Dalam usia yang dipenghujung usia pemuda, agak sayang jika tiada sesuatu yang boleh dilakukan yang memberi impak pada masyarakat, organisasi dan negara. Dalam usia pemuda, idea membuak-buak datang.. dan tenaga berada pada kemuncaknya.
Pada beberapa bulan yang lepas saya, saudara mutalib dan Fadhil telah menghadiri Mega Eyeball anjuran sahabat-sahabat ham radio Shah Alam di pantai Morib, Sepang. Kami hadir tetapi tidak dapat memenuhi permintaan penganjur untuk mengadakan pameran organisasi kami. Lagi-lagi kami hanya sampai sudah lewat petang.
Bermula dari malam itu kami mula terfikir kenapa masalah ini terjadi... antara sebab nya ialah saya terpaksa mengambil beberapa sahabat yang berada jauh antara kami dan kapasiti barangan saya dan fadhil sahaja membuat kan kereta saya penuh. Itu belum lagi barangan MARES yang terpaksa kami maklumkan pada penganjur yang tak dapat kami penuhi untuk pameran. Cadangan 9M2VIP Kamal Ikan membuatkan kami mula terfikir.
MARES memerlukan satu mekanisma kenderaan yang boleh di bawa ke mana-mana dan menjadi serbaguna disamping ia menjadi media pengiklanan MARES pada masyarakat. Sebenarnya MARES mempunyai pengalaman pernah mendapatkan mekanisma seperti ini tetapi dalam bentuk karavan dan perlu ditunda ke mana-mana lokasi. Kehadiran mekanisma ini akan memberi tanggapan masyarakat yang MARES serius dalam melaksanakan objektifnya.
Saya, Mutalib dan Fadhil akhirnya bersepakat (dengan seliaan 9M2AU) mencuba idea MARES perlu memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna yang boleh dijadikan pengangkut peralatan, command centre dan yang penting ia membawa imej MARES ke mana-mana ia hadir.
Antara model-model kenderaan luar malaysia yang menjadi dambaan kami.
Aktiviti radio amatur dalam memberi khidmat pada masyarakat adakalanya memerlukan ia beroperasi di kawasan yang ceruk dan membawa peralatannya.
Juga aktiviti menyampaikan mesej pada masyarakat memerlukan MARES boleh membuat demonstrasi di lapangan.
Pengujian di kawasan terbuka. (Gambar Allahyarham Jimie 9W2JI dan Allahyarham Pak Idris 9M2GL)
Terlibat dengan program organisasi lain seperti Jota Pengakap dan lain-lain.
Juga aktiviti pengajaran dengan keupayaan membawa bahan pengajaran.
Keperluan ini dengan mengambil beberapa konsep seperti motorhome atau caravan di eropah. Juga contoh dari Pak Kamsol 9M2MKW di http://kamsolw.blogspot.my yang membuatkan kami nampak ianya juga bukan sekadar unit bergerak tetapi merupakan caravan bagi aktiviti Dxpedisi dan lain-lain field day.
FASA PEMODENAN
Mulanya, kami perlu menyakinkan EXCO Mares untuk kickstart projek ini. Tidak dinafikan ianya melibatkan aspek dari semua sudut sebagaimana yang ditekankan oleh beberapa EXCO seperti kos maintainance, liabiliti, kekuatan dana sediada, punca dana, kos operasi dan banyak lagi. Exco dapat melihat 'Blind Spot' serta risiko yang kami tidak nampak.....
Diawal projek, kami mula berangan-angan untuk memiliki Ford Transit model 2015 yang mana terdapat promosi sehingga hampir RM30K diskaun. Tetapi ianya bukan angka yang mampu milik buat kami. Lagi-lagi dana yang ada hanyalah mencukupi untuk operasi asas tahunan sahaja.
Ford Transit model 2015 (untuk malaysia) tetapi model ini sudah ketinggalan kerana model Transit 2015 yang baru telahpun ada dipasaran US yang lebih cantik.
Pada awalnya saya bertanyakan pendapat Isman 9W2CCC tentang idea kenderaan ini, beliau mencadangkan saya menghubungi Kak Rafidah 9W2JSJ orang kuat PRADAS kerana ada khabarnya seorang ham radio dari Putrajaya ingin menjual sebuah Ford Transit tahun 90an yang mana ianya siap telah dimodifikasi sebagai sebuah pejabat bergerak dan side rooftop. Walaubagaimanapun setelah kami membayar deposit untuk membuat pembelian, kami terpaksa membatalkannya atas sebab-sebab yang tak dapat kami ceritakan disini.
