Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 27 September 2014

Bengkel mari membina antenna base station sendiri




Assalamulaikum dan salam sejahtera, 

Saya telah beberapa kali menghadiri eyeball bersama rakan-rakan ham radio yang baru lulus dan juga lama. Kerap kali saya mendengar mereka mengeluh mengenai kemampuan mereka mengendalikan  atau memancar radio yang mereka miliki di VHF terhad pada jarak tertentu atau ke repeater sahaja.

Jika ada rakan yang perlukan mereka pandu arah melalui radio tetapi masih di lokasi jauh, tanpa repeater (maksud saya secara terus atau point to point - simplex) mungkin komunikasi itu tidak sempurna disebabkan signal tidak sampai.

Ada juga sahabat-sahabat yang hanya memiliki set radio jenis handie talkie VHF yang berkeupayaan 5 watt maksima pemancaran. Dengan antenna rubber duckie atau teleskopik antenna mungkin tidak benar-benar membantu.

Nasihat saya mudah sahaja, jangan putus asa selagi anda belum mencuba menggunakan antenna jenis base station dengan kedudukan yang bersesuaian.

Memang tidak dinafikan terdapat banyak anasir-anasir bersifat nafsu untuk memiliki antenna yang hebat-hebat seperti Yagi, Qubikal quad dengan beberapa element serta stack atau antenna kormersil seperti Gazden, diamond mahupun Folded Dipole.

Sebenarnya anda yang baru menceburi hobi ini atau dengan bajet yang terhad tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk memiliki antenna tersebut. Memadai dengan homebrew sahaja dan pemilihan antenna yang bakal dibina dengan ciri-ciri keupayaan yang bersesuaian dengan jarak yang ingin dicapai.

Untuk kali ini saya mencadangkan antenna mudah, praktikal dan yang paling penting ialah murah untuk dicuba. Saya cuba mencari organisasi radio amatur yang boleh saya tumpang untuk menganjurkan aktiviti ini. Memandangkan Jasra mempunyai kemudahan kelab di lokasi saya, mungkin saya akan cuba berhubung dengan Jasra untuk menumpang aktiviti di sana nanti. Program ini mungkin akan dianjurkan bersama pihak Jasra.

Maklumat cadangan aktiviti ini seperti di bawah:

Tarikh Cadangan : Rabu 22 Oktober 2014 (Deepavali)
Jam cadangan : 9:30 pagi hingga 2:00 Petang
Lokasi : Kelab Jasra, Bandar Baru Uda
Jenis antenna : Slim Jim dan Qubical
Freq Antenna : 144-148Mhz
Sasaran kos bajet : RM50 atau kurang  
Kumpulan sasaran : Ham radio yang baru dan lama dengan belum mempunyai antenna base station.

Walaubagaimanapun memandangkan saya mungkin tidak mampu mendahulukan apa jua bahan mentah, mereka yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah sama-sama berbincang menyediakan sendiri bahan mentah antenna yang saya senaraikan di bawah.





1) Coxial Cable jenis RG58.

- Coxial Cable dengan panjang tidak kurang 12 meter atau lebih bergantung pada jarak antenna yang nak dipasang dengan kedudukan radio yang hendak diletakkan.
- Bagi mendapat penjimatan, satu gulung RG58 sepanjang 70meter mungkin cuma RM60, jika dikongsi seramai 5 orang setiap seorang boleh mendapat 14 meter dengan kos RM12.



2) PL-259 ke RG58.

- Kos bagi sebuah connector ini di Jalan Pasar adalah RM4.50.
- Sangat lasak
- Saya memilih penyambung ini kerana umum untuk disambungkan ke mana-mana antena radio sama BNC atau SMA dengan menggunakan soket tertentu. Jika mahu menggunakan BNC pun boleh atau SMA jika anda ada saiznya ke RG58.


3) Alluminiun tube (hollow) berdiameter 8~9mm dan panjang 10 kaki atau 3 meter atau lebih sikit.

- Pastikan ianya uncoating, tidak dicat.
- Harga di Johor Alluminium atau Kamko Sg Besi atau Puchong Utama dalam RM10~RM12 sebatang yang panjangnya 20 kaki atau 6 meter lebih sikit. Kedai menjualnya 20 kaki.
- Sebuah slim jim memerlukan hanya 10 kaki atau 3 meter lebih sikit. Ini bermakna kos sebatang slim jim adalah RM6.



4) Hot Glue

- Ini boleh kongsi-kongsi. Atau bawa sebatang glue dan akan panaskan guna lighter sahaja.


4) Cable ties

- Untuk ikat penyendal antara dua alluminiun supaya 'gap'nya sama.
- Panjang dalam 15cm atau lebih.


5) Plastik konduit 15cm.

