Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 15 November 2016

National Field Day dulu-dulu... 1981


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah buat ramai sahabat-sahabat dari pelbagai komuniti yang telah menganjurkan Malaysian Field Day 2016 pada hari Malaysia yang lepas. 

Dalam bahasa melayunya dipanggil Hari Lapangan Semalaysia dimana semua stesen radio amatur akan keluar dari shack masing-masing dan dan membawa radio mereka ke lokasi yang terbuka untuk memancar. Ketika inilah keupayaan setup radio mereka akan teruji dengan halangan-halangan seperti bekalan kuasa, faktor alam dan banyak lagi. Ianya juga menjadi medan menguji peralatan homebrew sebenar samada berfungsi baik atau sekadar kosmetik hahahahhaa...

Setelah beberapa kali Hari Lapangan dijalankan bermula dari 'kickstart' kami semasa di tasik PJ pada 2008 jika tidak silap saya, Ianya berkembang menjadi acara tahunan diseluruh negara. Setiap komuniti radio amatur mahupun persatuan masing-masing akan mengadakan stesen filed day di lokasi-lokasi luar seperti puncak gunung, pantai, pulau dan tempat perkelahan.

Sebenarnya field day ni juga bagus selain dari DXing semata-mata dan menguji peralatan homebrew. Ia juga merupakan aktiviti utama yang membebaskan para bapa-bapa untuk keluar dari rumah seketika hehehehe.. passport! Dan menjadi aktiviti 'gathering' bujang sementara dengan sahabat-sahabat sehobi setelah sekian lama terpisah. Tidak lupa santai BBQ adalah acara utama sebenarnya yang mendominasi Filed Day hehehehhe..

Ok, kita tinggalkan cerita di atas. Ianya bermula dengan lawatan saya ke rumah 9M2AU yang banyak menyimpan koleksi Newsletter Marts ang lama. Saya sempat menyelak beberapa newsletter dan ada topik yang menarik saya sempat rakamkan. Bagaimana Field Day Station ketika 35 tahun dahulu? 

Dahulunya saya dimaklumkan Field Day hanya dilakukan samada pada Cuti Umum atau sehari sebelum AGM Marts (Ketika itu Marts masih lagi persatuan tunggal yang ada). Cuti umum yang dimaksudkan ada 2 iaitu samada cuti tahun baru 1 Januari atau cuti Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Bilangan Ham Radio ketika itu tidak sampai 300 orang (setelah ditolak Ham Radio dari Singapura yang masih lagi aktif tanpa sempadan dengan ham radio malaysia). Apabila Field Day sahaja, meriah kerana hanya ketika ini saja ham-ham radio dapat berjumpa.

Apa yang menyeronokkan... tiada sentimen antara ham radio ketika itu!


Stesen Field Day di Penang.


Perhatikan kereta di atas.. 


Pak Eshee 9M2FK, bukan-calang-calang orang ketika itu. 


Zaman ni pun dah main genset sebagai bekalan kuasa field day


Meriah!


9M2LN, 9M2AV dan 9M2DW, Dxing dari dalam van kecil!


Saya kena tanya van milik siapa ni pada 9M2AU


Ipoh, dikatakan bandar tanpa ham radio suatu ketika dulu, rupanya ramai ham radio . Stesen Field Day Ipoh


Saya kurang mengenali mereka terdahulu. Mungkin ada ham senior yang masih mengingati.


Field Day Station Selangor, lokasi Bukit Genting... Saya rasa lokasi di Radar Genting Highland mungkin... Tak sangka mereka ini lebih awal dah operate di lokasi ini. Jika sekarang, lokasi Genting Highland bukanlah lokasi yang baik untuk Dxing kerana pencemaran RF.


Lihat khemah dulu-dulu.. 


Perhatikan van Valkwagon Combi, Dxing dari dalam van! Dan bukit dimana repeater Astra berada saya jangka.


Pasang dipole mungkin.. perhatikan genset


Hebat!


Mobile Communication.


Stesen Field Day Johor juga aktif..


Dato Tan 9M2DW banyak terbabit dalam aktiviti ham radio..

Ok, itu saja yang dapat saya nukilkan. Bayangkan 35 tahun dulu dengan bilangan ham radio kurang 300 orang (Mungkin kurang 150 orang yang berlesen) field day dapat dijalankan dengan meriah dan tiada sentimen kepersatuan/komuniti. Saya berharap pada field day yang akan datang sejarah ini dapat diulangi. Lagi-lagi dari rekod SKMM terdapat 2000 ham radio yang aktif di Malaysia kini.. Insyallah...




Related Posts with Thumbnails