Saya telah berjaya memanfaatkan banyak perkara sepanjang melekat di hadapan PC ini. Pergerakan terhad dengan kerusi roda ini membuatkan saya sering memikirkan perkara-perkara mengarut hahaha...
Saya mempunyai Pacifics Bluechart yang terkini. Asal cadangan saya membeli GPS ialah yang pertama bertujuan memudahkan navigasi pencarian tempat yang harus saya tujui di Ibu kota. Tujuan keduanya ialah untuk tujuan digunakan di atas bot saya nanti. Maka model seperti 276C adalah terbaik buat saya berbanding Nuvi atau yang lain-lainnya.
Banyak perkara yang peminat GPS perbincangkan tetapi lebih kepada navigasi di atas daratan. Tetapi bagi mereka yang kaki pancing, GPS jauh lebih bermakna buat penggiat hobi ini. Bagaimana?
Hahaha... saya menggunakan untuk memplot dan menyimpan koordinat lubuk-lubuk ikan. Ia juga mampu memberi ramalan pergerakan ikan melalui kedalaman serta bentuk kontur. anda mampu mengelak bot anda dari memasuki kawasan beting pasir, kawasan terumbu atau kawasan gelora kuat. Tetapi apa yang penting ialah... koordinat tukun-tukun hhehehe..
Adakah GPS anda mampu melakukannya? Maksud saya jika anda kaki pancing dikalangan ham radio?
Berikut ialah gambaran GPS saya yang mana saya tukar ke mode maritime. Ia banyak menyimpan nota (kawasan bertanda seru '!') Ketik dan anda akan tahu apakah geografi di situ.
Kontur antara Kuala Juru, Pulau Jerjak dan Pulau Aman - kawasan saya memukat ikan
Gambaran pada PC dengan menggunakan program mapsource - perhatikan Permatang sedepa dengan kedalaman 1 kaki. Kontur ini menunjukkan ia adalah perangkap beting. Kapal karam di dalam peta ini menunjukkan sejarah kapal tersebut telah memasuki perangkap beting dan tersadai dan karam.
Peta Pacifics Bluechart yang telah saya muat turun ke GPS
Demikian coretan saya. Bagi kaki memancing yang mempunyai GPS model ini bolehlah memanfaatkan keupayaan ini. Semalam di carian lelong.com saya telah menemui satu lagi model iaitu 296C dengan keupayaan untuk navigasi pesawat udara. Huh... mungkin peminat hobi Kapal Terbang mengilainya seperti Man Belon hahahaha............
Terima kasih pada rakan yang bertugas di Lumut atas bantuan setup GPS ini. Dan apa yang saya terperasan... hobi radio amatur menemukan banyak hobi yang lain!!
Hingga jumpa lagi.. 73!