Gambaran awal kami bagaimana sebuah kenderaan boleh memenuhi kriteria sebuah mobile emcomm/command centre, pengangkut, bekalan kuasa sendiri, jenis antenna, pole dan banyak lagi pada model Ford Transit. Ianya akan menjadi stesen bergerak, Rebroadcasting, Mobile Repeater dan mekanisma pameran radio amatur.
Dalam proses menyediakan kertas kerja, saudara Mutalib 9M2SQL mempunyai peluang menulis dengan baik kertas kerja ini yang mana kami menggunakannya sebagai tulang belakang projek ini.
Muka hadapan kertas kerja sentuhan Mutalib.
Kami masukkan sekali gambaran idea kenderaan yang bakal dilaksanakan.
Fungsi-fungsi kenderaan ni pada tujuannya.
Kenderaan Ford Transit yang kami bercadang perolehi, walaubagaimanapun tidak dapat kami teruskan atas sebab-sebab yang tak dapat dinyatakan.
Kertas kerja yang telah disiapkan di binding dan sedia diedarkan bersama dengan surat memohon sumbangan dana pembelian kenderaan.
Antara penyumbang-penyumbang yang berpotensi.
Diperingkat ini kami agak bertuah kerana saluran Malaysia Amateur Radio League (MARL) memberi peluang kami mengakses informasi persatuan radio amatur yang lain tentang cara mendapatkan dana bagi sesuatu projek. Alhamdullillah setiausaha JASRA, Mak Lah sudi berkongsi teknik mencari dana. Tambahan lagi coaching dari Mak Lah, Pak Lah 9W2HOZ Presiden JASRA, Feroz Khan 9W2JOH sangat banyak membantu kami. Saya banyak belajar dari mereka ini... wow..
Setelah kami menggugurkan model Ford Transit, kami masih berazam meneruskan projek dengan mencari model lain yang lebih mampu milik dan mudah diselenggara.
Antara model yang rasanya boleh sangat tapi ngeri untuk kami miliki... Perodua Rusa
Lihat keadaan saja buatkan kami berfikir panjang.
Juga adakalanya kami intai model yang sama yang lebih besar sedikit..
Model begini juga ok.. tapi macam mana nak maintain? Fuhhh...
Pencarian kami akhirnya berjaya menemukan satu lagi model yang dikira model sensitif kerana ianya dikira 'rare' di Malaysia kerana hanya banyak digunakan oleh agensi kerajaan selain syarikat roti Massimmo iaitu LDV Maxus. Model ini asalnya adalah dari syarikat di UK sebelum dibeli oleh syarikat Russia. Pada 2009, Weststar syarikat dari Malaysia cuba membida membeli syarikat LDV tetapi gagal sebelum syarikat dari Chinna mengambil alih sepenuhnya. Memang diakui sumber alat ganti agak terhad tetapi harga iklan di mudah.my menyakinkan kami ianya sesuai untuk jangka pendek permulaan projek kami.
Sesi menilai kenderaan.
Ok kot... risau juga kami jika ianya adalah model yang mempunyai masalah major.
Saiz menepati kehendak projek kami.
Ketinggian dan kelebaran boleh memberi kami banyak ruang inovasi.
Catatan perbatuan kelihatan kenderaan ini seperti kurang digunakan, hanya 76000 km sejak 2009. Catatan Do Not Exceed adalah sama seperti ulasan saudara Iqbal 9M2BAL yang sangat mengenali model ini.
Enjin berada dalam keadaan bersih, mungkin used car dah mencucinya.
Setelah penilaian dilakukan akhirnya EXCO meluluskan cadangan pembelian kenderaan model ini Alhamdullillah.
Wakil Exco, iaitu Haji Hazali 9W2ZLH hadir melengkapkan proses pembelian.
Dan saudara Fadhil selaku pemandu rasmi persatuan juga hadir menguji kenderaan.
Catatan menunjukkan salinan pemilik asal kenderaan iaitu Majlis Kanser Negara, patut la under utilised.
Untuk melengkapkan matlamat pemilikan kenderaan, Pemasaran Mares melalui penjenamaan adalah penting sebagaimana unit-unit bergerak organisasi sukarela luar negara.
Kehadiran kenderaan begini akan membuatkan orang ramai menyedari melalui maklumat pada kenderaan.
Juga melalui corak yang menarik atau menyerlah pada kenderaan tersebut.
Fasa Penjenamaan, ini salah satu cadangan identiti kenderaan ini kelak bergantung pada pemilihan.
Cuba cetak pulak...
Kenderaan telah pun didaftarkan atas nama Mares.
Dari Jauh
Fasa Inovasi adalah fasa yang masih lagi belum lengkap. Dengan kekangan kewangan....mmmmmm...
Antara contoh setup radio dalam kenderaan luar negara.
Ni siap ada satelit Dish
Kemas!
