Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tak banyak yang dapat saya nukilkan pada posting kali ini. Pada bulan lepas, stress di tempat kerja buatkan saya mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar jauh dari timbunan kerja. Saudi Airlines menawarkan tiket return ke eropah dengan transit di Jeddah pada harga yang saya rasa memadai. Bila transit di Jeddah, kami asalnya merancang untuk melakukan umrah bagpacker secara underground. Malangnya viral yang berlebihan di internet membuatkan permohonan visa black market semakin sukar. Lagi-lagi Saudi telah menaikkan caj visa, kami terpaksa memilih hanya transit sahaja.
Tak banyak persiapan yang dapat kami lakukan. Asalnya hanya mahu memandu dari Paris ke Portugal juga tidak menjadi kerana terdapat pertukaran jadual 'last minutes'.
Trip kali ini Paris-Luxembourg-Germany-Netherland-Belgium sebelum kembali ke Paris melalui Han-brussel-lille. Insyallah jika tiada aral melintang tahun mendatang kami akan habiskan trip yang lain. Saya tak menyusun gambar di bawah.. Lokasi pun dah tak ingat hahahha..
Homestay kami di Paris milik Global Ikhwan, Tolak tepi kisah lama mereka, ianya merupakan satu jihad perniagaan yang bagus!
Skrin dalam flight kami singgah di Jeddah.
Gerbang Holland di The Hague.
Kota Hamburg merupakan bandar perlabuhan yang ikonik dengan beberapa jenama besar perkapalan.
Poster pesta muzik
Sticker keamanan...
Masih di German, sebelah kilang tayar Continental kelihatan silo penyejuk. Mungkin penjanaan tenaga elektrik dari reaktor Nuklear.
Armsterdam dan basikal berpisah tiada.
Gereja-gereja lama di Reim France
Flight KL-Jeddah
Masjid di Amsterdam. Diuruskan oleh orang-orang Turki.
Tak ingat nama tempat ni..
Masih di France.. Reims
Ikon Amsterdam.
Gereja dalam pemulihan.
Belanda dan kincir angin.
Setem...
Basikal di The Hague
Lorong Red Light District di Amsterdam belum beroperasi... Siang
Purata kelajuan kami di Autobahn... punada speed trap di beberapa kawasan bahaya kemalangan.
Letak basikal.
Memasuki Belanda seperti memasuki Alor Setar.. bendang gandum di mana-mana.. seperti di Malaysia trafik nya.
Penginapan kami di watertloo.. pinggir Amsterdam.
Stesen bas Amsterdam yang menjadi point utama kami bergerak.
Mesej anak-anak muda..
Kereta mini yang menarik lensa saya..
Butik Red Wing ini ada menulis kata-kata Dr. Muhaya yang akhirnya saya dapat tahu kata-kata pujangga mat salleh..
Kecondongan atau alcohol?
Musim luruh sudah sampai masanya. Buah mula kecut di sebuat RnR.
Di Luxembourg..
Musim Luruh.. suhu sekitar 10 ke 17 darjah pada waktu siang.
Tiket bas sehari di Amsterdam.
Banyak pilihan jenis minyak. Lupa nama bandar ni, di kawasan Jerman Timur. Kelihatan agak suram pasca komunis dan bilangan imigran Chinna juga ramai.
Kincir angin di Amsterdam.
Basikal..
Saya sukakan suhu dan santai. Sambil makan malam maggie cup dan melihat matahari turun.
Kereta tadi.
Biji Buah Tulip.. seperti bawang untuk siapa yang berminat menyemai. Disusun mengikut warna bunga.
Van yang menarik saya lihat untuk konsep van yang boleh dibawa ke MARES.
Aada orang yang menyekat kami hahhhaa.. di amsterdam kami memilih hanya menggunakan Public Transport. Bas sangat efisyen, Lagi-lagi kadar parking di bandar memang mahal.
Sahabat saya merupakan pemandu utama kami.
Stesen keretapi central di Hamburg.
Dulu buat koleksi beg ni sebab ada tulis nama bandar... hahahaha.. sekarang tak dah. hanya di Langkawi semua tempat ada tulis nama bandar.. tak boleh buat koleksi ekslusif dah heheheh
Melepak di Brussel..
Sejarah..
Eropah ni kecil saja..
Sahabat saya dan minum petang di Luxembourg.
Lebuhraya di German menuju ke Bonn
Singgah RnR untuk solat
Bas di Amsterdam ada 2, ikut zon jangan silap hehehhe..
Laju betul depa kayuh basikal...
Stesen utama..
Mencari hotel kami... macam alor setar daaa..
Kek ganja.. Fuhh..
Beli magnet untuk koleksi
Minggu bercuti di europe ketika tu... banyak caravan atas highway.
Pinggir Amsterdam, Pusat Kawalan Komunikasi Nelayan Laut di sana.
Beg ni lerrr... tak nak lah buat koleksi dah.
Auchtung!
Perjalanan di celah gerbang.
Tren laju di German.
Kat Han.. sebelah selat sana tu UK
Coklat ganja.
Jumpa satu kat sini!
Melepasi sempadan Lexembourg-France
Dihadapan Effel Tower... 3 kali sampai dah.. cukup la..
Total bagpack kali ni 10 hari, Tiket Flight RM2100, Sewa kereta, parking, daily pass bas dan Hotel RM1400 dan duit poket habis masa kat sana dalam RM300 aje.. tu pun beli sikit groceries dengan magnet. Dalam RM3800 ajer total. Okla... Tak termasuk insurans travel buat kat malaysia RM65. Makanan bawa dari malaysia ada lebihan. Duit Euro bawak balik jual kat money changer pun masih untung sebab RM makin teruk nilai dia. Kesan Brexit tempohari huhuhuhu...
Laluan kami, Paris-Reims (France) sebelum memasuki Luxembourg dan melalui Tier-Koblenz-Bonn-Cologne-Hanover-Berlin-Hamburg-Bremen (German). Kemudiannya Amsterdam-The Hague-Rotterdam (Netherland). Kemudiannya masuk ke Brussel (Belgium) dan masuk ke France melalui Lille dan kembali ke Paris. Kos Hotel, sewa kereta, minyak (diesel) dan beberapa lagi kongsi 4 orang.
Apapun Alhamdullillah semua nya dalam bajet dan Insyallah kalau duit Malaysia dah ok tahun depan mungkin nak cuba backpack ke Europe Hamfest 2017 pada Julai nanti. Masa menabung lagi nampaknya.
Hingga Jumpa lagi.. 73!