bapak maheiii...
Apapun semua ini menjadi kenangan.. seorang demi seorang rakan ham radio meninggalkan kita dikala hobi radio ini pun mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Yang tinggal hanyalah persahabatan dan ukhwah sesama kita yang masih ada ini.
73!











