Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 2 Jun 2009

Jom buat APRS TNC terus pada Garmin GPS 276C Anda (on Screen)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya paparkan sedikit sebanyak hasil kerja saya pada 2 bulan lepas. Dengan menggunakan konsep TNC milik WB8WGA dan IC 16F88+Max232 saya akhirnya dapat membangunkan satu lagi TNC yang berupaya mengkod NMEA 1802 dan nyahkod. Kadar ketepatan 89% walaupun terdapat sedikit masalah.

Ini membantu saya ketika saya sedang bergerak di atas kenderaan. Dengan menggunakan Kenwood TM-V7 (kenari biru) yang mempunyai DIN Connector, APRS TNC dan Garmin 276C saya mampu memplot semua stesen yang memancar ke Gateway TNC di atas Skrin Garmin 276C saya.

Mudah kan ;)... tanpa memerlukan Internet, Komputer dan sebagainya. Kini saya dapat melihat semua kenderaan, base station radio amatur atau mana-mana stesen portable semasa saya memandu.

Berikut ialah beberapa gambar yang saya sempat ambil semasa proses pembikinan TNC APRS saya dan interface ke Garmin 276C. Ianya bermula apabila saya mendapat dua bingkai Polycarbonate Transference menggantikan kepingan kaca yang sekian lama saya gunakan untuk proses dedahan PCB.

Perhatikan.. Polycarbonate yang ringan dan effective.. mudah dicuci berbanding kaca yang rapuh. Tujuan kepingan ini digunakan untuk melekapkan keseluruhan transferen yang mengandungi laluan pengalir supaya imejnya jatuh tajam diatas board positif PCB (UV board).

Kepingan kaca yang telah saya guna selama 5 tahun.. rapuh dan bercalar balar



Plastik transference yang telah dicetak dengan laluan pengalir.

Papan UV yang akan saya gunakan. Sebelum ini saya menggunakan teknik menyembur bahan kimia UV.. tetapi ianya tidak efektif. Beli ajer yang dah siap. Malangnya harga UV ini sudah menjadi mahal.. sekitar RM25 sekeping. Ada juga kedai yang menjual sehingga RM37 bergantung pada double sided atau kualiti dedahannya. Saya perolehi dari Hondai Penang.

Sebelum membuat dedahan, sediakan dulu persiapan alkali (developer) mengikut sukatan yang betul. Saya kerap menggunakan larutan alkali dalam membangunkan negatif-negatif filem tetapi nisbah alkali ini terlalu dilute dari biasa.
Campur ngan sukatan yang betul... kasik cair sikit...

Dengan cepat tekap plastik transference dengan polycarbonate dan UV board dan klip dengan kemas.
Dan dedahkan dibawah cahaya lampu kalimantan (untuk dedahan cahaya ultraviolet) mengikut tempoh yang disebut pada manual UV board. Dibawah ini ialah bilik gelap saya hehehehe yang telah bertukar menjadi stor. zaman filem dah berakhir bang...
Masa mula dedahan..
Masa dedahan tamat...
Dengan cepat buka klip dan masukkan UV board dalam larutan alkali yang telah disediakan.
Lihat.. imej dedahan telah timbul

Dan selesai imej terbabit timbul, bilas dengan air paip. Imej laluan pengalir telahpun wujud pada PCB anda.
Masa untuk etching... Saya sukakan menggunakan cecair Hidroklorik dalam bentuk cecair. Tetapi stok takder. jadi yang serbuk pun jadilah. Cuma mau kaw punya.. saya gunakan air panas... berasap tapi awas.. jgn hidu nanti paru-paru anda berkarat heheheh..
Dan imej terbentuk.. PCB hampir sempurna terhasil.

