Sabtu, 29 Julai 2023
Masa untuk kembali menulis
Selasa, 21 September 2021
Bayaran AA Lesen Radio Amatur Dimansuhkan
Rabu, 23 Jun 2021
Kenangan Roti Canai dan Teh Tarik 9W2TR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tadi mendapat perkhabaran Bang Rashid Tanggo Rameo atau Teh Tarik 9W2TR telah kembali ke padaNya.
Innalillahiwaiinailaihirojiun..
Ahad, 13 Jun 2021
Mesin Fogging DIY
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini sudah lebih 1 tahun PKP belum lagi selesai. Alhamdullillah saya telah pun melengkapkan vaksin Cov19 bulan lepas.
Banyak berita yang suka duka tak dapat saya paparkan sepanjang kehilangan dari radar blog ini. Minggu lepas Pak Hamid 9w2tu telah pun mengadap Ilahi... sangat drastik. Seminggu sebelumnya Ibu Mertua saya juga. Kesan Virus ini amat menakutkan terutama jika ia menjangkiti individu yang telah ada penyakit lain seperti buah pinggang dan masalah paru-paru.
Berbalik tajuk di atas, memandangkan banyak masa duduk di rumah, saya dapati masalah nyamuk makin teruk. lagi-lagi sekian lama cuaca kering dan banyak air bertakung di bawah flat kami. Saya telah berusaha beberapa kali memanggil maintanance bangunan dan Bahagian kawalan vektor untuk melakukan fogging malangnya tiada respon.
Terasa ingin membuat sendiri fogging di kawasan saya. Carian saya di Shopee dan Lazada mendapati mesin fogging ini boleh tahan mahal juga. Lebih kurang RM400 seunit yang berskala kecil.
Memandangkan saya tidak lagi membina antena bagi kegunaan hobi ini, banyak bahan-bahan untuk membuat sendiri alat fogging ada dalam stor saya. Mekanisma fogging ini amatlah mudah. Ianya hanyalah satu sistem pembakaran minyak diesel (tanpa memasukkan bahan kimia lain) dalam satu gegelung dan disembur pembakaran tidak sempurna minyak diesel ini yang telah menjadi asap ke kawasan yang hendak di fogging. Pada masa sama diesel yang tersembur juga akan menutup lapisan takungan air jernih dan membunuh jentik-jentik.
Isnin, 21 Disember 2020
Balun 1:4 Homebrew untuk projek Superloop 80
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu lepas saya ada masa untuk homebrew sekali lagi. kali ini perancangan saya ingin mencuba SuperLoop 80 antena. Salah satu komponen dalam antena ini ialah ladder line (saya ada stok) dan menggunakan balun 1:4. Bila masuk bab balun, ini yang lemah sikit hahahaha..
Tak banyak balun yang masih berfungsi baik dalam stok saya. Ah, beli saja.. bila buka shopee atau Lazada, rata-rata harga ialah RM70. Terasa rugi kalau beli sebab boleh saja buat sendiri. Tambah pula saya ragu-ragu samada yang dijual online dari chinna menggunakan 1 coil atau 2 coil.
Carian saya di internet menemukan banyak design. Walaubagaimanapun Guanella Balun dengan kaedah 2 Coil adalah lebih baik. Jika berminat boleh mencuba download di https://www.korpi.biz/balun%201%20to%204%20dual.pdf yang mempunyai detail lebih baik. Rata-rata rekabentuk di online menggunakan single ferrite atau single core yang tidak tepat. Untuk gambaran jelas cara winding boleh rujuk di http://www.m0pzt.com/blog/4to1-current-balun/
Setelah mendapatkan barang-barang dan harga, dapat saya ringkaskan disini iaitu kos membina balun adalah sangat-sangat murah sebenarnya.
1) Casing x1 = RM3 (Jalan Pasar)
2) Connector SO239 x1 = RM3 (Jalan Pasar)
3) O Ring Screw x3 = RM9 (Ace Hardware)
4) Ferrite Ring x2 = RM8
5) Copper Wire 110cm x4 = (Recycle amp lama)
6) Cable ties x4 = (Stok lama banyak)
7) Terminal Screw x2 = RM7
TOTAL RM30
Okla RM30 sahaja.... masa nak buat pun tak sampai 2 jam. Dah siap. Cuma belum uji sebab dok cari resistor 200 ohm tak jumpa pulak kotak resistor kat mana simpan.
Khamis, 26 November 2020
Kabel ladder 450 Ohm dan antenna untuk kaki travel & SOTA
* Pengiraan boleh rujuk pada laman https://m0ukd.com/calculators/slim-jim-and-j-pole-calculator/