Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 23 November 2016

Ribbon kabel, Ladder line, Twin lead dan sebagainya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sahabat yang bertanyakan tentang ribbon kabel/twin lead/ladder line 300 ohm dan bagaimana rupanya, rentetan dari kelas antenna tempohari di johor bahru mengenai input G5RV yang sesuai.

Galangan kabel ini boleh dibaca di https://en.wikipedia.org/wiki/Twin-lead.

Selain sebagai feeder kepada antenna, kabel ini juga boleh digunakan sebagai antenna. Cuba buat carian di google dengan perkataan 'twin-lead antenna', ribbon cable antenna dan banyak lagi.

Saya lampirkan beberapa variasi kabel 300 ohm yang ada dalam simpanan saya.

Dari kiri, 

1) Kabel pertama ini merupakan kabel yang kerap kita lihat digunakan pada antenna tv (yg terpacak atas tv). Bersaiz 0.23mm dan lembut. Mudah berpintal. Sesuai digunakan untuk projek kepanjangan tidak melebihi 1 meter disebabkan terlalu lembut. Kerap dipilih sebagai antenna ribbon slim jim VHF kerana boleh digulung dan disimpan dalam poket.

2) kabel kedua merupakan variasi kabel pertama tetapi bersaiz 0.32mm. Sedikit keras dan boleh digunakan untuk melebihi 1 meter. Potensi berpintal tetap ada tetapi jangka hayat panjang untuk kegunaan outdoor bagi jangka masa lama.

3) merupakan dambaan setiap ham radio untuk menggunakan nya bagi projek2 menyuap antenna dipole kerana terdapat wayar tambahan di dalamnya (perhatikan wayar putih keras/spring dibalik wayar tembaga). Bersaiz 0.32mm dan insulation plastik liat yang tebal. Tahan lasak dan kurang berpintal. Sesuai digunakan untuk projek G5RV, ZS6BKW atau dipole standard.

4) 0.32mm tetapi bahan yang digunakan adalah transparent. Tidak berapa sesuai untuk outdoor bagi jangka masa yang lama kerana reput tetapi amat sesuai sebagai antenna seperti ribbon folded dipole etc dimana disebabkan materialnya seakan wayar terbuka.


Perhatikan kabel siam yang berwarna kelabu mempunyai dawai yang menguatkan strukturnya.



Secara kasar perbandingan.

Ladder line dan bagaimana nama ini muncul.. perhatikan bentuk lubang peta dibuat membuatkkan ia kelihatan seperti tangga.


Yang besar ni 450 ohm


Perbezaan saiz 300 ohm dan 450 ohm

Tahukah anda juga boleh homebrew kabel ini sendiri? ....


kabel Ladder juga boleh di homebrew menggunakan kaedah open wire.


Yang penting jarak antara dua kable open wire ini.

Saya masih mencari 2 kabel dalam simpanan saya iaitu 450 ohm dan 600 ohm tetapi entah simpan di mana.

Insyallah jika ada rakan yang boleh menambah idea kenapa feed pada antenna dipole sesuai pada input impedance yang lebih tinggi dari antenna?

Di harap informasi ini membantu...

P/S: Kabel2 ini sudah lagi tidak dikeluarkan di pasaran...
Related Posts with Thumbnails