Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ketika zaman saya lepasan SPM, saya masih berada di Ipoh dan Penang. Ketika itu aktiviti radio amatur dan bukan radio banyak berkisar samada di 2M ataupun diluar band amatur iaitu 27Mhz CB. Peralihan dari Akta Telekom lama ke CMA 1998 membenarkan 27mhz dioperasikan dengan bebas. Malangnya ketika dibenarkan, band ini telah berada dihujung kemuncaknya kerana kitaran propagasi semakin tidak menguntungkan.
2M semakin popular apabila terdapat repeater-repeater seperti Bukit Penara (Marts) dan Repeater Astra mula beroperasi di Bukit Larut dan Gunung Jerai.
Semasa bermula di Ungku Omar dengan lebih serius dunia radio amatur saya juga agak rapat dengan sahabat-sahabat dari ASTRA dan MARTS ketika itu. Astra agak agresif dalam membina kaedah sendiri pembangunan repeater buatan tangan bersesuaian dengan kekuatan dana mereka. Antara model radio yang kerap dijadikan bahan eksperimen ialah Kenwood TH-234 (SGD100 seunit ketika itu dengan SGD1=>RM2) dan Kenwood TH-22.
Pak Rahim 9M2RR ketika itu agak menjiwai seni homebrew repeater. Saya sempat mengikuti program-program pemasangan repeater di tengah dan selatan semenanjung. Malangnya sesuatu yang saya terkilan ialah ketika setiap progress pembinaan repeater semasa itu saya kurang mengambil serius. Hanya fokus pada enjoy nak jalan-jalan saja sambil kenal kawan-kawan di freq di tempat kami memasang repeater... Hahahahaa..
Sungguh rugi. Beliau sentiasa menerangkan satu-satu bagaimana asas pembinaan, teori dan praktikal... saya buat dek ajer hahahhahaa... 15 tahun selepas itu baru lah minat homebrew kembali ada dan baru nak tercari-cari ilmu. Ramai rakan-rakan yang mengikuti beliau 9M2RR sudah dikira master dalam pembinaan komponen repeater ini misalnya 9W2EEE, 9W2CCC, 9W2EDK, sahabat2 dari Kelantan dan serata Malaysia..
Rentetan dari projek kali ini, ianya bermula pada Oktober 1 tahun lepas (2015). Saya dan Fadhil melepak di warung roti canai 9W2TR, Bang Rashid Mamak di PJ. Bermula dengan pertanyaan tentang Repeater Mares yang telah lama tidak dinaikkan ke lokasi asal kerana beberapa faktor, kami terfikir apa salahnya buat sementara waktu naikkan sahaja repeater asas sebagaimana sahabat-sahabat dari Persatuan lain seperti HUSAR, Jasra dan Astra.
Saya dan Fadhil mula terfikir yang ini merupakan satu platform kami juga boleh bereksperimen dengan hobi ini. Memandangkan beberapa tahun sebelumnya fadhil dan mutalib 9M2SQL telahpun membeli kits controller repeater dan radio dari sedekah orang ramai yang digunakan dalam aktiviti pameran dan pendidikan Mares, apa salahnya kami gunakan balik pada projek kali ini. Projek ini mendapat persetujuan Exco ketika itu.
Pada November tahun lepas juga, kami memulakan kertas kerja dan satu derma kilat (crowdfunding) dijalankan untuk memulakan agenda mendapatkan bahan asas projek seperti Radio dan komponen yang lain-lain.
Pada masa yang sama kami mula mencari beberapa sahabat yang pernah bergelumang dengan homebrew repeater.. antara nya 9W2EDK Edy Tocang, 9M2YRS pak yob, 9W2CCC, 9W2BC, 9W2SQ, 9W2EEE dan beberapa lagi sahabat...
Ilustrasi repeater yang bakal dibina. Kedit pada saudara Hazali 9W2ZLH atas lukisan.
Pemandangan 1 dekat
Pemandangan 2 dari jauh.
Sebenarnya konsep repeater ini adalah sama seperti yang dibina oleh ASTRA khusunya pak Rahim 9M2RR. Kaedah yang sama dengan konsep bekalan kuasa bergantung pada bateri yang dicaj melalui solar panel. Jadi repeater ini secara kendiri adalah pada kuasa paling rendah beroperasi, kurang selenggaraan, tidak memerlukan bekalan kuasa luar dan mudah diletakkan di mana sahaja.
Berikut ialah lakaran komponen yang bakal terlibat, di atas kertas memang cantik, tetapi cabaran kami adalah ketika realitinya. Adakah ianya boleh berfungsi dengan baik? Kami diingatkan berkali-kali oleh 9M2RMT realiti sebenar yang akan berlaku. Kenapa 2 tong filter? ikuti posting seterusnya nanti.
Lukisan kasar setup, realitinya masa di pemasangan nanti ialah mustahil hanya menggunakan filter yang kami fikirkan sesuai boleh memisahkan (Isolate) antara antenna RX dan TX sedekat ini. Nak beli Duplexer memang kami tak mampu huhuhu..