- Ingat lagi plastik konduit yang buat wiring dalam kabin? atau digunakan untuk pegang bateri 9V projek-projek lama dulu....
 - Anggaran RM1 kecuali terjumpa bekas-bekas lama yang tak guna.


6) Getah hos pail gas 8 cm.

- Hos yang boleh muatkan alluminiun 12~13mm masuk dalamnya dengan baik (jangan loose atau ketat sangat.
- Anggaran RM1


7) 2 klip hos jenis stainless steel saiz paling kecil.

- Untuk grip RG58 ke alluminium.
- Anggaran dalam RM3 2 unit.


8) 2 Connector 

- Anggaran RM1 bagi 2 unit.


9) Paku rivet 2 unit saiz paling kecil.

- Option jika ada yang tak mahu guna clip host.. nak turus rivet.



10) Adapter SO-239 ke input antenna radio anda.

- Perlu ada kerana dari antenna menggunakan PL-259 dan ke radio anda mungkin jenis connector yang lain samada SMA atau BNC.
- Bagi radio jenis mobile, tidak perlu adapter.

Ini sahaja 10 bahan yang perlu disediakan sendiri oleh peserta. Saya anggarkan kos di atas dalam RM50 tak lebih Insyallah...

Sedikit hint untuk anda...



Kabel RG58 akan disambung ke dua-dua alluminium seperti gambar di atas. Pemilihan clip hos kerana memudahkan menggerakkan kabel RG58 yang bersentuhan dengan alluminium supaya mendapat bacaan SWR yang terbaik.


Gambar yang diambil dari blog 9W2SYM di atas ialah antenna slim jim kormersil.


Antenna Slim Jim milik 9W2WTF yang telah siap.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba membinanya boleh lihat gambarajah dibawah. Kami akan membina slim jim seperti gambarajah di bawah. Gambar pertama ialah bagi mereka yang tiada peralatan membengkok antenna boleh mencuba kaedah gambar pertama. Slim jim jenis 4 segi ini merupakan slim jim yang pertama saya bina 14 tahun dulu. Teringat di setiap hujung nya saya ketuk dengan lesung batu dan lubang skru saya korek dengan gunting huhuhuhuhu.... biasa la, zaman miskin dulu. Tetapi antenna ini sukses, dari Putrajaya Presint 9 yang baru dibina ketika itu suara saya sampai ke Gombak.

Antenna slim jim pertama saya :). Sukses.


Ini merupakan rincian antenna yang akan dibina semasa program ini kelak.

Itu saja dari saya, maklumat dari carian google mungkin dapat membantu anda. Bagi mereka yang berminat boleh mula berbincang dan tong-tong dalam membeli bahan mentah...

Jumpa nanti semasa hari bengkel antenna nanti ya ;)

Sekian.


Ahad, 21 September 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Nagoya dan sayonara Jepun!



Kami tiba di Nagoya Centre Station ketika hari sudah mula gelap.. terus check in hotel dan berehat.  Jarak antara hotel dan nagoya centre sangat dekat iaitu 2 minit sahaja. Waahhh.. tak sabar nak mandi wehh.

Jam masih pukul 8 malam dan dihadapan hotel kami ada satu shopping area di ground floor... apa lagi wehh, pergi habis kan baki yen ¥ yang ada... uik.. mana ada Yen dah weh huhuhuhu.. window shopping ajer la. Anak abang aziz bertanyakan kalau-kalau dia boleh dapatkan beg merah seperti dalam gambar di bawah... kami pun cuba la mencari..


Bila lihat harganya... wah.. mahal jugak ya beg ni. Beg merah ini agak popular dikalangan pelajar High School di jepun. ¥48,000 beb..


Satu kedai yang mempamerkan hidangan udang bersaiz besar... siap pembaris nak butikan jaminan udang besar huhuhu..


Masuk kejap dalam kedai Big Camera.. nak tengok basikal.


Menarik tapi memang mahal.. baik beli yang kat batu pahat....


Saya ada sebuah model basikal ni kat rumah..


Bateri basikal elektrik...


Headphone jenama Shure..


Headphone Bose...


USB-DAC.. kurang berminat..


Lagi... macam-macam boleh mix..


Pagi hari untuk pulang.... ini lah hotel kami.. Eco Nagoya.. Memang betul-betul jimat.


Shoot depan.


Checkout hotel... Beg dah penuh dengan hasil tangkapan hamfest.


Last minit shopping.. pergi survey kimono.. kain dia memang halus...


Japanese cotton..


untuk makcik2...


Terjumpa beg ni lagi.. masih mahal.


Buatan tangan rupanya patut ler mahal... ketika di airport kami memang terjumpa beg begini yang murah sekitar ¥10,000.. nasib baik dah survey.


Masa untuk beransur. Terjumpa papan tanda...Station Master. Dengan local tren kami menuju ke Airport.


