Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 23 Februari 2008

Dunia aku kini gelap


hari yang tak dapat aku terima.. kerana angkara anak buah yang gagal menurut arahan aku.. Jika di Medan tempur pasti nyawa yang melayang... Itu jauh lebih baik dari kehilangan anggota


Selasa, 19 Februari 2008

Minggu bercuti berakhir..


Maaf kerana tidak ada sebarang posting. Mungkin minggu depan akan saya tuliskan sesuatu.

Isnin, 14 Januari 2008

Akhirnya aku meemilikinya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih tidak banyak yang dapat saya catatkan di sini. Cuma seribu kesyukuran atas namaNya yang maha besar dan maha kaya... akhirnya saya dapat memilki sebidang tanah yang tidaklah terlalu luas dan tidaklah terlalu kecil. Cukup untuk dirasai anak-anak dan cucu-cucuku..

Dalam mengejar perihal ini, hampir semua radio-radioku.. kamera baruku d300... aset-aset yang tiada galang gantinya nilai bagiku.. kawah-kawahku... semuanya dilurut ke atas meja demi sekangkang kera. Alhamdullillah saya masih lagi belum lagi sehelai sepinggang (walaupun ada juga terasa).

Mungkin untuk menunggu sehingga kembali memiliki koleksi-koleksi perkakasan hobi ini akan mengambil masa yang lama (atau mungkin tidak). Sudah ada senarai lain yang harus saya kejar.. enjin 30hp (yamaha/merkuri) etc...

Apapun saya pasti merindui untuk memiliki perkakasan ini untuk suatu masa yang sangat panjang....

Tapi demi pengorbanan itu akhirnya aku memilikinya jua....

Isnin, 7 Januari 2008

Percutian panjang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Saya baru pulang dari satu percutian panjang.... tak banyak yang boleh saya coretkan di sini. Alhamdullillah saya telah menemui tanah yang telah saya sekian lama mencari... Dan kini saya lebih bersedia untuk melangkah ke alam persaraan (mungkin) terdekat ini. Mungkin saya akan merindui ibu kota yang selama ini mengajar saya erti kehidupan.

Juga selamat datang pengganti Konica Minolta saya :)



Saya sempat juga menyertai aktiviti M.A.L.A.S Dxing sempena tahun baru 2008 di Genting Highland.


Ketinggian lokasi Dxing kami



Pemasangan ATU pada antenna homebrew





Antenna milik En. Yusof 9W2YD




Walaubagaimanapun selepas mendapat contact dari station ke 10 di 10m band.... aktiviti dxing terhenti kerana aktiviti BBQ a.k.a makan-makan semakin rancak... hahaha...

Makan dan terus makan sehinggalah jam 2 pagi. Dasyat sungguh group ni hehehe...

Saya terlelap jam 4 pagi pada suhu hampir 15 Darjah Celcius...... terus menyambung mimpi berangan-rangan memikirkan persaraan saya yang hampir dekat...

73!!

Isnin, 26 November 2007

Khidmat panduan berkendali mod digital

Assalmualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan pada 2 Disember 2007 pada Acara Pasar Lambak di Kelab Mares nanti akan diadakan satu sesi khidmat bantuan teknikal Mod digital radio amatur. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, masalah atau ingin belajar mengenai mode digital RTTY, SSTV, PSK, Amtor, Pactor, Echolink, radio packet, APRS dan banyak lagi bolehlah hadir ke tapak jualan buku radio amatur nanti.

Juga dimaklumkan bagi pihak rakan saya ini juga, beliau akan menjual CI-V ICOM/YAESU/Kenwood. Bagi yang berminat boleh juga bertanyakan terus pada rakan saya nanti di tapak jualan buku radio amatur.

Gambar diciplak dari S56AL (Ilustrasi adalah sekadar menggambarkan)

CI-V ini merupakan perkakasan penting bagi rakan-rakan yang ingin mengawal radio anda (yang menyokong fungsi CI-V) melalui PC. Ia juga membantu rakan-rakan memprogram, mengubah seting dan sebagainya radio anda dengan mudah.

Jumpa di pasar lambak pada 2 Disember nanti!!

Rabu, 14 November 2007

Mari memuat turun fail belajar CW 9M2GL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini saya masih lagi sibuk dengan beberapa aktiviti rasmi. Dan akan saya kemaskini beberapa posting menarik minggu depan Insyallah.

Minggu lepas saya sempat menghadiri perjumpaan bekas rakan sekelas semasa di Politeknik Shah Alam (kini Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah). Oh ya, saya hampir terlupa yang saya pernah belajar di sana hehe...

Mungkin kerana saya kurang rapat dengan mereka ataupun mungkin kerana faktor hampir semua pelajar lelaki (di dalam kelas saya) setelah tamat pengajian telah pergi belayar mengelilingi dunia mungkin... Ada yang dengan MISC dan ada juga dengan MERSK dan sebagainya (paling dekat pun Inai kiara hehee). Kerana jarang bertemu dengan mereka menyebabkan saya terlupa perkara ini. Tinggal beberapa orang sahaja rakan yang tidak pergi belayar seperti saya dan Rahmat, memilih bidang berkaitan dengan keselamatan. Manakala Hafez pula menyertai syarikat minyak dan gas. Mungkin ada lagi tapi yang lain-lain saya tidak dapat mengingati.