Bercakap tentang isolation antara memerlukan beberapa dB, setakat ini bajet kami hanyalah Notch Filter sahaja yang ada. Itupun selepas 9W2EEE sudi sumbangkan beberapa komponen cavity yang beliau bina semasa pembinaan repeater Astra Genting. Tong cavity ini adalah sumbangan dari 9M2YRS (ketika itu 9W2YR).
Alhamdullillah nasib baik semuanya sudah siap fabricate, saya hanya melengkapkan baki pembinaannya sahaja seperti Induction Coil, connector dan penutup tabung.
Ini rupanya Induction Coil dalam filter, terdapat banyak variasi coil.
Semakin hampir coil dengan plunger makin tinggi Q nya.
Banyak variasi coil yang saya gunakan. Malahan saiz juga dicuba. Nasib saya agak baik kerana di Johor Bahru di mana saya tinggal terdapat banyak kedai melilit transformer dan motor. Antara kedai yang berikan saya percuma wayar inductor ialah kedai winding motor di pekan Tampoi... agak tersorok di hadapan Plaza Angsana.
Kelihatan perniagaan pemilik kedai yang memberi saya percuma wayar-wayar incuctor agak suram. Inilah antara nasib-nasib perniagaan kecil di pekan tersorok ni.
Stok wayar yang sudah habis, tidak lagi dibeli kerana harga tembaga semakin tidak munasabah. Ketika saya membeli wayar ini, harga sekilo tembaga bagi wayar ini adalah RM45 sekilo. Bayangkan 1 roll mencecah belasan kilo. Tapi percuma sahaja dapat.. Alhamdullillah.
Gambar hadapan kedai
Papan tanda perniagaan.
Sambil-sambil tu tengok konsep apa lagi boleh buat
Tengah tengok susun atur. Serabut, tak macam repeater HUSAR yang simple dan efektif.
Terdapat 2 tong contoh yang telah siap, satunya dari 9W2EEE dahulunya digunakan utk repeater Astra Genting dan satu lagi dari 9W2TU yang pernah digunakan pada Repeater kormersil.
Percubaan membuat induction coil. Kedua-dua coil ini akan saling mengaruh untuk memindahkan RF nanti.
Penyediaan tapak untuk meletak coil. Perhatikan, permukaan plat aluminium yang dikilatkan... dengan tangan wooo..
Dalam kaedah ini saya tidak menggunakan kaedah saranan 9W2EEE dengan membina connector N-Type boleh dilaraskan posisi, perhatikan 3 lubang yang telahpun sedia jika memilih untuk memasang mekanisma piring laras. Perlarasan posisi ini penting dalam menentukan Insertion Loss cavity. Saya memilih untuk terus kekalkan saja connector. Salah satu peralatan yang saya tiada ialah spectrum analyzer dengan tracking generator yang mana ianya boleh mengukur insertion loss. N-type lebih baik dari SO-239 yang biasa kita gunakan.
Coil sedia di bentuk.
Kita adjust dulu.
Perhatikan... plat bersinar lepas autosol.
Belum siap lagi...
Pada masa yang sama memandangkan duit kutipan kilat telah cukup, saya ke Blazer Sim Lim mendapatkan beberapa komponen repeater. Kali ini kami memilih Kenwood TH2AT kononnya audio banyak bagus.
Dah siap pasang, sedia untuk diuji. Sebelum itu, paip alluminium 6" di dalamnya dikilatkan supaya memberi kesan yang efektif RF yang akan dipekungnya nanti.
Foled Dipole milik 9W2EEE yang akan dijadikan rujukan mould untuk dibina yang baru.
Testing Cavity bermula... Fuhhh.. kredit pada 9W2JOH atas pinjaman dummy load.
Sambil-sambil tu kita tengok wiring macam mana... serabut. Homebrew, siapa kisah...
Untuk RX, kami memilih Antenna Reaksi F235 yang merupakan antenna sentuhan tangan pak Rahim 9M2RR.
Hangpa bayangkan 1 bulan buat cavity, induction coil banyak yang dicuba. Kami menggunakan pengiraan 1/4 wave bagi cavity ini. Menurut pak rahim 9M2RR, 3/4 wave merupakan paling terbaik kerana lebih narrow untuk menapis RF yang dikehendaki. Walaubagaimanapun terdapat isu utama kenama 3/4 tidak digunakan kerana faktor perubahan suhu akan memberi kesan pada saiz material cavity sekaligus memberi kesan pada Freq yang telah dipilih... lari-lari sikit.
PE dah abis stok, kena pergi beli. Sebahagian dari komponen Folded Dipole.
Coxial Surge Protector. Memandangkan lokasi yang bakal kami pasang merupakan antara kawasan yang tertinggi dan sering kena kilat menurut 9M2KRZ, Digipeater 9W2RUT kena, Repeater 9W2EDK kena maka kami terpaksa memikirkan apa cara yang termampu kami buat. Kilat ni nasib, tak boleh cakap besar wooo... sampai masanya tetap akan kena.
Ni rupanya... ni pun ada loss juga kena ambil kira.
Jenama murah, kadar tukaran ketika itu (SGD1=RM2.52).. hari ni (SGD1=RM3)
Cuba adjust masuk..
Ni pemegangnya... tiru idea dari repeater HUSAR.
Bersambung..... Projek menghidupkan 9M4RES Progress