V-sat tidak berapa efektif untuk kami kerana kos
Memandangkan komputer tidak boleh dipisahkan dengan komunikasi radio tradisional kerana data mudah dipaparkan, mungkin ini juga boleh dipertimbangkan.
Dengan lebih kemas maklumat boleh dipaparkan dengan jelas.
FASA PENJENAMAAN
Penjenamaan merupakan sebahagian dari objektif utama projek ini. Untuk memberi impak 'wow' pada kehadiran unit ini, sesuatu harus dilakukan untuk menyerlahkan kehadiran kenderaan ini disamping membawa nama persatuan.
Pada masa sama, kenderaan MARES mula melalui proses penjenamaan.
Pemasangan Logo di hadapan kenderaan oleh Hanif.. lupa callsign dia, staff CCC International Sdn Bhd di mana proses penjenamaan dilakukan.
Pemilihan warna jenis reflector supaya bila dioperasikan ianya lebih menyerlah.
Sticker sedang dipasang.
50% siap, dengan depan dan belakang telah siap.
Pada masa yang sama untuk kelangsungan operasi kelak, kami sedang mengusahakan sumbangan dana.
Kenderaan 80% siap. Satu bahagian siap dengan lompang pada bahagian cat tertanggal.
Gambar lama 35 tahun lepas, berkenaan mobile radio.. Fuhh..
Mobile Shack orang dulu-dulu yang menjadi inspirasi kami.
Pemeriksaan bergerak JPJ untuk penilaian
Usaha mencari dana masih diteruskan
FASA INOVASI
Perhatikan Awning jenis kanvas ini.
Pole atau mast jenis hydraulic yang terlalu besar.
Ini lebih kecil dan kemas. Juga tangga untuk memanjat ke bumbung ketika selenggara.
Antara generator dambaan kami dari jenis silent generator. Saya pernah lihat agensi kerajaan yang menggunakan konsep campervan bagi pejabat bergerak memilih model Honda i30.
Asalkan muat di sisi kenderaan.
Dan dipasang secara sliding, tanpa perlu mengangkatnya keluar.
Perhatikan solar sel di bumbung kenderaan.
Tidak lupa aircond kecil dibumbung kenderaan. Aircond penting kerana cuaca negara kita yang panas.
Juga antenna vertical ketika bergerak masih boleh dioperasikan.
Silau cahaya petang amat mengujakan saya dengan hasil penjenaaman.
Pandangan sisi atas juga menarik.
Sinaran cahaya petang yang kekuningan.
Kesan pantulan cahaya.
Dan mungkin ini adalah kali terakhir saya melihat kenderaan ini sebelum diserahkan pada tuan empunya.
Dari maklumbalas Hazali dalam Group Exco, telah saya majukan pada perekabentuk grafik.
Walaubagaimanapun terdapat masalah besar semasa proses membentuk sticker, lapisan cat kenderaan ini terlalu nipis dan terkoyak! Dengan kewangan yang semakin terhad, untuk mengecat keseluruhan badan mencecah hampir RM4k!.
Perhatikan kesan cat yang tertanggal meyebabkan permukaan sticker menjadi tidak cantik.
Saya terpaksa berbincang dengan syarikat yang dilantik untuk menjenamakan kenderaan ini adakah terdapat cara lain menyelamatkannya? Insyallah rasanya ada. Ada hikmah perkara ini terjadi kerana kami dapat mengetahui sejarah kenderaan ini sebelumnya hahahahha...
Kenderaan 80% siap. Satu bahagian siap dengan lompang pada bahagian cat tertanggal.
Gambar lama 35 tahun lepas, berkenaan mobile radio.. Fuhh..
Mobile Shack orang dulu-dulu yang menjadi inspirasi kami.
Pemeriksaan bergerak JPJ untuk penilaian
Jika saudara Isman nak buang, mungkin kami berminat dengan kerusi ini untuk di pasang dalam kenderaan.
FASA INOVASI
Bagi fasa seterusnya yang mana saya tidak lagi terlibat, ianya melibatkan kerja-kerja Inovasi yang mencabar kerana melibatkan kewangan yang besar serta pemilihan aset, pepasangan kritikal dan keperluan pematuhan undang-undang lain. Inovasi ini lagi menarik kerana ia akan menentukan keupayaan sebenar kenderaan ini semasa ia dioperasikan. Semua pihak akan terbabit dalam proses ini kerana ianya memerlukan mereka ini memberi idea dan kepakaran dalam menentukan apa yang perlu dilengkapkan pada kenderaan ini.