Gambar yang sempat saya ambil semasa malam angkasawan pertama negara berkomunikasi dari ISS. Saudara Mutalib tersenyum riang disamping antenna UHF-Microwave buatan tangan En. Rahim. Alhamdullillah, pada malam itu saya mendapat pelajaran baru teori memancarkan isyarat menggunakan freq amatur dengan konsep reflect atau pantulan. Ianya jauh lebih bagus dari yagi.

Aktiviti saya beberapa kebelakangan ini setiap kali pulang bercuti di kampung, mencari tanah.. hehehe..


Dan Interface terbaru homebrew buatan saya akan menggunakan transformer baru yang lebih efektif dan efisien.

Bagi rakan yang ingin belajar CW, boleh memuat turun fail pengajaran CW sebanyak 3 lesson. Pengajaran ini disampaikan oleh Allahyarham Hj. Idris 9M2GL. Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan oleh Allahyarham dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan radio amatur. (harap sabar dan ikut langkah-langkah bagaimana memuat turun fail dari laman di bawah)
1) Muat Turun Lesson 1 Pelajaran CW 9M2GL CD1
2) Muat Turun Lesson 2 Pelajaran CW 9M2GL CD2
3) Muat Turun Lesson 3 Pelajaran CE 9M2GL CD2
Walaubagaimanapun lampiran kertas bercetak setiap huruf yang dihantar di dalam rakaman ini tidak dapat saya sertakan kerana tiada pengimbas. Jika ada rakan yang berhajat bolehlah datang bertemu dengan saya semasa flea market di Kelab Mares pada 2 Disember 2007 nanti.
Oh ya, disamping itu nanti semasa Flea market saya akan menjual beberapa barangan menarik. Antaranya
1) Buku Wire & Wave (Practical Wireless Publication) - Mengandungi teori dan projek-projek radio amatur (RM28)
2) Buku Out Of Thin Air (Practical Wireless Publication) - Buku yang mesti dimiliki mengandungi projek-projek antenna, atu dan sebagainya (RM24)
3) CD ARRL - Mengandungi buku-buku rujukan sebagai seorang radio amatur dalam bentuk softcopy mudah akses seperti Video high resolusi Amateur Today, ARRL Handbook (800mks lebih!!), operating procedure, antenna setup dan rujukan mutakhir. (RM10)
4) CD RSGB - Mengandungi beberapa buku berbentuk softcopy penerbitan wajib miliki seperti
a) Buku Propagation - Amtor, Pactor, Satellite, Dxing, Reference Technical (350mks),
b) How to interface radio,
c) RSGB handbook!! 900mks - Pic 'n' mix digital audio, Building own transceiver, Data Comm, Propagation etc.
d) Buku SWR and Dipole
e) Buku Ham Radio For Dummies (350mks)
f) The Radio Handbook (versi tahun 60an)
dan yang dicari ramai kaki buat antenna... g) Antenna Handbook 4th edition (810mks) - Dipole, yagi, vertical, quad, parabolic etc!!. Semua buku ini dalam 1 cd hanya RM10!!
4) CD Digital Amateur Radio - Mengandungi lebih 150 perisian wajib ada untuk aktiviti digital, software memprogram radio anda seperti kenwood, Yaesu, etc, Litar skematik radio anda, kalkulator antenna dan komponen radio serta banyak lagi. 80% kandungan ini tiada dalam internet!! hanya RM10
5) CD Perisian SatcoDX untuk kaki satelit - database satellit, pengiraan azimuth, pemprogram dec serta peta liputan satelit Hanya RM10
6) CD Electronic Amateur radio Profesional - Rujukan, pengiraan antenna, software dan sebagainya hanya RM10.
7) CD belajar CW secara audio -Boleh dengar di dalam kereta atau tempat kerja atau semasa lapang 2 keping CD (RM12)
8) SSTV, RTTY, PSK etc Radio Interface. Malas buat? nak sambung antara radio anda dan PC dirumah? Nak berkendali di Mode Digital? Main hantar gambar gunakan walkie talkie anda? Interface hanya RM55. Untuk tempahan atau pembelian online boleh menghubungi saya di alamat emel di sebelah.
Berminat? temui saya semasa flea market di Mares nanti untuk khidmat maklumat. Terima kasih!! :)
73!!

Selasa, 30 Oktober 2007

Ia melewati dunia... sayang bukan pembuatnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi kita kali ini. Setelah sekian lama bercuti saya masih lagi sukar menala kembali jiwa saya. Jauh sekali memikirkan hal pejabat pada hal cuti raya yang lepas hanya seminggu. :)... Diri ini masih lagi ada di tengah bendang menghijau di kampung.

