Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kebelakangan ini saya kerap mendengar stesen-stesen 'Long Path' berkomunikasi dengan agak baik. Kebetulan saya tinggal di Pulau Labuan yang terbuka laut lepas dan lokasi saya berada tepat di tengah-tengah stesen ini QSO!
Antaranya Andy YB8AO dan Dwi YB9CQN yang menggunakan antena yang bukan biasa-biasa terus point to point ke North America, Europe dan Southern America ... Antena Yagi multi band, Qubical multi element etc. ianya memerlukan ruang, jiran yang baik dan sudah tentu pengorbanan wang hahahha...
Saya juga teringin untuk memiliki antenna yagi dan tower-tower yang tinggi tetapi ianya hanyalah sekadar idaman. Dengan rumah yang belum ada, entah laman pun belum tahu ada, sekadar dapat merasai DX secara long path ini apabila menumpang station rakan-rakan yang telah pun ada antena sebegini. Bulan lepas ketika saya melewati Kota Kinabalu beberapa rumah yang mempunyai tower dengan antena gabak besar... menurut sahabat saya, ianya milik 'orang kaya' di KK hahhahaa..
Dan sudah tentunya, antena milik 9M2PIC (kemudian 9M4PIC kalau tak salah) merupakan kenangan yang tidak dapat saya lupakan walaupun ketika zaman saya rotatornya tegah 'kong' dan hanya mengadap ke Jepun sahaja.
Pada pandangan saya, sudah sampai masanya SKMM/MCMC menyediakan sedikit bajet dari keuntungan berbillion nya untuk sebuah kelab stesen radio amatur yang lengkap seperti transceiver terkini, antena dan tower yang ganas seperti stesen luar negara. Boleh digunakan oleh mana-mana ham radio tidak kira dari mana persatuan yang berminat samada baru mendekati hobi radio amatur, peminat contest yang ada kekangan peralatan. Ianya juga sebagai satu bentuk promosi hobi radio amatur yang semakin tidak popular masa kini. Pada masa yang sama kelab ini boleh dijadikan tempat gathering, homebrew dan banyak lagi. Tidak lupa, ianya boleh menjadi Command Centre Radio Comms ketika bencana.
Pada pandangan kerdil saya, projek kereta komunikasi yang baru-baru ini oleh MCMC adalah membazir sahaja dan jika ada suara ham radio dalam organisasi ini yang berani untuk hadir dengan idea ini pasti kos yang dibelanjakan itu akan lebih berbaloi untuk sebuah kelab stesen.
Oh, mesti ada yang cakap kan dah ada Kelab Radio di Planeterium? Hanya yang tahu tahu saja tahu kisahnya....
73! Cherio....