Sampai di airport.. ambil kesempatan bersantai di atas anjung... Airport Nagoya ni rupanya tengah laut.


wah.. Dreamliner...  Flight gemok yang merupakan pesawat kargo..


Flight ke Kuala Lumpur.... mungkin ada sesuatu idea abang aziz nak menulis di blog beliau...



Salah satu hasil tangkapan di Tokyo hamfest... Kalau nak beli Antenna Tuning Unit lengkap jenama Comet dekat ¥29,000... tetapi rupa-rupanya boleh beli part by part... Total Capacitor (2 unit) dengan Coil dan selector cuma ¥1600!! cukup untuk sebuat antenna tuning unit. Cuma sayang kerana booth tersebut tiada stok meter SWR, kalau tak mungkin ¥2000 tepat. Balik malaysia nanti saya akan cari 1 casing untuk ATU ni.. Homebrew lagi jimat wehhh..


Antenna analyzer yang saya sambar.. dek kerana duit tak cukup.. nasib baik kawan-kawan tolong tong-tong hehehhee.... Idaman saya beb sebab paling stabil, boleh interface dengan PC dan dapat diskaun gila babi murah huhuhu...terdapat 3 antenna analyzer yang buatkan saya pening nak pilih semasa festival iaitu Comet 500, AEA TDRs Vector dan RigExpert... tapi yang ni rating agak baik dan murah jadi rigexpert jugak yang saya sambar huhuhu...


Seramik untuk dipole insulator, saya beli di roketto. Tapi bila dan sampai kat Malaysia.. terjatuh di lantai dan pecah.. adoii..


Rasanya ini saja coretan saya. Memang banyak post saya kali ini berkaitan Hamfest dan percayalah... ini merupakan festival yang terbaik dan terbesar dalam sejarah hidup saya...

Mungkin Dayton US atau Germany hamfest saya tak mampu hadir tetapi Tokyo sahaja memadai bagi saya untuk enjoy dengan aktiviti hamfest yang diadakan...

Semoga Allah berikan saya kesihatan dan kelapangan yang baik pada masa akan datang untuk hadir ke Festival radio di Tokyo lagi Insyallah...

hingga jumpa lagi ;).... selamat maju jaya edan enjoy kisah yang saya coretkan kali ini....


Terima kasih....


Tamat.....





Tokyo Ham Festival 2014 - Hari last Hamfest



Seperti biasa awal pagi bangun. Hari ini ialah hari terakhir Tokyo Hamfest. Memang saya tak puas tidur semalam. Iqbal masih belum tidur menyiapkan paper work beliau.. Hoit, dah bercuti pun masih bawak kerja huhuhu..

Jam 9 pagi, Saya berjalan ke hotel penginapan Feroz dan Bang Aziz. Kali ini kami akan shopping barang-barang radio buat kali terakhir... ayuh!

Pintu utama stesen Ueno.


Sampai sahaja di hotel Feroz saya sempat memandang ke papan kenyataan hotel diorang.


Owh Ishak dan Sofea rupanya sepasang warga indonesia yang saya jumpa di depan hotel ini kelmarin.


Ini hotel diorang. Kemudian kami sama-sama bergerak ke Big Sight kembali.


Papan tanda yang agak sinis dalam tren.


Seperti biasa dari stesen tren di Bigh Sight kena jalan kaki ke tapak Ekspo.


Inilah rupanya bangunan Big Sight Tokyo dimana acara berlangsung.


Kami sampai Jam 9.30 pagi dan orang telah ramai beratur.


Antenna yang di pasang di luar dewan... waaa...


Boleh Jack..


Lengkap. Semasa saya melihat antenna ini ada seorang security datang. Saya ingatkan beliau melarang saya menghampiri antenna ini. Rupa-rupanya pak guard ini juga ialah seorang ham radio dan menerangkan pada saya setiap antenna di atas.. Hebat!


Limited Edition... hanya 150 unit sahaja.


Wah.. tokey kedai Ueda Musen pun buka booth kat sini..


Ini ialah satu booth yang menggabungkan booth jualan jenama Comet dan RigExpert.


Saya mencari model AA-54, tengok ajer harga terasa macam nak lupakan huhuhuhu... ¥28,000. Tiba-tiba saya ditawarkan potongan harga...


Ham OKU juga hadir.


Booth peminat D-satr.. saya belum mampu nak pakai huhuhuhu.. banya tips yang dikongsi beb.


Ada rupanya booth CW operator club..


DX Nippon!


Qubical Quad Club...


CW key Homebrew


No idea... memang menarik


Komponen untuk kaki homebrew... microwave mungkin.


Rambang mata...


Banyak...


Mmmmmm....



Kecik ajer.... pakai kat projek microwave.


Linear dan antenna.. 1200Mhz


lagi...


Military set...


Jualan penghabisan stok..


