Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 10 Mac 2025

Berpindah lagi..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika artikel ini ditulis saya telah pun berpindah ke Labuan. Suatu tempat baharu yang tidak disangka akan kembali lagi. pada 1987 saya pernah tinggal di Kem Transit di sini... tetapi suasana kali ini sangat berbesa. Labuan tidak seperti dahulu.

Selepas meminta penangguhan, sempat saya hadir ke Majlis Makan Malam Mares sempena 2 dekad penubuhan. Rasanya mungkin ini kali terakhir akan hadir ke majlis sebegini dan bertemu dengan rakan-rakan ham radio.


Barisan bekas pemuda ketika penubuhan MARES.


Barang-barang dah mula packing. Kebanyakkan barangan berkaitan radio. 


Wrap betul2


Ini adalah antena yang bakal saya harapkan bila tinggal di sini.


Sudah nampak gugusan Platform Sumandak


Rumah yang bakal saya duduki untuk 8 tahun seterusnya. Sengaja saya pilih mengadap hadapan laut dan jauh dari pencemaran cahaya dengan harapan mempunyai peluang untuk DXing dan Mencerap Milkyway.


Hadapan rumah saya... terdapat banyak pantai yang terurus dan penuh dengan kemudahan.


Setup sementara saya. Yaesu FT817 dengan bantuan teleskopic 5 Band freq


Alamak! terjumpa rumah ham radio. Menurust 9M2RS ini ialah rumah Hj. Mohamad 9M2MO


Ternampak tower beliau dibelakang rumah.


Aktiviti setiap petang.. melihat matahari terbenam.


Terjumpa Log Periodic!


Ketika saya di Butterworth selalu jumpa antena di dekat Airforce, juga di Sg. Besi KL


Boleh la layan stesen dari DU


Antena yang saya beli ketika ke Jepun tahun 2010 dulu masih lagi berkhidmat baik


Dan seperti biasa, ini lah pemandangan setiap kali petang sementara menunggu radio, antenna dan lain-lain sampai ke sini nanti. 




Dan dalam hobi radio amatur ini, saya masih teringat apabila terbaca kisah Pak Eshee 9M2FK dan team melakukan DXpedition ke Terumbu Layang-layang dengan callsign 9M0. Sangat mengujakan!


Dan jika ada peluang sepanjang saya di sini untuk mencuba DX dari 9M0... Insyallah!

Anda juga berminat?



 

Related Posts with Thumbnails