Anda adalah tetamu ke blog ini.

Khamis, 10 November 2016

Siri Jalan-Jalan di Pasar Road : Dimana Connector murah di Jalan Pasar?


Siri Abang Bob Jalan-jalan di jalan pasar
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX 
Ini bukan iklan.. hanya membantu sahabat mendapatkan connector pada harga munasabah
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX 
Ada banyak sahabat-sahabat radio amatur yang rajin homebrew. Suatu masalah utama dalam homebrew ini ialah kos membeli komponen yang ternyata agak mahal.

Antara komponen yang dikira mahal ialah connector yang popular seperti SO238, PL259 ( dikedai di sebut UHF connector), BNC, SMA dan banyak lain.. variasi connector jenis ini juga pelbagai samada kita mahu menggunakan pada kabel RG58, RG8, RG213 dan banyak lagi.

Bagi membantu rakan-rakan mendapatkan connector pada harga yang munasabah, saya telah melakukan survey di jalan pasar dan terdapat 1 kedai yang dikira murah juga. Nama kedai ini Instraco... dan lokasinya terletak pada baris tidak jauh dari stesen minyak Petron. Rujuk gambar akhir...

Misalnya PL259 (disebut UHF dikedai ini), ada 3 kelas... Jepun, Cina, Taiwan.. heheheh tu kedai cakap la... PL259 paling murah adalah RM2.80 satu manakala soket penyambung antara PL259 hanya RM1.80. Bagi yang mencari PL259 yang Gred A Silver plated , ada satu kedai di Sitiawan menjual PL259 jenama Amphenol hanya RM8 sahaja! Di RS Component seunit RM59!. Tak mengapa.. yg tu nanti ada 'siri Abang Fahroe kena outstation' nanti.

Bagi yang mencari SO239 untuk dibuat base atau kereta, seunit (yg china) hanya rm4.50.

Itu belum lagi N-Type connector dan adaptor penukar misalnya BNC ke SO239.. male to Female... SMA ke BNC dan banyak lagi pada harga yang munasabah.

Walaubagaimanapun saya percaya lambat laun harga connector ini akan berubah apabila kedai ini restock kembali barangan yang dah habis kerana harga semasa connector di pembekal sekarang pun dah berubah kerana nilai RM yang tidak menguntungkan.

Semoga info ini membantu anda... diharap dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan dan membantu anda lebih berani homebrew!

73


Nak diskaun cari orang baju hitam ni.


Antara Headphone berjenama (mungkin tiruan juga)


Ini agak popular. Ketika beli dalam RM4.50 satu.. satu lagi yg mahal RM6


Ni kedainya... Tak jauh stesen minyak


Borong mana patut.. soket penyambung SO239 tu baru RM1.80 satu.. dan PL259 Chinna kata kedai baru RM2.80 satu.


Related Posts with Thumbnails