Malam ini minda saya masih berkisar tentang peristiwa siang hari tadi, perantara muka kad bunyi (sound card interface) (atau saya bahasakan Radioman sempena jenamanya) yang telah saya bina dan jual secara kecilan tahun lepas telah dikembalikan pada saya. Ianya dihantar secara pos oleh pembelinya 2 minggu lepas atas permintaan memperbaiki kabelnya yang terputus. Bukan dekat... dari Switzerland. Mmm... menguntungkan ya! Saya teringat ketika saya aktif mencuba menambah pendapatan melalui membangunkan perkakasan tambahan radio amatur, ia adalah amat-amat menyeronokkan. Dengan pekerjaan saya yang tidak seberapa, ia mampu membantu mengubah hidup saya dari kais pagi makan pagi kepada yang lebih baik.

Ya, ada juga rakan-rakan yang perli saya dengan mengatakan yang saya mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak tahu tentang dunia radio ini (atau tidak mempunyai minat homebrew). Adakah mereka (pembeli) mahu membuatnya sendiri? Sekurang-kurangnya saya juga membantu mereka dalam menceburi perkara-perkara lain dalam hobi ini, merasai mod yang lain selain suara.

Begitu juga ketika saya menjual buku-buku projek radio amatur yang diduakan dipasaran terbuka. Saya telah ditempelak oleh rakan-rakan taulan kerana mengambil kesempatan meminjamkan buku itu dan kemudiannya disalin dan dijual secara terbuka. Saya awal-awal lagi memohon ribuan kemaafan atas tindakan saya. Tapi saya tetap dengan pegangan saya yang pertama saya harus mencari sesuap nasi, dan keduanya ialah manfaat buat semua warga radio amatur. Keliru? ayuh saya terangkan kenapa...

Pernahkan tuan-tuan dapat memperolehi buku-buku projek radio amatur dari pengamal radio amatur terdahulu? Atau pernah mendengar kewujudan buku-buku hebat seperti 'Practical Antenna Handbook'? 'ARRL Handbook'? koleksi cetakkan projek litar elektronik atau antenna 'Practical Wireless'? Kebanyakkan rakan-rakan radio kita dahulu kala amat menikmati hobi ini kerapa mereka mempunyai sumber bercetak seperti majalah-majalah radio amatur, koleksi projek antenna, projek-projek sampingan dan sebagainya. Sumber-sumber ini diperturunkan secara menyalin dari seorang ke seorang. Dikala lapang mereka akan membelek bahan ini dan dari situ timbullah idea melakukan projek-projek radio amatur. Bohonglah kalau ada rakan-rakan mengatakan Internet kan ada. Anda hanya mengakses Internet bila ada minat. Tetapi buku sebaliknya, ia mencetus minat. Saya gemar menyatakan dalam aspek radio amatur, Internet masih lagi adalah sumber sekunder pencetus minat homebrew.

Persoalann kedua bagaimana para pembaca boleh mendapatkan bahan-bahan bercetak ini? pada siapa? Oh ya, saya amat memahami (begitu juga diri saya sendiri) yang ada juga rakan-rakan lama yang sukar meminjamkan bahan-bahan ini. Jangan sesekali menyalahkan mereka kerana saya juga mengalami pengalaman seperti mereka. Ada bahan-bahan yang dipinjamkan tidak dikembalikan, ada juga yang hilang muka suratnya dan banyak lagi. Jadi sekurang-kurangnya tindakan saya adalah satu sumbangan sekurang-kurangnya bahan itu masih boleh didapati. Dan kesinambungan ilmu itu ada Insyallah.

Ok, tutup cerita.

Berbalik pada Radioman saya. Kos membinanya adalah tidak sampai RM10 tetapi agak berbaloi menjualnya di Internet kerana permintaan yang agak tinggi terutama dari Eropah yang menggunakan matawang wang lebih besar.

Terdapat juga interface yang lebih baik buatan tangannya seperti HARKENSEN (Hasil Kerja Sendiri) buatan warga amatur Indonesia


Perhatikan Interface buatan tangan dibawah... jauh lebih baik dari buatan saya.



Demikian... saya tidak boleh lama di sini, masa untuk makan ubat. Insyallah jika ada sempatan nanti saya akan menulis lagi. Jadi pesanan saya buat rakan-rakan lama yang mempunyai koleksi buku-buku projek radio amatur agar jangan lokek. Sebarkan ilmu itu walaumacam manapun agar kesinambungan ilmu itu berterusan. Pahala lagi. Buat apa simpan lagi kalau ia sudah berhabuk, dimamah anai-anai atau sudah tiada manfaat bagi pemiliknya.

Saya masih lagi membelek Interface ini, jika tidak silap saya hampir 400 unit sudah terjual di ebay. Kebanyakannya sudah melewati ke pelusuk dunia terjual.... sayangnya bukan pembuatnya, yang masih termimpi untuk ke sana...


73!! All the Best

p/s: Saya tumpang terkejut atas kemalangan ngeri yang menimpa Pak Yon 9w2YR.. mudah-mudahan beliau cepat sembuh..
Related Posts with Thumbnails