Dan nak abis..


Student sekolah High School pun ada booth.. jual projek home-brew...


Variable capasitor untuk projek Malaysian Field Day dan saudara Fadhil...


Dummy Load untuk micro wave... hasil tangan pelajar sekolah beb...


Pandangan atas...


5Ghz dan 10Ghz Horn antenna+transmitter beb..


Macam penutup periuk nasi ajer..


Bahan-bahan recycle... masih ada nilai. Perhatikan kesan hitam terbakar.


Kit projek.. siap info..


Ingat lagi kat akihabara? depa jual ¥5000... kat festival cuma ¥800.. RF IC untuk 1.9Ghz maksima 40watt.


Ceramic...


Radio tentera.. masih berfungsi..


masih kelihtan baru..


geng-geng 3757Khz dan 7195Khz ... AM tu...


Antara CW Key..


No Idea.. mungkin kelab radio mobile di atas kuda?


GaasFet...


Shoot dekat sikit... sungguh kecil..


Waahhh... kedai online pun buka booth..


Radio SWL yang ada keupayaan SSB.


Capacitor untuk projek 80 meter loop akan datang Insyallah..


Loading coil antenna...


ITU punya booth... boles claim upon nampaknya..


Motorola Astro Saber dan aksesori... kurang berminat.


Perasan antenna yang tergantung? huhuhuhu...


Taklimat promo modifikasi shack pada kereta...


Nampaknya kami telah pun selesai menghabiskan saki baki gerai-gerai di Hamfest... masa untuk beredar.


YL yang hadir di festival sempat bergambar di hadapan papan tanda.


Melihat gergaji kali terakhir.. perhatikan susunan motosikal..


Sekali lagi papan tanda kempen anti merokok yang sangan tajam...

Kami bergerak dari stesen tren di Big Sight ke Ueno. Tetapi memilih untuk turun di 1 stesen tren sebelum Ueno. Ini kerana sepanjang laluan tren menghala ke Ueno merupakan bazar dan pasar ikan. Di bazar dan gedung yang dibina dibawah laluan tren ini terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan basah dari ikan serta buah-buahan hinggalah cenderamata.

Sebagai kenang-kenangan memang kena beli la beli cenderahati buat famili di kampung huhuhu..


Kedai menjual peralatan kaki outdoor macam Ladderman etc..


Pemandangan dalam kedai-kedai di bawah sepanjang landasan tren...


Diluar pula terdapat pasar basah.. ikan-ikan segar banyak dijual.. 


Harga udang dan ikan sama seperti harga di malaysia sebenarnya.


Udang sebesar ini banyak dijual di sedili Johor.


Waaa.. kaki ketam pun ada jual.


Shoot sisi..


Udang besar cuma RM30 sekilo...


Lagi.. kerang besar pun ada..


masa ni macam-macam terlintas kat fikiran nak masak apa ya....


Ikan rakyat... dah sama harga dengan malaysia..


1kg ¥500.... dah hampir sama harga ikan kat malaysia..


Mmmmm...


Ketam merah tu banyak kat dalam Discovery channel.. Jujur saya katakan rasanya tidak lah sesedap mana. Ketam bunga di malaysia jauh lebih manis.


King Crab... ¥1000... kat malaysia mahai ni.


Lagi...


Sotong ni sedap gak. Dulu masa trip sebelum ni kami makan mentah-mentah cicah kicap kipas udang hehehehe.


Lagi...


Mata saya terpandang sesuatu..


Udang apa ntah nama ni... selalu jadi ikon..


Ketam... agak mahal..


Sikit shoot..


Teringat makan siput ni kat korea dulu..


Selepas ini kami akan bergerak ke nagoya yang akan mengambil masa 1 jam perjalanan. Memandangkan kami belum makan tengahari, jadi nasi ayam kami tapau ajer lah siap-siap untuk di makan atas shinkansen nanti.


Terserempak dengan kedai menjual buah durian. Dah merekah tetapi masih dijual mahal.


Menurut kotak, durian ini datangnya dari thailand.


Masa untuk bergerak meninggalkan Tokyo. Dengan mengunakan Shinkansen, kami akan bergerak ke Nogoya kerana esok petang flight kami adalah dari Nagoya Aircentre Airport.


Alamak! papan tanda dalam bahasa jepun!.. macam mana nak faham?


Nasib baik ada terjemahannya huhuhuhu... kami menaiki tren Hikari. tren Nozomi tidak covered oleh Japan Rail Pass kami... perhatikan tren Nozomi hanya berhenti di beberapa stesen sahaja manakala kami perlu berhenti di banyak stesen. Masa merupakan sesuatu yang amat penting di jepun....


Bersambung...
Tokyo Ham Festival 2014 - Nagoya dan sayonara Jepun!

Related Posts with Thumbnails