Ni dia... dah jadi dah..
Masa untuk menebuk lubang PCB. Saiz Drill 0.8 dan 1.0.
Masa untuk membuka rujukan.. Saya menggunakan panduan di laman http://www.enide.net/webcms/index.php?page=wb8wga-tnc

Hampir siap dipateri komponennya..
Dah hampir siap. jangan lupa program dulu IC 16F88 dengan bootloader yang boleh download kat SparkFun.
Oleh kerana saya mahukan GPS saya juga mengeluarkan suara ketika navigasi (turn left, turn right) ketika mengoperasikan APRS. Hanya satu-satu kabel sahaja boleh disambungkan maka saya melakukan modifikasi pada kabel yang diberi percuma bersama-sama 276C dengan membuat sambungan ke Speaker, Kuasa 12V kereta dan 9pin TNC.
Lubang speaker ditebuk secukup rasa untuk speaker pada casing baru.
Speaker 8 ohm 2Watt digunakan sesuai dengan galangan (impedancenya). Terus Hot Glue.
Garmin 276C punya connector berbeza.. tapi kalau kerap cabut pasang.. rapuh la pulak.

Ni dia.... TNC APRS box+Speaker+12V suplly ke Kenwood TM-V7 saya.


Jadi... selamat mencuba jika anda juga mempunyai GPS sama seperti saya. tidak perlu plot pada komputer atau internet. Terus pada skrin anda... saya akan lampirkan akan datang bagaimana beberapa kereta yang mempunyai APRS saya monitor terus di atas GPS saya.
Hingga jumpa lagik... bye ;)

Rabu, 27 Mei 2009

Masa untuk beredar dari perancangan hobi


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya baru sahaja menghadiri majlis perpisahan sahabat setugas saya. Beliau akan terbang ke tempat kerja yang baru yang jauh dari sini.

Terdetik di hati saya yang begitu banyak perancangan yang telah diaturkan bersama rakan radio amatur.

1) Kelantan DxIng
2) Malas Rain Forest (acara tahunan BBQ HF)
3) IOTA Laut China Selatan
4) Jemputan Orari Ogos ini.

Semua ini terpaksa saya tangguhkan kerana terdekat ini, giliran saya akan meninggalkan 9M2 land untuk kitaran 5 tahun.

Oh ya, saya sepatutnya 5 tahun lepas telah pun bertukar tempat kerja. Ketika itu saya telah memohon perlepasan. kini tiada lagi dapat dipanjangkan. Saya harus pergi. Selesai pulang dari di Jakarta ketika itu saya dah setkan... apa keadaan harus saya terima.

Bak kata orang-orang senior dalam Dinas saya... beralih tempat ertinya saya mampu hilangkan kebosanan. Mungkin... akan aku cuba. :)


Ayuh masa untuk beralih ke tempat baru... dan 2 bulan barang2 saya telah di bungkus rapi. Prosedur menghantar radio HF telah diteliti.. dah 5 bulan antenna tidak terpasang kerana sudah disimpan dalam kotak. Kereta akan dihantar pulang ke kampung. Peti ais dan mesin basuh akan dijual..

Teringat pertama kali datang ke KL mencari rezeki dulu, hanya berbekalkan 3 pasang pakaian.. 2 malam pertama tidur di bawah stesen LRT Universiti. Kini semuanya sudah jauh berbeza... ntah apa ntah yang saya kumpul, 2 trip bawa balik barang ke kampung pun belum abis..

Surat oh surat... bila nak datang dan ke tanah mana lagi harus aku pergi kali ini. Selamat tinggal 9M2 land...


P/S: Pak Yob.. urusan aturan Jogjakarta sudah saya uruskan. nanti jangan lupa bertemu dengan Deta dan warga Orari di sana. Sampai salam nanti akan saya sampai walaupun sedikit lewat ;)

Selasa, 19 Mei 2009

Mereka akhirnya diiktiraf


Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Posting yang pendek tapi bermakna. Akhirnya penat lelah dan keazaman mereka diiktiraf. Perhatikan bait-bait kata dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) yang memberi pengiktirafan buat mereka.

Saya amat-amat irihati kerana ketika saya memperolehinya, tiada bait-bit kata yang sama seperti mereka... hanya tiga baris ayat yang hanya mengatakan saya lulus.

Tetapi saya puas.. kerana ia mampu membuatkan tuan puan terfikir seketika, dimana pula pencapaian anda dalam hobi ini? Atau mati disekerat jalan tanpa ada pengiktirafan? Seperti klimaks diawal sentuhan....

hahahaha... tepuk dahi dan tanyalah sendiri ;)


Nak.. ketik pada gambar-gambar ini dan bayangkan pula.. bilamasa anda pula akan memiliki 'keistimewaan' yang sedang kami enjoy sekarang? ;)

Rabu, 8 April 2009

Syabas Warga Kerja ARDF V17 Open - Suksess!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua pemenang Kejohanan ARDF 2009 anjuran Wilayah V17 dan Pusat Ko KL. Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini dan diharap segala pengalaman yang dikecapi sewaktu pertandingan dapat memberikan manfaat dan faedah berguna kepada anda semua.

