Selamat datang 2026...
Kini genap 1 tahun di Labuan. Ramadan kembali lagi tetapi berbeza berbanding tahun sebelumnya. Kos barang-barang disini lebih mahal dari semenanjung, malahan juga di KK jika dibandingkan!.
Mujur ada beberapa lokasi kedai runcit yang masih ada menjual kuih muih berharga mampu. Kebanyakkan kuih-kuih ini dibuat oleh isteri-isteri kakitangan kerajaan dari semenanjung yang mengikuti suami mereka ke Pulau ini. Ada juga hasil home made dari penduduk tempatan. Tetapi apapun ianya dapat sekurang-kurangnya mengubat rindu masakan dari Semenanjung. Ketika Ramadan, jualan masih berjalan seperti biasa. Sangat berbeza harga berbanding Bazar Ramadan... Di sini nasi ayam serendah RM5, di bazar ramadan RM12!
Mungkin tekak saya tidak boleh berubah hahahhaa...
Antara kuih-kuih bajet yang selalu saya beli. Satu di Layang-Layang dan satu lagi di Sungai Miri. Perhatikan tanda harga.
Kalau nak berjimat, RM2 sudah mampu mengenyangkan.
Wah! Ubi kayu cicah nyoq!
Sebenarnya saya tidak makan mee maggie sebab dah lama tinggalkan. Dalam keadaan darurat ini saja yang ada.
Saya tinggal di penjuru pulau!
Menanti waktu berbuka puasa
Digoreng..

Boleh lah.. dari nak beli 1 biji RM1, sendiri goreng jimat banyak. Realitinya hanya dua tiga biji saja boleh makan... kalau lebih bersedia Anginnn!
Untuk mengurangkan rasa bosan, memancing mencuba nasib. Ada ikan boleh la buat lauk heheheh..
Sepanjang bulan puasa ini saya berbuka puasa di Masjid An-Nur di bandar saja. Kemudian boleh bersama jemaah solat Maghrib bersama serta Isyak dan Terawikh.
Realitinya bila umur begini, berbuka puasa memadai 1 juadah dan air kosong sahaja. Alhamdullillah. Jika membeli di pasar ramadan, akan selalu terbabas membeli makanan yang realitinya tidak dapat dihabiskan.
Sempat snap gambar di suatu gerai menjual juadah berbuka puasa atau bahasa tempatan memanggilnya Sungkai.
Dan malamnya selepas terawih, kembali ke shack 1 dua putaran di mode FT8 sahaja. Pada 1 Mac 2026, Iran telah diserang oleh US. Banyak freq Broadcast yang boleh didengar.
Beginilah rutin harian. Saya rasa dah sampai masanya balik terus ke semenanjung. Rindu woo kawan-kawan radio di semenanjung hahahahha.... pertemuan di udara tak sama seperti eyeball dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti di sana!
73!