Saya percaya fasa ini mungkin mengambil masa lebih lama tetapi jika diusahakan beramai-ramai Insyallah pasti berjaya. Ketika artikel ini ditulis, kenderaan MARES baru sahaja dicat dan masih kosong lagi. Pada bahagian ini ianya hanyalah idea-idea yang saya sempat nukilkan. Apa yang bakal dimantapkan pada kenderaan ini adalah dari Exco dan mungkin juga idea anda pada MARES.
Antara yang harus dipertimbangkan ialah Awning Campervan. Sekiranya pada masa mendatang kenderaan ini memerlukan ia menjadi base, radio-radio akan dioperasikan dari luar kenderaan. Ia juga sebagai khemah sementara bagi para operator berteduh dari panas dan hujan.
Perhatikan Awning jenis kanvas ini.
Satu lagi Awning yang terletak pada bahagian atas bumbung.
Awning yang dicadangkan kiri dan kanan.
Manakala senjata utama kenderaan ini ialah tiang. Kos merupakan perkara yang sentiasa memancung idea yang dilontarkan, tidak lupa juga ianya akan memerlukan pertimbangan bahagian kelulusan automotif JPJ.
Mast jenis teleskopik
Pole atau mast jenis hydraulic yang terlalu besar.
Atau menggunakan kaedah boleh simpan
Gambaran idea
Ini lebih kecil dan kemas. Juga tangga untuk memanjat ke bumbung ketika selenggara.
Juga sekiranya tidak dipasang pada struktur kenderaan, ianya juga boleh dipasang di luar.
Antara generator dambaan kami dari jenis silent generator. Saya pernah lihat agensi kerajaan yang menggunakan konsep campervan bagi pejabat bergerak memilih model Honda i30.
Asalkan muat di sisi kenderaan.
Dan dipasang secara sliding, tanpa perlu mengangkatnya keluar.
Selain generator dan bekalan elektrik dari luar (melalui soket tepi), terdapat idea meletakkan solar panel dan bateri. Ia sekurang-kurangnya membantu sementara operasi kenderaan di kawasan yang terhad bekalan elektrik dan bekalan petrol generator.
Bekalan kuasa luaran di salurkan ke kenderaan melalui soket di tepi kenderaan.
Perhatikan solar sel di bumbung kenderaan.
Tidak lupa aircond kecil dibumbung kenderaan. Aircond penting kerana cuaca negara kita yang panas.
Pemilihan antenna (terutamanya HF) juga amat penting. Dengan ruang bumbung yang ada, Loop untuk NVIS seperti di atas agak berkesan.
Dan antenna ni kalau dapat yang murah lerr untuk menerima siaran tv berita seperti Bernama, Astro Awani melalui perkhidmatan Njoi. Petugas dalam kenderaan ini walaupun dalam hutan masih boleh mengikut berita semasa.
Nampaknya tugas saya sudah sampai ke penghujungnya, petang tadi saya sempat menjengok Mobile Communication Unit Mares yang telah pun siap dijenamakan. Yang tinggal ialah tugas akhir iaitu mengecat kembali cat yang tertanggal dan cat clear untuk finishing sticker di bengkel cat luar. Selesai sahaja itu kenderaan akan dipulangkan pada MARES untuk tindakan lanjut mereka.
Silau cahaya petang amat mengujakan saya dengan hasil penjenaaman.
Pandangan sisi atas juga menarik.
Sinaran cahaya petang yang kekuningan.
Kesan pantulan cahaya.
Dan mungkin ini adalah kali terakhir saya melihat kenderaan ini sebelum diserahkan pada tuan empunya.
Bagaimana rupa setup radio di dalam kenderaan ini? Dan apakah idea-idea generator, solar panel, antena yang akan dipasang kelak? racking server atau repeater? Shack? TV LCD 40 inci? HF/VHF/UHF Transceiver? Jangan lupa mengikuti program-program kemasyarakatan dan roadshow MARES dari semasa ke semasa.. Dan jangan lupa menjemput kenderaan ini dalam program-program anda.
Apapun kami merakamkan jutaan terima kasih pada Haji Rashid Sultan 9M2RS kerana membantu dari segi pendahuluan kewangan projek dan Bang Aziz 9M2AU atas sokongan idea yang tak berbelah bahagi. Juga 2 orang sahabat saya Mutalib 9M2SQL kerana sama-sama menjadi gerento projek serta Fadhil 9W2WF runner utama kami.
**Update 15 Disember 2016**
Kenderaan Mares telah pun diserahkan pada wakil MARES tadi. Sebelumnya saudara Azman 9W2BKN sudi mencuci sebersihnya kereta ini.. Terima kasih man.....
**Update 15 Disember 2016**
Kenderaan Mares telah pun diserahkan pada wakil MARES tadi. Sebelumnya saudara Azman 9W2BKN sudi mencuci sebersihnya kereta ini.. Terima kasih man.....
Hingga jumpa lagi... 73!