Saya mewakili pihak penganjur memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sepanjang pertandingan ini diadakan dan berharap kami dapat memberikan kepuasan kepada semua yang bertanding.

Kami percaya segala kejayaan tidak akan datang sekiranya tiada usaha dicurahkan. Oleh itu, wajarlah kemenangan itu berpihak kepada anda semua. Selaku penganjur pertandingan, kami berusaha sedaya upaya menyediakan pertandingan yang terbaik dan keputusan yang adil kepada semua peserta.

Oleh itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dapat berkongsi dengan kami pengalaman yang didapati sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kami hanya menyediakan pertandingan dan sudah tentu pengalaman bertanding ada ditangan anda semua.Semoga setiap kejayaan tersebut tidak berhenti disitu, mudah-mudahan anda semua akan berusaha ke peringkat lebih tinggi kelak.


Dari 9W2PRO dan warga kerja V17 serta MALAS
_____________________________________

Untuk makluman lanjut akan saya paparkan gambar semasa acara ini berlangsung.

Jangan lupa lawati laman http://v17ardf2009.blogspot.com untuk keputusan.

Juga komen terawal dari http://dawus.blogspot.com/2009/04/ardf-542009-pusat-ko-q-kuala-lumpur.html

Serta laman http://9w2rut.blogspot.com/2009/04/ardf-with-aprs.html dan http://9w2rut.blogspot.com/2009/04/tracking-ardf-marsyal.html


Selamat membaca ;)..

P/S: Ikuti sambungan di laman http://9w2pro.blogspot.com dan laman web jurukaka anda untuk gambar selanjutnya.

Takniah pada calon CW 1/09

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lawati laman bersekutu saya http://9m2mgl.blogspot.com/2009/04/gealnggang-cw-dibuka-lagi-siapa-yang.html tentang keputusan CW siri 1/09.

Saya mengucapkan setinggi tahniah pada 9W2LLK dan rakannya kerana berjaya dalam ujian getir ini. Tak sia-sia 9M2PZ memberi tunjuk ajar ;)

Tidak lupa pada 9W2BYE saudara Kamal Ikan kerana berjaya menemui teori mempelajari CW gaya man kidal yang terbukti berjaya. Tapi ia tidak untuk tujuan aplikasi ya.

Juga 9W2JEN rakan-rakan yang lain yang berjaya.

Bagi mereka yang berminat. Jika mahu menjadi popular..anda masih boleh memilih callsign seperti 9M2MUS!! Hahaha... secara tak langsung anda akan sama taraf seperti angkasawan negara 9W2MUS hahahaha... Abang besar ;)

Juga masih banyak lagi callsign kosong yang menjadi kegilaan ramai seperti 9M2BBS, 9M2ALI, 9M2ABU, 9M2BOY, 9M2MAS, 9M2EDY, 9M2NIK, 9M2ROY, 9M2LEE etc.. jadi tunggu apa lagi.. kerana sekali callsign ini terisi pasti anda tidak akan dapat dah... seperti no plate kereta juga ;)

Hingga jumpa lagi. :)

Kreativiti

(Gambar diciplak dari laman http://9w2ipt.blogspot.com/2009/04/radiokom-ciptaan-9w2-suf.html )

Mmm... suatu kreativiti pada rakan ini 9W2SUF ;)

Hari untuk beralih ke persekitaran baru



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya masih lagi sibuk dengan urusan peribadi. Tanda-tanda akan ditukarkan ke seberang dah mula bertiup kencang. Apapun saya redha untuk kembali ke sana... (Cth-cth seberang spt KK, Labuan, Jkrta etc huhuhu). So, layan ajer gambar-gambar trip masa saya kat Saigon dengan ketik gambar di atas.

Hingga jumpa lagi ;)
Related Posts with Thumbnails